Blog Maya Dot Com

Selamat Hari Jadi Nur Shazleen

Cerita hari Ahad lepas. 28 September 2014.
Lepas Subuh dah tak tidur balik dah.
Ajak Encik Z gi jogging tapi dia memalas.
Anak anak tak bangun tidur pulak lagi.

C360_2014-09-28-08-11-35-853
: : sudahnya ke Nasi Kerabu Keramat saja lah pekena nasi kerabu yang osem itu : :

Tengah hari pegi Bangsar, attend wedding Shida & Aiman.
Shida kawan se B** saya. Sejawatan tapi berlainan jabatan.
Begitulah.
Macam biasa sampai tu makan dulu.
Pastu jumpa pengantin, bergambar seround dan meminta diri.

Yer saya ni jenis tak suka berlama lama di kenduri kahwin orang.
Lepas makan, jumpa pengantin, bergambar, mesti saya gerak terus.
Consider orang lain la nak duduk semua kan.
Lagipun apa perlu nak berlama lama di wedding orang?
Lain la kalau lepas tu ambik kontrak basuh pinggan ke hapa kan.

C360_2014-09-28-14-32-20-541
: : sama cantik sama padan. Tahniah adik adik. Semoga dalam sentiasa rahmat Allah SWT dalam menjalani hidup berumahtangga ya : :

Usai wedding usap usap Encik Z ajak pegi Shah Alam.
Sebab sebab sebab.
Saya tengok dalam instagram Adana Gallery, ada sales sempena Hari Raya Haji.
Memurah pulak ituuu.
Sib baik Encik Z setuju saja haa.
Meredah Federal Highwah, pastu elok sampai hujan lebat.

adana
: : sampai terjatuh bunting ni ha. Baiknya anak Mommy tolong angkat yerh : :

C360_2014-09-28-15-43-40-222
: : Adana Gallery kat tingkat atas : :

Pun tak banyak dah tinggal. Haaaa stress mak hencekkk.
Tapi beli gak la 2 helai. Pun seperti entry semalam, nanti saya ciwi ciwi k.
Korang tak heran pun saya pedulik hapaaa haha.

C360_2014-09-28-16-01-53-302

C360_2014-09-28-16-16-12-706
: : lepak minum sat sebab hujan melebat : :

Singgah AEON Wangsa Maju beli 3 slice kek.
Saja suka suka nak bagi Caca tiup lilin dan potong kek.
Kesian dia asyik tak dapat je nak celebrate sesama.
Gambar pun kelam kusam ni ha sebab dah nak masuk Maghrib masa ni.

C360_2014-09-28-18-25-21-103

C360_2014-09-28-18-25-26-340

C360_2014-09-28-18-26-15-956

C360_2014-09-28-18-26-46-239

Selamat hari lahir yang ke 7 tahun Nur Shazleen aka Caca.
Semoga awak panjang umur, jadi anak yang solehah dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
Mommy sayang awak! Muahss..

    8 thoughts on “Selamat Hari Jadi Nur Shazleen