Blog Maya Dot Com

FoodGasm Festival @ Taman Rimba Kiara

Ini rentetan dari cerita INI.
Berjanji setialah kami 3 orang nak lepak lepak santai.
Mula cadang itu ini, dan akhirnya sepakat nak ke FoodGasm Festival kat Taman Rimba Kiara, TTDI.

Saya keluar rumah awal jugak tapi tu la sebab tak biasa area TTDI ni, ditambah dengan map yang mengelirukan, berejam rejam la pusing mencari.
Dah la jalan sesak sana sini.

IMG-20141011-WA0001
: : ni map nya : :

Encik Z pi la park kat Masjid At-Taqwa TTDI. Pastu kitorang menapak la.
Sekali sudah salah arah daaa. Kitorang pegi yang Lembah Kiara Recreational Park tu.
Walhal sebenarnya Taman Rimba Kiara. Pfffttt…

20141012_120915
: : Pak Encik driver yang dah naik hantu sebab sesat dan jalan sesak : :

IMG-20141012-WA0002
: : Kereta dan orang sama ramai menggila. Cuaca pulak panas menyengat, kekira memang bikin panas betul ah : :

Tapi akhirnya selamat sampai jua lah di tempat yang benar.

C360_2014-10-12-12-12-00-861

C360_2014-10-12-14-50-41-018
: : susunatur FoodGasm Festival : :

Senang cerita FoodGasm Festival ni ialah festival yang mengumpulkan semua peniaga peniaga makanan.
Baik yang meniaga online mahupun offline.
Dah namanya peniaga makanan, memang rambang mata lah tengok makanan yang kelihatannya lazat lazat belaka.

C360_2014-10-12-12-29-05-663
: : Encik Z lapau nasi so ia beli ini : :

C360_2014-10-12-12-38-23-064
: : Saya q kat van ni ha nak beli burrito beef : :

C360_2014-10-12-12-51-44-090
: : bapak panjang q orang nak beli cendol. tu nampak tak Encik Z baru usai membeli : :

C360_2014-10-12-12-56-46-233
: : nasi lemak ayam pandan, burrito beef & cendol. jemput tengok : :

C360_2014-10-12-12-59-04-253
: : tak pandang kiri kanan dah : :

Masih ahli majlis yang sama. Faiz, Fin & saya.
Ida ntah taktau kenapa, kat whatsapp tak jawab pun nak join ke tidak.
Suka hati kau lah Ida.
Kitorang berpiknik melepak borak sembang gebang macam macam isu. Best.

Masa ni cuaca i tell u, panassssss. Tapi untung jugak la kitorang dapat port bawah pokok dan redup.
Tapi peluh tetap la mengalir tik tik tik.
Fin cerita pasal Hyde Park kat London. Katanya sama je macam taman kat Malaysia ni.
Tapi sebab kat sana sejuk kan. Picnic waktu autumn & spring memang best lah.
Boleh lepak berejam rejam dari pagi santak ke petang.
Izinkan saya berangan berada di Hyde Park London sebentar.
OK dah. Sambung…

C360_2014-10-12-12-55-00-644

C360_2014-10-12-12-55-24-310
: : ada yang komen kata saya nampak gemuk macam orang pregnant dalam gambar ni. I gemuk, I ok. so pls? : :

Memula saya pakai tudung syria tu je tapi bila belek tengok macam ah nipis dan jarang lah pulak syria ni.
Nak iron tudung lain malas, tu yang kaut je la crumple shawl, lilit, selesai.
Gamak ada few tudung syria  yang saya kena campak buang, kenot wear it anymore, feel not comfortable u know.

OK yang sebenarnya motif utama kitorang gather ni sebabnya nak ucap bye bye pada Fin.
Ala ala farewell gitu lah.
Kenapa? Fin nak ke mana?
Fin nak berhijrah ke Doha, Qatar. Mengikut suaminya yang bertugas di sinun.

C360_2014-10-12-14-14-52-795

C360_2014-10-12-14-28-23-290
: : sebelum balik beli sengkuang calit ini : :

C360_2014-10-12-14-47-01-851
: : dan q yang bapak panjangnya sebab nak beli air dalam botol kicap ini : :

Macam jadi isu jugak penjualan air tau. Sebabnya pihak penganjur tak bagi vendor jual air mineral.
Depa je yang jual air mineral dan air tin. Plus air botol kicap ni.
Tapi tau lah bukan semorang minum air manis kan. Air mineral dengar kata pukul 12 tengah hari dah licin.
Walhal event ni sampai pukul 10 malam. Ada gak la saya terdengar orang dok merungut huhu.

C360_2014-10-13-18-48-26-369
: : hambik kau semua flavour saya beli. yang tak berlabel tu flavour fruity. dalam banyak semua ni flavour grape paling dap dap : :

C360_2014-10-13-00-16-09-234
: : beli ini juga. vanilla creme brulee : :

20141028_152900
: : sebelum balik bergambar dulu kat #kotakgambar ini : :

Fin, selamat berhijrah ke tempat baru…
Semoga segala urusan you dipermudahkan di sana.
Doakan I murah rezeki, boleh I melawat you kat sana #nakjugak hehe..
Keep in touch k. Love u!

    6 thoughts on “FoodGasm Festival @ Taman Rimba Kiara