#20factsaboutme

Teringat dulu dulu masa semua pun baru berblogging.
Ada musim bertag tag, 10 barang dalam beg lah, 10 barang dalam wallet lah.
Tak masuk dengan award blogger paling cute lah, award blogger paling comel lah.
Layan kan je masa tu sebab nak networking kan.
Sekarang kalu, lantak sana hikss.

Tapi ni saya tengok kat instagram la.
Hashtag #20factsaboutme
Walaupun kisah ke pun orang nak tau. Haha.
Nak update cerita Family Day kat LWOT macam lambat je lagi nak upload gambar karang cerita bagai, so kita lepak santai je la dulu dengan entry ni eh?

1. Jenis tidur awal
Yer saya memang seorang yang suka tidur awal.
Kadang tu lepas Maghrib dah diulit mimpi dah.
Esok pagi kelam kabut la bangun pukul 5 pagi nak solat Isyak. Not good not good.
So kekalau korang call atau whatsapp saya tak jawab, haaa makna saya dah tidur la tu. Namo kecik kecik hati yer.

2. Tak makan buah mata kucing, rambutan, pulasan, longan dan pisang
Tapi yang peliknya, air mata kucing saya minum pulak. Goreng pisang saya makan pulak. Acaner tu?
Saya tak suka buah buahan berkulit yang berair air, I guess?
Saya kenot tahan bau buah mata kucing. Busuk! Em sorry! Huhu..

3. Takut / tak minat / tak gemar kucing
Maaf yer pada peminat peminat kucing.
Ni bukan saya pura pura atau paksa paksa.
Tengok dari jauh ok. Tapi bila kucing tu dah mai dekat, terus saya menggelupur walaupun dia tak buat apa pun.
Saya tetap takut jua 🙁

4. Tak cerewet pasal makan
Saya tak memilih makanan. Asalkan halal dan sedap, semua pun masuk tembolok saya.
Eh tapi yang buah buah atas tu kau tak makan pulak, Normaya?
Errr errrr #akutakmakankauyangpanaskenapa

5. Peminat filem Tamil
Saya boleh layan filem Tamil back to back. Tapi provided cerita baru la. Bukan la cerita tahun 70an 90an bagai.
Kekira cerita moden lah. Tak kira siapa hero, semua pun saya layan.
Sampai kan kalau filem tu takde subtitle pun saya dah boleh faham dah sikit sikit berkat selalu nonton. Hiks.

6. Cakap laju
Sekarang dah kurang sikit cakap laju ni, sejajar dengan peningkatan umur. Kalau dulu, semua pun kata apa ke hei kamu cakap laju benar, Normaya? Macam train takde brek! Haha!

7. Pencinta tudung soft awning
Paling win tudung syria lah. Dan tudung soft awning sarung.
Tapi bawal akel dengan crumple shawl saya pakai jua.
Tudung awning keras dah takde dalam koleksi dah sekarang.
Tapi tengah kumpul duit nak beli tudung Fareeda sebab dah ada yang labuh kan? kan? Heee..

8. Suka makan aiskrim Tropicana & Solero
Balik kerja asyik beli satu, satu, satu.
Sudahnya kalau shopping barang dapur kat AEON saya up terus sekotak 2 aiskrim di atas.
Bebila nak makan haaa dah siap sedia ambik ngapp je terus dari dalam fridge.

9. Suka makan kuih muih berasaskan kelapa dan gula melaka
Buah melaka, kuih lopis, kuih sagu, kuih koci, kuih ketayap dan lain lain ah. Gabungan kelapa dan gula melaka memang bersatu meletup!

10. Ignorance. tak pandai comfortkan orang
Maaf la kalau ada yang terasa hati dengan saya.
Saya ni memang tak reti sangat nak wish wish orang, nak pujuk orang, nak puji puji. Tak reti. Serius.
Sebab tu saya pun tak de nak pedulik kalau orang abaikan saya, sebab saya pun selalu macam tu haha.
Tapi saya tetap doakan yang baik baik untuk korang.
Sayang korang lillahi Taala 🙂

11. Suka berseorangandan menyendiri
Kalau korang nampak saya pegi memana sorang sorang tu, takyah pelik or kesian ke hapa.
Simpan je korang punya kesian. Saya memang suka bersendirian. Kan sepi itu indah? Cewahhh.
Dulu dulu pegi tengok wayang sensorang pun takde hal. Shopping sorang sorang pun best.
Makan sensorang pun layan.
Sekarang tengah mencari kekuatan untuk travel seorang diri.
Tapi masalahnya saya takut hantu. Sob sob sob. Eh tapi ada ke orang yang tak takut hantu ha?

12. Berus gigi dengan tangan kiri
Masa memula kahwin dengan Encik Z, dia paling pelik yang ni.
Saya pun pelik jua dengan diri sendiri.
Saya bukan kidal pun. Tapi kenapa saya berus gigi guna tangan kiri ek? Masih menjadi tanya tanya sehingga kini.

13. Senang tertidur dalam kereta
Asal masuk kereta je kelopak mata seperti dilekat lekat dengan gam gajah.
Mungkinkah aircond kereta ada bercampur dengan dadah?
Sehingga saya mamai lalu mengantuk? Mungkinkah??? Mungkinkah???

