Blog Maya Dot Com

Adana Gallery Opening

Ni cerita 25 / 10 / 2014 hari tu.
Saya pegi Adana Gallery’s Grand Opening kat Shah Alam sana.
Heret Masy teman kan. Mekasih baby teman kan kakak ostajah!

Naik komuter dari KL Sentral terus ke Shah Alam.
Masy tunggu kat stesen terus je zass ke Adana Gallery.
Pukul 11 pagi camtu dah sampai dah.
Terus belek belek tudung yang berkenan.

Tak lama pastu Heliza sampai.
Ia jadi artis jemputan untuk bagi tazkirah ringkas.

20141025_112707
: : ambik food lalu duduk mengadap Heliza : :

20141025_113018
: : Heliza bagi tazkirah tentang pentingnya penampilan diri : :

Screenshot_2014-10-31-10-45-14
: : bukan setakat comel, boleh tahan kelakar jugak eh Heliza ni : :

20141025_120057

20141025_120111

20141025_120607
: : Segan nak mintak orang snap kan gambar, makanya selfie lah sajork : :

Pastu ada showcase jugak. Pengenalan tudung tudung baru.
Tapi hati saya ni memang dah tertancap kat tudung Chantiquette je.
Almaklumlah saya kan pemalas lipas nak lilit pin bagai.

Ada happy hour untuk lukis henna.
So letslah mengisi masa lapang.

20141025_125543

Screenshot_2014-10-31-10-43-27

Screenshot_2014-10-31-10-41-39
: : ada orang komen kat instagram Adana Gallery pasal lukis henna ni : :

Screenshot_2014-10-31-10-43-10
: : yang kata haram pun ada. tapi Adana Gallery  bagi link tentang hukum pemakaian inai mengikut syarak. nah saya paste kat sini untuk korang baca : :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

20141025_130229
: : TQ Fatin dari @wonderfenna lukis henna cantik untuk kakak : :

20141026_092728
: : siapa nak guna service @wonderfenna boleh contact Fatin k : :

20141025_135904
: : Korang nampak tak tengah tengah tu ejaan nama saya? Nun Wau Ro Mim Alif Ya Alif. N o r m a y a : :

Tumpang solat Zohor dulu pastu baru gerak.
Sebelum gerak pose lah lagi seround.

20141025_142541
: : Proud of my hijab! : :

Haaa diperkenalkan, owner Adana Gallery ini.
Puan Aini. Bukan setakat businesswoman, jua merupakan seorang doktor gigi.
Dah la cantik, bijak bestari, ramah tamah, otak bisnes pulak itu! Pakej!

20141025_142611

Selalu dok berurusan dalam whatsapp je, kali ni baru dapat jumpa so saya macam segan.
Yer bukan blur sebenarnya tapi cam segan.
Saya ni kan penyegan orangnya, hikss..

Screenshot_2014-10-31-10-40-11

Screenshot_2014-10-31-10-40-50
: : sama sama adik cantik! : :

20141025_143041
: : bagus patung! keep up a good work #siribercakapdenganpatung : :

Perut sudah melapau lalu pegilah mengisi perut di Wong Solo.

20141025_150035
: : Jus Nanas & Soda Gembira both RM5.50 : :

20141025_145817
: : Set Ayam Penyet dan Set Empal Sapi both RM10.90 : :

20141026_092548
: : ole ole dari @adanagallery @wonderfenna @hijriahome @urbaniqab. terima kasih semua! : :

Untuk Aini, tahniah ya di atas pembukaan Adana Gallery.
Akak doakan business awak sukses maju jaya.
Teruskan pengeluaran tudung labuh mengikut syariat.
Korang kalau nak cari tudung labuh tapi masih boleh berstylo mylo, visit instagram @adanagallery k?

    6 thoughts on “Adana Gallery Opening

      1. Mya Post author

        pakai gi jenjalan ke, wedding ke, dinner ke ok la..
        nak pi office boleh je tapi mungkin kurang kesesuaian sikit ar..