Blog Maya Dot Com

Kaththi

Cuti Deepavali hari tu korang buat apa lah?
Saya pegi dating dengan Vijay kat Suria KLCC.
Tapi ini dating muslimah alaf baru, ditemani suami. Hiks.

Kitorang gi nonton filem baru Vijay daaa..
Tajuknya Kaththi. Sapa tau maksud Kaththi dalam bahasa Tamil?
Yer bijak bijak. Kaththi maksudnya pisau.
Tapi dalam cerita ni jua menggambarkan watak Vijay yang bernama Kathiresan.

tamil-cinema-kaththi-movie-wallpaper07

Saya tengok tayangan pertama. Pukul 10.30 pagi.
Memang first screen lah kekiranya. Tayangan pertama di Malaysia.
Encik Z duduk sebelah mamat India ni ha. Budak muda.
Memula dia ingatkan kitorang salah panggung wayang.
Encik Z kata ‘Betul la, cerita Kaththi kan?’
‘Wah, u pun tengok cerita Tamil ke?’
‘Aha. Tapi wife I ni peminat Vijay ni’

Apa lagi mamat tu terus pong pang pong pang bercerita itu ini.
Nampak la dia bangga sebab ada melayu macam kitorang ni minat nonton filem Tamil.
Tengok plak saya yang bertudung ni kann.
Memacam info dia share. Katanya kat India sana start tayangan filem Kathi ni semalamnya.
Kira malam Deepavali lah.
Tapi macam kita gak la kat sini, bukan semua orang suka Vijay. Dia pun ada haters.
Haters haters ni kan sudah pegi bakar panggung wayang kat India sana.
Tak silap saya kat Mumbai kot. Aiyoyoyo amma karawale..

Katanya filem Vijay ni violence.
Memang lah, tapi filem filem Vijay kebanyakan pun nak educate orang orang kat India sana.
Nak suruh bukak mata tentang apa yang berlaku, bagi diorang ambik tahu, bukan accept dan percaya membabi buta.
Hero pembela bangsa. Me support you Vijay!

Pastu saya tanya ar mamat tu, yang filem Thuppaki tu kan, yang sleeper cell tu, bebetul ke rekaan je? Katanya memang betul. Memang wujud sleeper cell tu kat India sana.
Aaaaaa takottttt..
Ni sapa yang nonton Thuppaki je la tau, sapa yang tak nonton tu, tak dapeklah saya nak nolong.

Crowd kat TGV Suria KLCC ni lain ah dari crowd kat GSC Midvalley.
Dulu saya nonton filem Thalaivaa kat GSC Midvalley kan, behave je crowd.
Eh yang ni pun behave jugak cumanya waktu Vijay keluar kat skrin semua cam phewittttt.. pastu tepuk tangan, bersorak bagai.. Meriah!
Apa lagi, kakak ostajah pun naik sheh jugak la berphewit dan bersorak bagai hahahha…
Rasa macam menonton kat India ok!

Tapi tapi tapi ada 2 scene gaduh kena potong!
Mencikkkkkkk… Baru nak feel feel tetengok arghhhhh kena potong!
Stress. Penonton semua pun cam bising tapi takde la tunjuk perasaan or baling kerusi ke hapa.
Nak buat cemana kan, sob sob sob.

Filem Kaththi ni yang jadi istimewanya sebab Vijay bawak 2 watak.
Kathiresan dan Jeeva. Ada kejadian yang berlaku menyebabkan depa berdua bertukar identiti.
Malas nak taip sinopsis kat korang. Kalau nak tau silalah google sendiri yer.
Apa yang saya nak cakap cerita ni memang best terbaik meletup kebabom.
Bab sedih tu tersobb sobbb sobbb saya dibuatnya.
Sebab antara pelakon nya adalah orang orang tua yang berada di rumah orang tua.

Tapi kalau nak bagi rating, saya tetap pilih Thailavaa.
So far so good, Thailavaa masih di hati.
Ikut ranking saya, 1. Thalaivaa 2. Thuppaki 3. Kaththi 4. Jilla
Jilla korang dah nonton? Kasih sayang antara ayah dan anak angkat.
Sedih dan best ahcunnyaaaa…

tamil-cinema-kaththi-movie-wallpaper06

Oh filem Kaththi masih dimainkan kat panggung wayang tau.
Sapa yang berminat pergilah check it out nonton ya..
Usai nonton pegi makan kat Little Penang Kafe.
Sambil makan sambil berdiskusi dan membuat rumusan tentang filem Kaththi ini.

20141022_135626

20141022_140256
: : Red Ruby RM6.00 : :

20141022_140311
: : Penang Local Coffee O Ice RM3.80 : :

20141022_141030
: : Kari Hantu Set RM16.00 : :

20141022_141626
: : Char Koay Teow RM12.20: :

Food Little Penang Kafe macam biasa.
Semua pun begini! Dap nyam nyam..

    8 thoughts on “Kaththi

    1. Ida Puanstoberi

      haha. kelaka bila budak tu ingat Mya salah panggung eh?
      Lama nau tak tgk wayang dah ni rasanya.. tp kalau ngajak asben nengok citer Tamil ni mau dia terperanjat urut dada kang. Hahahttp://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif

      1. Mya Post author

        haah.. mesti mamat tu ingat kitorang salah panggung walhalll semangat kobar2 nak jumpa Vijay ni. Hiks..
        tapi best lah wak cerita ni.. try la ajak husband pegi. jauh lebih baik dari cerita2 melayu kita ni ha..