Blog & WordPress

2,3 menjak ni kan, saya macam ada sedikit naik hantu dengan wordpress.
OK actually bukan la 2,3 menjak sangat. Dari mula tukar ke wordpress kot.
Tapi dah kau yang feel feel nak berdot com guna wordpress, so hadap lah juga.

WordPress ni bukan apa tau, dia macam banyak sangat updates.
Updates plugin lah, updates latest version lah.
Pastu kadang kita tak update pun, dia automatic update.
Tu takpa tu takpa. Tapi nanti setiba tiba segala mala widget pun ghaib.
Tak ke kau nak naik hantu.

wordpress4.0
: : cer tengok yang saya merahkan tu. tu nak suruh update letteww : :

Lagi satu update theme. Tu korang tengok saya dok bertukar tukar theme.
Sebab dia macam ada certain theme tak compatible dengan widget yang kita nak.
Hari tu saya memandai edit kat bahagian coding, terus putih je screen dashboard saya ha.
Erghh stress. Lalu mengadu domba gitu gini dengan Kak Tin.
KakTin macam biasa memberi semangat, boleh tu insya Allah, boleh tu. Gitu katanya.

Masa ni saya dah macam eieiei lantak lah sana. Kot kot tak boleh diselamatkan memang saya stop blogging terus. Yo yo je la kan haha.
Nasib baik la orang orang Serverfreak sentiasa membantu.
Banyak kali dah kot depa tolong saya ni ha, pantas pula itu.
Mekasih Serverfreak!

wp
: : ni pun dah login tetiba suh login lagi. dah berapa juta kali kau nak suruh aku login???? #lempangpcbertalutalu : :

wordpress
: : yang terbaru dah ada kira kira tambah tolak bagai pulak dah. awa ingat blog awa ini beautifulnara ke pun?? : :

Entry travelogue saya pun dah takde kat sidebar.
Semua saya campak kat bahagian Tab atas MY TRAVELOGUE tu.
Kot korang nak baca, klik je lah. Ada link semua, tapi tak boleh direct klik.
Kena highlight, open in new tab, k?
Macam takde kerajinan je nak letak balik kat sidebar. See how lah..

Apa objektif entry ni?
Objektif nya adalah pada korang yang bercita cita nak tukar ke wordpress, saya nasihatkan tak usah lah.
Kecuali anda mempunyai kawan / boyfriend / girlfriend yang terror bab IT coding mengcoding ni.
Kalau takde, tapi berkeras jugak nak tukar ke wordpress, pegi la berguru dulu.
Dan dan dan, jangan tanya saya apa apa soalan pasal wordpress ni.
Saya ni feel feel je hebat, tapi sebenarnya yang adoooo…

Kbai!

8 thoughts on “Blog & WordPress

  1. tu lah kak…tetiba kena jwb soalan math pulak. nasib baik sonang je..kalau kuar algebra, punca kuasa ke..x cukup jari nak kira ni..hehe

    • kalau keluar soalan algebra harus lah akak dulu yang maki.
      dulu masa sekolah pun ku tak sior nak belajar algebra, ni pulak di zaman kertu ini. grrrr…

  2. Kaknaja haritu tukar pakaian blog pun kelautt peginya.. menggagau aku suruh kakTin tolong pebetoikan. Stress jugak ! Lagila tak kuasa bila baca entry mu ni Maya terus otakku kaku rigid beku.

    • hahahha.. saja je aku nak bagi semua orang stress bersamakuuu..
      stress bersama, blogger sengsara, readers tertanya tanya. gitu taglinenya

  3. A ah.. acapkali la weols yg nak drop komen ni kena kira.
    ni dia buat __ + five = 13

    Tapi takpe lah.. asah minda bila komen blog Mya. Hihihi

Comments are closed.