Mah

Saya ni tak pandai nak tulis cerita tentang isu isu semasa.
Tambah lagi isu yang amboi banyaknya komen dan semua pun feel good good nak bagi pendapat.
Selalu saya baca dan terus cam OK.
Contoh kes Kiki dan steering lock, kisah isteri Mat Yo pakcik dayus, kisah I Want to Touch a Dog, kisah Firdaus rumah flat, kisah Villa Nabilla dan lain lain lagi lah.

Selalu pun cam baca, pastu buat discussion sikit dengan Kak Tin, Payiet & Encik Z.
Mampu korang discussion isu semasa? Hiks.
Lepas tu cam OK. Nak tulis panjang lebar kat blog mahupun Facebook macam ishhh perlu ke pun eh?

Ni yang terbaru kisah Mah, suami dan janda Zulaikha.
Amboi amboi viral merata rata yer?
Macam biasa jugak, saya baca dan terus cam OK.
OK saya ni cam ya whatever.

Pertama kali baca saya dah macam curiga.
Nak curiga kat sapa pun taktau lah.
Curiga kat Mah ke, kat suami ke, ke kat orang yang share kan cerita ni kat Facebook?
Tapi saya tak percaya pun.
Bukan tak percaya apa, ada ke spesis lelaki / suami yang rajin nak tulis surat panjang lebar gini?
Maybe ada. I don’t know.

Sampailah malam tadi saya terbaca pulak ada orang share satu url blog ni.
Orang dok puji puji kata best entry blog tu.
Penulisnya bagi pendapat bersahaja tentang isu Mah ni lah.
Saya pun kliklah nak tau apa ke nya yang best benau.

Bila klik tengok baca, ooooo minah ni ke.
So baca lah. Lepas baca terus saya pening.
Apa yang best nya taktau lah.
Tulisan emosi, tak rasional, penggunaan kata kata kesat, menjatuhkan maruah seorang suami dan paling penting menyebarkan aura negatif.
Fakta berulang ulang. Cecara tulis tu macam marah benar.
Kisah benar ke dik?

Macam saya penah tulis sebelum ni, saya tak pandai nak nasihat nasihat orang.
Saya pun bukannya best mana pun nak nasihat orang.
Cuma cuma cuma, satu je la saya nak bagitau kat sini.

Tak kisahlah cerita ni cerita rekaan atau cerita betul, kita taktau masalah sebenar rumahtangga orang.
Buruk baik, mereka suami isteri yang hadap.
Mereka suami isteri yang hidup bertahun tahun.
Kita siapa nak judge dosa suami cenggini, salah isteri cenggitu?
Kita siapa nak mencarut maki hamun suami orang?

Ada kawan saya komen kat Facebook, katanya ni based on true story.
Ada kenalan rapat dia kena macam ni.
Bagus jugak jadi viral katanya walaupun made up.

Kalau ambik bagus tu dari sudut positif ok lah.
Janganlah fikir yang negatif je.
Suami ni bukan kata isteri tak cantik, gemuk dan busuk je dijadikan alasan nak berskandal.
Saya pun ada kenalan yang cantik molek orangnya.
Umur 30an tapi macam 20an.
Badan kurus, setiap minggu pegi gym. Kulit cantik flawless.
Anak 4. Anak anak nya semua comel bersih wangi terjaga.
Tapi suami dia tetap jugak ada skandal.
So tu nak kira cemana tu?

And later dapat tau rupanya suami dia tu berskandal sebab skandal dia tu lemah lembut baik sopan santun, romantik. Katanyalah.
Isteri dia ni jenis cakap kasar, tak romantik dan selalu lebihkan anak anak.
See?
Tu yang saya kata, kita taktau hal sebenar, taktau peribadi dan karakter depa suami isteri.
So, please do not judge!

Ada jugak kawan lelaki saya yang dah bercerai sebab katanya isteri dia sibuk kemas rumah, pastu letih.
Bila kawan lelaki saya ni nak ‘bersama’ waktu malam, isteri dia tak mahu layan sebab penat. Banyak kali jadi katanya.

Bukan dia tak pernah tegur isteri dia.
Dia kata dia tak kisah sangat pun kalau rumah bersepah sikit sikit. Anak anak pun kecik lagi masa tu. So dia faham.
Mana kita tau kes Mah ni, husband nya dah penah tegur?
Dah penah bincang, dah penah slow talk.
Suruh mandi, wangi wangi tapi Mah buat dono?

Kawan saya ni pegi cari hiburan kat luar, sampai terlanjur.
Dia terus terang dengan isteri dia, isteri dia boleh terima alasan suami dia tu.
Depa bercerai. Tapi masih berkawan cara baik.

Suami ni kalau nak buat, kau cantik meletup wangi macam mana pun tetap depa akan buat.
Terpulang pada pegangan iman masing masing.
Moral of the story, kita tak payahlah nak komen lebih lebih hal rumahtangga orang.
Jaga je suami dan rumahtangga masing masing.

Kalau kisah Mah ni kisah benar, saya lebih suka dia terima semula suami dia.
Dan sama sama muhasabah diri.
Sama sama kena cari jalan pulang.
Cintai pasangan masing masing kerana Allah SWT.

6 thoughts on “Mah

  1. Saya setuju Mah.. eh, Mya..

    Baru baca artikel tu pagi ni. Sbb sana sini orang dah sebok Mah..Mah.. nampak la menda tu viral kat FB, tapi cam ah, malas nak amik tahu.
    Oh, rupanya cerita rumahtangga. Tp kalau ikutkan kalau tiap ari Ahad (mingguan Msia), kat ruangan DCKK ke apa ntah namanya tu, lagi memacam kisah rumahtangga ada. Malah teruk pada ni ada, tp kenapakah kisah Mah tetiba viral. Hihi.

    Tak tahu nak kata lah kan.
    Cuma, dari artikel ni, nampaknya si penjual produk pemutih, produk harum, produk kurus buleh amik peluang nih. Hihihik.

  2. samalah kak maya cam kita ni baca n ok whatever
    apa yg dapat pun kalau beria nak komen, kutuk, share bagai..
    baca pun dh tau mcm x logic..
    yang sampai nak emo sgt tu dah kenapa?
    xde keje dah eh?

  3. sebenarnya mmg takut nak comment2 pasal rumah tangga org ni..
    sbb diri sendiri pun tak kwin..
    tapi byk cerita yg kita dgr mcm ni lah.. base on my experience, my ex colleague pun ada cerita persamaan mcm ni.. ttp lakinya berscandal bagai.. sedangkan isteri kemain cantik & serba serbi terjaga lah.
    apa2 pun balik kepada iman & org tu sendiri…

  4. betul ke ni? atau dongengan ilusi seorang penulis novel?
    kalau betul pun..saya tak nampak kenapa perlu viral merata-rata..
    ok saya tak faham di situ..

Comments are closed.