Kijang Hunt ke Pulai Springs Resort

Mood update blog ke laut! ke laut…. ke laut…. ke laut… ke laut…. #bergema
Tapi kang tak update haihh sampai ke sudah pulak tak berupdatenya.
OK ni cerita 1 November tempoh hari.
Saya sudah join Treasure Hunt office saya ni ha yang dipanggil Kijang Hunt.
Dah 4 tahun saya meninggalkan arena pentreasure hunt ni selepas peristiwa hitam terjadi masa Treasure Hunt ke Awana Kijal tahun 2009 dulu.
Payiet, ingatlah lagi dikau kisah drama swasta paling epik ketika itu?

Kijang Hunt 2005 – Kuantan (Nizam, Eskandar, NA & saya)
Kijang Hunt 2006 – Johor Bahru (Jue, Ana, NA & saya)
Kijang Hunt 2007 – Damai Laut. Masa ni saya jadi AJK
Kijang Hunt 2008 – KL / Selangor (Ida, KakTin, Payiet & saya)
Kijang Hunt 2009 – Awana Kijal (Encik Z, Payiet, Nadia & saya)

Treasure Hunt MOF 2006 – Melaka. AJK
Treasure Hunt MOF 2006 – Damai Laut (Azrul, Shazmeer, Jocko & saya)
Treasure Hunt MOF 2007 – Bukit Merah (Ida, Sharil, Jocko & saya)

Hah kalau ikut pengalaman memang dah terlebih lebih pengalaman tu hehe.
Ku bilang kalau…

Selepas 4 tahun, saya kembali membuat comeback! #comebacklahsangat
Hiks.
Takde la apa nya pun. Bila tengok pengumuman pasal Treasure Hunt ni terus je cam ok la nak masuk.
Kak Wan dok cakap cakap nak masuk sebelum pencen.
Kebetulan masa cakap cakap tu, Khairy ada kat tempat menyatakan minatnya jua untuk menyertai treasure hunt ini.
Calling calling Encik Z mintak persetujuan, dan terbentuklah sebuah kumpulan.
Malas nak fikir nama, so guna je la nama yang hari tu masa Allianz Amazing Hunt.
Traveler.

Kijang Hunt kali ni dari Kuala Lumpur ke Pulai Springs Resort, Johor.
Pepagi alam dah gerak dari rumah, sampai kat Sasana Kijang, breakfast dan taklimat bagai.
Pukul 7.45 flag off.
Saya sebagai driver, Kak Wan sebagai navigator manakala Khairy & Encik Z sebagai passenger.
Kenapa saya drive? Sebab saya malas nak fikir jawapan! Heh.

IMG-20141103-WA0001

IMG-20141101-WA0001

??????????

??????????

Dari KL cari gerak pastu cari jawapan kat R & R Ayer Keroh. Pastu masuk Ayer Hitam kot? Muar. Pastu tah mana lagi tak ingat dah hehe. Dan akhirnya ke Pulai Springs Resort.
Total 9 jam kau!
Fuuu soalan tak terjangkau dek fikiran saya ni ha.
Dah la lama tak masuk treasure hunt, bertambah berkarat la kepala memikirkan.
Dah la banyak tak dapat jawab, pulak tu lewat 15 minit, kena penalti.
So apa je yang tinggal? Harus kekalahan hebat. Pasrahhh…

Sampai kat Pulai Springs Resort, check in bagai.
Dan rehat. Sat g malam ada answer presentation dan dinner.
Meh nak tunjuk kat korang bilik kat sini.
Saya dapat apartment 3 bilik. Saya sebilik dengan Kak Wan.
Lagi 2 bilik ada orang lain. Tapi menjelang malam, satu bilik tu kosong gak.
Gamak budak tu tidur bilik kawan dia barangkali.

20141101_181204
: : ruang depan : :

20141101_181336
: : dapur dan ruang makan : :

20141101_181256
: : 2nd bedroom. master bedroom saya tak snap sebab dah ada penghuni masa tu : :

20141101_181152
: : 3rd bedroom : :

20141101_181248
: : 2nd bathroom : :

20141101_181313
: : nampak swimming pool dari atas : :

IMG-20141101-WA0025
: : ni bilik Encik Z dan Khairy. amboii Khairy snap gambar ala-ala stalker gitu. Jangan macam macam dengan laki aku, Khairy. #matiklaadenganjantanpunnakjeles : :

2 thoughts on “Kijang Hunt ke Pulai Springs Resort

Comments are closed.