Family Day AGJC @ LWOT : The Arrival

Akhirnya hari yang dinanti pun muncul jua.
Kan saya ada bagitau saya membz pasal Family Day kan?
Haa ceritanya Kak As lantik saya jadi one of the committee member untuk Family Day ni lah.
Dari bulan April hari tu lagi dah buat persedian pong pang gitu gini.

Hari Jumaat, 26 September tu saya ambik half day.
Terus ke LEP kutip Caca & Cici, depa pun sama nak membontoti Mommy nya ini ha pulang ke Taiping.
Dulu dulu Cici tak diapitnya nak follow Mommy, sejak 2 menjak ni je haa sebab dah besau sibuk lah nak follow.
Nak follow boleh tapi jangan macam macam ya.
Gitu Mommy warning hiks.

IMG20140926WA0001.jpg

Pukul 5 petang dah selamat sampai Taiping.
Saya migraine hebat lah pulak malam tu, so apa lagi kroh kroh je lah.
Tapi pun dah warning anak anak sesiap, esok kena bangun awal.
Semua pun mendengar kata.

Esoknya, 27 September, lepas Subuh je dalam pukul 6.15 pagi dah gerak ke Lost World of Tambun, Ipoh.
Sejam je dah sampai ha.
Saya jaga bahagian registration. Kena sampai selewat lewatnya pukul 8 pagi sebab registration start pukul 8.30 pagi.
Tapi sebab banyak barang barang saya yang bawak, so moleklah sampai lagi awal.

C360_2014-09-27-07-21-46-149 : : untuk budak budak bawah 12 tahun dapat doorgift ni ha. Watergun & goggle : :

C360_2014-09-27-07-22-16-623 : : anak anak sedara tak dapatlah yer. makanya bawaklah pelampung dan bola sendiri : :

Pun jua saya dah warning (matiklaaa asyik mewarning anak anak je kerjanya yer),

Mommy dengan Ayah kena work tau. So tak boleh nak layan awak awak semua.
Yaya jaga adik adik, jangan harap Opah je.

OK Mommy!

C360_2014-09-27-07-35-30-781 : : kupon makan dan tiket masuk : :

Sebelum semua menghilang dan membusy, kita memotret dulu lah barang sekeping dua.

C360_2014-09-27-07-43-11-160

C360_2014-09-27-07-43-42-160

C360_2014-09-27-07-45-03-032

C360_2014-09-27-07-53-08-225

C360_2014-09-27-07-26-11-689 : : acah acah busy. amboiii trend pakai perkataan acah acah yer sekarang. awa pun sibuk nak beracah acah yer Normaya : :

C360_2014-09-27-08-06-14-152 : : sebelum memulakan tugas, kita breakfast dulu yo : :

_MG_7864 : : of coz lah saya rep untuk RSA : :

_MG_7867 : : Man memasukkan kad lucky draw ke dalam bekas dengan harapan setinggi impian untuk memenangi hadiah : :

_MG_7888 : : registration sampai pukul 9.15 pagi sahaja : :

Pukul 9.20 pagi saya menggunakan kuasa veto untuk tutup kaunter sebab 9.30 pagi dah nak start majlis dah.
Jom jumpa kat dalam jom!

_MG_7831

2 thoughts on “Family Day AGJC @ LWOT : The Arrival

Comments are closed.