Blog Maya Dot Com

7 jam

Hari Ke 2 AidilAdha.
Konon konon nak gerak balik KL pagi pagi alam.
Tapi pong pang gitu gini lambat lah juga.
Dah alang alang lambat tu Mama ajak sekali pegi kenduri rumah jiran depan ni ha.
So pegi lah.

DSC_0079 : : Mama, Yaya & Cici dah gerak ke depan tu ha. So suruh Caca je la pose : :

Elok masuk tetiba nampak susuk tubuh yang eh eh macam ku kenal.
Encik Z pun cuit saya. Laaaaa.. Uzair rupanya.
Uzair ni ex B**. Masa memula saya kerja masuk department JSP dulu, dia ni la antara kawan yang awal awal saya kenal.
Kelakar dan baik orangnya. Dia resign pi kerja tempat lain langsung tak jumpa dah.
Rupanya wife ia anak saudara jiran Mama ni ha. Kecik je dunia yer.

Saya ingat dulu saya penah bawak Yaya datang office, Uzair ni dukung.
Masa tu umur Yaya dalam setahun camtu lah.
Tengok sekarang Yaya dah 10 tahun. Jejak kasih sangat jumpa 10 tahun sekali. Hiks.

DSC_0080

DSC_0081 : : ambik food : :

Kenduri ni sempena jiran Mama ni mengaqiqahkan cucunya.
So ada la lauk kambing segala. Memang dapp dapp.

DSC_0082 : : aaa sedapnya lauk : :

DSC_0083 : : pastu pegi visit Siti, jiran sebelah rumah Mama, baru bersalin kan anak ke 5. murah rezeki Siti sekeluarga. baby boy tapi lupa sudah nama baby ni : :

OOTD. Jubah princess cut yang cantik ni beli kat Ila. Tudung Aidijuma bidang 60.
Kata je bidang 60 tapi lebauuu. Cuma cuma cuma.
Saya tak berapa suka material ia. Macam melekat lekat. Tak reti nak describe tapi macam tak best sangat la huhu.
Gambar ni Yaya snap. Cantik kan?

DSC_0085

DSC_0086 : : nah sekeping lagi : :

DSC_0087 : : Caca si penggemar pisang : :

: : sambung selfie dalam rumah : :

Siap siap apa semua, bergerak lah kami meninggalkan bumi Taiping.
Cici tinggal. Nanti later later Kaklong datang ambik dia.
So kami balik bertiga je lah.

Dari Taiping Encik Z lalu jalan lama.
Keluar ikut Kuala Kangsar tetengok eh eh jalan sesak derrrr..
Masuk balik ikut jalan lama.
Lapar so singgah la membeli kat jajan kat petrol pam.
Kedai makan haramm tak nampak rupa paras.

Kendian masuk balik highway, tak silap saya kat Ipoh kot.
Ambik jalan tatap la sesak derrrr.
Hadap je lahhh.
Ujung ujung 7 jam Taiping ke KL.
Aaaaaaaaaa… pasghahhhhh…

C360_2014-10-06-17-01-25-092 : : terdampar di Kampar : :

Sampai Seri Kembangan pukul 9 malam.
Terus tuju Papparich untuk dinner. Lapau serupa hawau.

DSCN1577 : : Milo dinosaur RM7.50, Ribena Melon RM7.90 & Pappa Mocha Iced RM6.90 : :

: : Fried Rice Special with Fried Chicken RM16.90 : :

: : Pappa Char Koay Teow RM11.90 : :

Tak lama lepas tu Kaklong sekeluarga pun tiba.
Ocah yang putih melepak sangat niiii.. gerammm..

: : Banana Split Ice Cream Desires RM12.90. Ocah jeling jeling tu nak kecek kat kakak Caca lettew : :

: : 3 beranak : :

Usai makan terus berdesup balik Jasmine.
Sekianlah kisah AidilAdha saya dan keluarga tahun ni.
Insya Allah panjang umur jumpa lagi AidilAdha tahun depan ya.
Semoga apa jua pengorbanan yang kita lakukan mendapat redha dariNya. Amin…
Oh.. tolong maafkan juga salah silap saya ya..

    4 thoughts on “7 jam

    1. Ida Puanstoberi

      Kiterang tu ari balik …berapa jam ah.. lupa dah.. tp tak jem sgt la.. okay okay sajork.. sbb kul 9 dah gerak kuar dari kg.

      Tkpe..pasni dah takde cuti ber dabel.. buleh balik kg senang lenang dah..hihi