The 1 Thing that Matters to You

What is 1 Thing that Matters to You?
Atau selepas diterjemahkan, Apakah 1 perkara yang paling menjadi keutamaan dalam hidup anda?
Mungkin dalam bentuk fizikalnya keluarga, kereta, rumah atau gajet?
Boleh jadi juga keutamaan dari segi kebebasan, ketenangan atau hubungan dengan Tuhan?

Bagi Masy, Dyana dan saya, 1 perkara yang paling menjadi keutamaan kami ialah KELUARGA.
Kerana bagi kami, keluarga adalah segala galanya. Walau punya wang berjuta, tapi tanpa keluarga, semuanya takkan bermakna.

Dari mula kita melihat bulan dan matahari, dari mula kita berjalan bertatih berlari, sehingga kita dewasa dan mula berdikari, keluarga lah yang sentiasa berada di sisi di kala kita susah dan senang.
Kami percaya, tiada siapa yang tidak sayang pada keluarga. Walau mungkin pernah berselisih faham dan bertingkah pendapat, tetapi air dicincang takkan putus. Tetap kembali bertaut dihujungnya.

Setiap orang punya cara tersendiri menzahirkan rasa sayang mereka kepada keluarga. Masy, Dyana & saya jua punya cara sendiri. Kita tidak tahu siapa yang lebih dulu akan pergi, kita atau keluarga. Jadi persediaan awal itu sungguh penting. Allianz Malaysia Berhad menawarkan skim perlindungan insurans yang komprehensif sebagai satu langkah untuk kita melindungi dan menjamin masa depan ahli keluarga kita. Anda boleh memilih untuk mengambil skim PowerShield atau PowerLink. Keterangan lanjut boleh ke Facebook Allianz Malaysia Berhad.

DSCN1301
: : saya dan keluarga : :

IMG-20141010-WA0002
: : Dyana dan keluarga : :

IMG-20141010-WA0003
: : Masy dan keluarga : :

Sayangilah keluarga kita!

3 thoughts on “The 1 Thing that Matters to You

Comments are closed.