Blog Maya Dot Com

Belum Gandah

19 September hari tu saya lunch dengan Fin & Faiz kat Lanai.
Lama sesungguh tak jumpa depa kot.
Bila last jumpa ntah.. tak dapat nak recall sebab dah lama bebenau.

C360_2014-09-19-12-50-27-948
: : Fin makan ni. Lamb Shank Acun namanya. Kuah ia sedap. Macam manis manis tomato gitu. Next time pegi saya nak order ni ah : :

Saya makan ayam penyet.
Tak payah gambar ar sebab ayam penyet je pong.
Rasa dah penah jaja kot dalam blog.

C360_2014-09-19-12-51-17-787
: : Faiz makan Laksa Johor. Up dengan salad : :

Faiz tak habis habis ah puji kehebatan Lanai & food nya.
Pastu gembira dia bergambar sana sini.
Ala bebila u nak datang sini lagi roger roger je I tau 🙂

IMG-20140919-WA0004
: : Fin : :

IMG-20140919-WA0001
: : Fin, Faiz, Mya : :

Siapa yang dah bertahun tahun baca blog saya kenal kot Fin ni.
Dulu B**. Resign dan kerja tempat lain.
Fin ni kan, antara orang yang paling banyak saya pernah travel sesama.

Start kenal masa trip pegi Pulau Redang bulan Jun tahun 2006.
So sedar tak sedar dah 8 tahun kitorang berkawan.
Saya ingat lagi masa trip ni Encik Z pun ada sekali tau, tapi masa tu saya tak kenal ia lagi.
Saya pun masih berstatus isteri FM masa tu.
Oh cerita lama usah dikenang.

Dan lepas lepas tu banyak lah trip saya dan Fin sesama.
Pulau Perhentian, Kuching, Bangkok, Cambodia, Taman Negara Kuala Tahan, Lata Kijang Negeri Sembilan, naik cruise kat Putrajaya, Paya Indah Wetlands Dengkil, Kuala Gandah, Hutan Belum dan Melaka.
Jujur saya cakap, travel dengan Fin paling senang.
Dia jenis tak banyak hal, bersabar dan sentiasa positif.

Oh Faiz pulak saya kenal masa trip ke Hutan Belum tahun 2007.
Actually dia kawan pada kawan B** saya. Gitulah ceritanya.
Dan terus berkawan kawan dan kitorang buat day trip ke Kuala Gandah bulan April 2008.
Oh kenangan terindah sangat mandi manda dengan gajah he he.

C360_2014-09-19-13-27-42-858
: : tetiba ada kek kan. Fin rajin bawak kek : :

Actually ada sebab kitorang berjumpa jumpaan ni.
Tapi nanti lah saya story. Sebab kalau ikutkan ada nak buat day trip lagi 2 weeks time.
Kalau jadi saya story lah. Kalau tak jadi pun saya story jugak k 🙂

    6 thoughts on “Belum Gandah

    1. Ida Puanstoberi

      Nak!

      nak pergi makan situ jugak.. hihihi… nati bawak la kitew makan siteww.. bule dak?? hihi 😀