Blog Maya Dot Com

9 jam

Dah 2 minggu baru hegeh hegeh nak update cerita raya haji.
OK lettew dari tak update langsung kann.
Memandangkan Raya Haji tahun ni jatuh pada hari Ahad, maka automatik dapatlah cuti sehari dan selepas raya.
Makanya, boleh la kita balik Taiping. Yahuuu.

Kaklong kerja, so dia pos lah Caca & Cici balik dengan saya.
Surprise surprise, tak bagitau Mama & Yaya pun.
Pagi Sabtu, 4 Oktober tu pukul 8 pagi dah gerak keluar dari Jasmine.
Stop kat Jejantas Sungai Buloh nak breakfast.
Pegi KFC je sebab nak cepat kan, malangnya punya la slow service nya. Tskk..

photo : : makan kekenyang, takde nak stop stop dah : :

C360_2014-10-04-12-24-17-093 : : Cici sedang termenung : :

Gerak dari Jejantas Sungai Buloh pukul 9.15 pagi.
Sampai kat area Chemor, kira kira dalam 30 km sebelum Terowong Menora, lebih kurang pukul 12 tengah hari, semua kereta stop terus.
Setengah jam, 100 meter je gerak.
Masa ni saya memang taktau lah kenapa kan, cuma saya cakap dengan Encik Z, mesti accident ni.
Dan ya.. lepas tu dapat info tentang kemalangan yang meragut nyawa 2 beranak.
Al Fatihah untuk mereka…..

Encik Z ambik keputusan untuk exit, tapi tu pun bukan exit yang betul betul.
Pihak PLUS tutup jalan masuk ke lebuhraya dari exit Ipoh Utara tu, makna kitorang keluar ikut arah laluan masuk.
Takde tempat nak touch Touch & Go dah, budak tol yang ada tu just ambik nombor kad. Mungkin akan deduct secara manual lah nanti kot.

Budak tol kata lalu jalan lama, nanti dari Kuala Kangsar baru masuk highway semula.
Tapi dari Kuala Kangsar ke Taiping dah dekat dah, motip sangat nak masuk highway balik kann.
Lalu memandulah Encik Z melalui jalan lama.
Ipoh – Chemor – Sungai Siput – Kuala Kangsar – Padang Rengas – Taiping.

Pampers Cici penuh, so stop kat area Chemor tukar pampers ia.
Ingat nak lunch sekali tapi tak banyak kedai yang bukak, aterrr esok nak raya kan.
Stop kat satu kedai makan ni dalam hujan renyai, lauk ada tapi nasi dah habis pula.
Allah.. dugaan sungguh.
Saya dengan Encik Z ok la, tapi Caca & Cici dok dah kata lapar.
Mau tak, dah pukul 2 petang kot masa tu. Huhu..

Walaupun lalu jalan lama, tapi kereta banyakkkkk sungguh.
Ni sempat lagi selfie, tapi Encik Z dah memang takde mood.
Kesian dia.

C360_2014-10-04-14-37-07-555

C360_2014-10-04-14-41-05-000 : : OK la kita selfie bertiga je lah anak anak : :

Dan akhirnya pukul berapa kitorang sampai Taiping?
Pukul 5 petang!
Yaa dari KL pukul 8 pagi, pukul 5 petang baru sampai Taiping.
Berapa jam anak anak? Yerrr 9 jam!!! *pengsan

Memang sampai ke sudah depa 2 tak dapat makan, nasib baik la depa tertidur je sepanjang perjalanan. Sampai rumah Mama dah terjerit tengok 2 ketul cucunya ni pun ada sekali.
Makan apa lebih kurang, saya terus zzzzzz kroh kroh.

C360_2014-10-04-21-55-45-792 : : malam raya melahap maggie : :

OK nanti sambung cerita di Hari Raya yer.
Ingat nak sekali kan ajer tapi tetiba macam pemalas piang pulak nak menaip hehe..

    4 thoughts on “9 jam

    1. Ida Puanstoberi

      Ha… kita keluar lebih kurang sama time dari KL tu. Tp mujo kami tak kena stuck tu sbb awal sket keluar.
      Dan Mya lalu Sg Siput tu kampung saya tu.. hihi.. kami mmg biasa balik kg exit kat Ipoh Selatan http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif

      1. Mya Post author

        tu la saya jadi lambat sebab menyinggah breakfast kat KFC tu ar..
        kalau terus je tak singgah mesti sempat kot lepas terowong tu huhu