Blog Maya Dot Com

Adik Redmummy kahwin

Tajuk entry tu mintak hits ke cemana tu? Hiks.
Kekdahnya 20 September hari tu pegi Bandar Sri Permaisuri sana attend wedding Epi, adiknya Kak Red.
Saya memang kenal Epi 4,5 tahun lepas sebab penah masuk game show Ewah Ewah TV3 tu.
Sapa ingat? Heyy iolls menang duit cash ok. :-p

Janji dengan Lyn tapi saya keluar rumah pun dah lepas Zohor, so macam kelewatan jugak lah sampainya.
Terus ambik food dan ngap ngap sebab lapau.
Dah kenyang perut baru la berjumpa dengan kakak pengantin.
Gossip seround dua, pastu bergambau ler apa lagi.

IMG-20140922-WA0001

C360_2014-09-20-14-56-51-228

C360_2014-09-20-15-27-11-905
: : saya pakai beg baru Sometimes Sofina Fashionvalet. Lawa! Sukaaaaa. Last batch katanya. Lepas ni tak keluar dah. Tu yang menggelupur nak nak beli jugak sampai pinjam duit KakTin heee : :

Selamat Pengantin Baru Epi & Hanim!
Semoga dipermudahkan urusan rumahtangga korang berdua ya πŸ™‚
TQ di atas jemputan.

Usai wedding plan nak pegi Adana Gallery kat Shah Alam sebab saya nak cari tudung raya haji.
Hamboii kemain mengada sangat ni nak ada tudung raya haji bagai.
Tapi pastu teringat eh eh Adana Gallery ada vendor kat Hijria Home which is located kat Bandar Sri Permaisuri ni je ha.
Godek waze tengok, haa belakang ni je.
So pegi lah.

20140920_160142
: : butik Hijria HomeΒ  : :

Tak banyak dah yang tinggal tudung idaman saya itu.
Tapi saya beli gak la sehelai warna kelabu. Nanti saya ciwi ciwi k.
Cuma cuma cuma, saya agak rengsa bila adik salesgirl tu dok la follow saya ke depan ke belakang.
Encik Z kata memang gitu cara ia layan customer kot.
Iya iyalah tapi follow tu biar la berdistance sikit, dah dekat bebenau saya nak memilih pun rasa kureng selesa gitteww.

C360_2014-09-20-17-16-41-813
: : Singgah AEON AU2 pekena kopi. Hujan melebat sudah masa ni : :

Barista kat Starbucks tu 2 orang lelaki kemain nya la haihh ramah tamah borak tanya itu ini.
Yang sorang tu suh saya pegi pasar malam AU2 kat depan ni ha suh beli satay.
Katanya satay tersedapp. Sebelum 8.30 malam dah licin, begitu punya sedap.
Aterrr dah hujan melebat gitu cemana ke romannya.

C360_2014-09-20-19-58-44-466
: : sudahnya beli gak la satay tapi kat Niara sana. sedap lah jua. me love love satay πŸ™‚ : :

    10 thoughts on “Adik Redmummy kahwin

      1. Mya Post author

        hahaha.. kawan2 pun layankan ajer..
        yang penting lepas dapat gaji sila bayau yerr no tangguh tangguh

      1. Mya Post author

        aha garing tapi moist. ewah byk plak cekadak akak ni kan.
        pi bakar satay sendiri la! haha..

    1. suriaamanda

      satay kalau betul perapannya memang la sodap kan…..hehehe…along suka satay ayam yang tgh2 ada lemak2 gitew….baru best nak makan…pas tu kuah kacang penting kena sedap….http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif

      1. Mya Post author

        saya tak makan satay ayam lah pulak hehe..
        tapi kalau lemak aaa dappp dappp..
        kuah kacang kalau ada pakej dengan sambal lagi umphhh kan..