Sanah Helwah Ya Yasmin!

Kenapa hari ni special?
Sebab hari ni birthday anak saya Yasmin aka Yaya yang ke 10 tahun!
16 Oktober 2004, 10.21 malam. 3.05 kg. Hospital Taiping.

Masa Hari Raya Haji hari tu Mama ada buatkan pulut kuning.
Bawak pegi makan kat rumah MakLong, itu je lah pun.
Tapi masa tu baru 5 Oktober lah kan. Pre celebrate katanya. Katanya laaa walhal saya takut tak berkelapangan nak celebrate nanti nanti hehe.

C360_2014-10-05-15-14-09-350

C360_2014-10-05-15-14-35-809

C360_2014-10-05-15-15-04-751

Yasmin sayang,

Mommy ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 10 tahun.
Pejam celik pejam celik dah 10 tahun dah umur awak yer.

yayanewborn : : sehari selepas awak dilahirkan. nurse kata kepala besar macam mommy nya! sentap tauuu hiks : :

Macam Mommy selalu bagitau, Mommy tak kaya raya, takde harta nak tinggalkan untuk awak.
Mommy cuma boleh bagi pelajaran dan didikan saja.
Awak belajar rajin rajin bukan untuk sapa sapa, tapi untuk diri awak sendiri, untuk masa depan awak.
Dan yang terpaling penting, dahulukan Allah SWT dalam apa jua tindakan.

Jangan letak pengharapan pada manusia, walaupun pada Mommy, Babah, Ayah atau Opah.
Kami kami ni cuma proxy saja, semua buruk baik datang dari Allah SWT.
Ingat lagi kan kisah Nabi Sulaiman dan semut yang Mommy pernah cerita dulu?

Jangan lupa solat, bila kita ingat Allah, Allah juga akan ingat pada kita.
Kena sentiasa berlapang dada, bersyukur dan redha atas apa juga yang berlaku sama ada baik atau buruk.

smsyaya

Sama sama sayang.
Terima kasih sebab jadi anak Mommy yang paling cantik, baik dan sangat memahami keadaan Mommy.
Awak lah madu. Awak lah racun. Kalau Mommy ada marah marah sebab apa? Ya, sebab Mommy sayang.

Mommy sentiasa doakan awak jadi anak yang solehah supaya kita boleh masuk syurga sama-sama 😉
Oh, Mommy tak lupa tau janji Mommy pada awak pasal Hong Kong Disneyland & Gold Coast Australia tu.
Ada rezeki dan dengan izin Allah, satu hari  yang indah insya Allah kita akan ke sana k?

Jangan kecil hati bila Mommy pegi jalan jalan dengan kawan kawan Mommy atau dengan Ayah.
Kan Mommy penah bagitau dulu ada tempat yang tak sesuai Mommy nak bawak awak.
Panas, kena naik public transport, kena jalan kaki jauh. Tak sesuai untuk budak budak.
Baik kita simpan duit pegi tempat yang memang awak akan enjoy sepenuhnya, kan?

Sorry Mommy share video awak kecik kecik dulu kat sini.
Ala.. yang baca blog Mommy ni semua kawan kawan Mommy  jugak, so takyah nak malu lah.
Diorang dah tengok awak dalam blog Mommy ni dari awak kecik lagi.


: : ABC 123 : :

 


: : buai buai laju : :


: : ini jari apa? : :

Sanah Helwah Ya Yasmin!
Uhibbuki Fillah!

P/S : Korang kalau nak tengok video Yaya yang lain boleh ke YOUTUBE saya, k? Banyak lagi video Yaya masa kecik yang comelsss

7 thoughts on “Sanah Helwah Ya Yasmin!

  1. auntie nangis baca msg yaya kat mummy..

    tetiba auntie teringat kat yaya auntie jugakkkk..

    btw…happy birthday sayang..jaga mummy baik2 ye..jadi anak yang solehah…rajin..cerdik dunia akhirat….moga allah sentiasa merahmati mu anak

  2. give me 5 yaya, kita sama2 October babies!!!
    ololo comel sgt & bijak la yaya ni..
    jadilah anak yg solehah ye sayang..

  3. Happy Birthday Yaya!
    Dah besar esok Yaya jaga Mommy & Opah ye
    Auntie doakan Yaya berjaya dunia & akhirat.

  4. Happy Birthday Yasmin… semoga apa yang mummy awak doakan untuk awak, Allah makbulkan…

Comments are closed.