14. Suka tengok cerita hantu tapi pastu sendiri ketakutan
Ni yang saya paling menyampah dengan diri sendiri.
Bila ada cerita hantu kat TV ke, kat wayang ke, tergedikk gedikkk nak tengok.
Pastu bila nak masuk tidur mula la ketakutan terbayang bayang.
Rumah sekangkang monyet dari bilik nak pegi dapur pun ketakutan. Eiii menyampah!

15.Mudah memaafkan orang
Luaran mungkin orang nampak saya macam sombong, eh tapi bukan saya memang sombong ke? Haha..
Sombong lite lite kot. Lol.
Tapi saya la manusia yang paling mudah maafkan orang, insya Allah.
Terima kasih Allah sebab menjadikan saya seorang yang lembut hati dan terbuka memaafkan kesalahan orang lain 🙂

16. Pantang nampak Air Asia buat sales, mula la tak senang duduk
Encik Z paling merisau bab ni.
Bila saya bagitau je ‘Bang, Air Asia ada buat promotion tau”
Terus dia jeling saya dari ekor mata.
Tapi kadang tu saya tak pedulik pun, dah beli tiket baru saya inform dia haha.
Eh tu kategori isteri derhaka ke ek?

17.Suka travel tapi tak pandai packing baju
Sempat Kak Red tiau saya kat entry blog dia! Hawau kau kak! Haha.
Yer memang saya tak reti packing baju.
Kejap berlipat, kejap bergulung, kejap sesumbat.
Sokmo tak muat haaaa.
Tapi Encik Z bab packing kain baju memang tip top terbaik I tell you.
Walau muka ganas, tapi bila tengok dia pack kain baju terus rasa cam Wow! Hebat hebat..

18.Tak suka orang tanya soalan yang jawapannya boleh dicari sendiri
Sejujurnya saya bukan jenis orang yang suka tanya tanya.
Terutamanya macam informasi yang boleh dapat hujung jari.
Saya biasanya akan cuba sedaya upaya untuk cari maklumat sendiri.
Itu tak sama dengan nak mintak pendapat ya.
“Mya, 20 juta darab 18,540 berapa yer?”
“Tu kalkalator kan ada”
“Malas. Tanya kau kot kot kau tau”
Pffttttttttttt!!!

Lagi satu saya tak suka orang tanya soalan yang takde kena mengena dengan hidup orang yang bertanya tu.
“Mya, boss kau pegi meeting kat mana? Mya, boss kau meeting apa yer?”
“Kenapa nak tau?”
“Saja”
What the???? T_________________T

19.Tidur wajib selimut kaki
Walaupun cuaca panas membahang, tapi bila tidur wajib saya selimut kaki.
Sebab saya penah nonton cerita hantu yang ada orang kata kalau tidur tak selimut kaki nanti malam malam hantu datang gigit ibu jari kaki.
Yer I’m terhapa like that.

20.Suka berangan
Berangan kan free? So berangan je la.
Tapi takde la saya berangan bebenda yang mustahil nak tercapai.
Contoh berangan jadi Menteri #ajergiler ataupun berangan memetik bintang di langit #lempangdirisendiri
Selalu pun berangan tentang mana nak pi bercuti lepas ni, nak hantar Yaya sekolah mana 2 tahun lagi, macam mana nak improve diri jadi manusia yang lebih baik. Gitulah.

Sekian #20factsaboutme.
Siapa rajin nak buat dipersilakan, nanti drop lah komen.
Boleh iollss kepochi ^__^
Dan pada korang yang dah kenal saya lama, kot kot nak tambah apa apa ke, sila lah drop komen jua ya.
Ye la kekadang kita ni tak sedar kelebihan/kekurangan diri sendiri kan, tapi orang lain yang tau yer dok?

16 thoughts on “#20factsaboutme

  1. Suka buah mata kucing.. yg ada bau tu kalau dia cam basah2.. kalau kering tu, bau lite2 je la.. haha.
    saya pernah makan buah mata kucing banyak giler smpai “cirbir”
    Meheheh 😀

  2. Kami adalah pencinta buah mata kucing.. suka sangat-sangat sampai boleh makan berkilo kot. Masa dok Bangkok, nikmat sangat sebab buah mata kucing nya besar-besar manis dan sedap dap dap… dan kami sedang berusaha nak tanam pokok mata kucing depan rumah..

    Muaz boleh geng dengan Aunty Mya lah sebab takooot kucing..

    owh.. kami pun tidur mesti selimut kaki.. tak kira siang ka malam.. pastu sekarang bila tidur malam kami akan pakai stokin..

  3. dont worry kak..ada je pun org mcm akak jenis boleh je shopping & tgk wayang sorang2. ME! walaupun org nak kata “kesiannya ko takde kawan”, “lonely nya hidup ko”..waddehek!

    best kot shopping sesorang. serius! rasa macam masa tu milik diri sendiri. suka hati la nak amik berapa lama masa memilih segala..kwn2 ko takkan bebel2, geling & buat muka sbb terpaksa tunggu lama nengok ko.

    • aah mesti ada je yg akan ckp camtu.
      akak pun penah je kena ‘maya tu takde kawan ke? selalu sorang2’

      baik sorang2 dari ada kawan pun asyik nak menyentap je kann.
      aah boleh plan masa sendiri kalau jalan sorang.
      nak makan ke, minum ke, pi toilet ke. ku rasa bebassss…

  4. Assalam,

    Ni my first comment and have always been your silent reader. Reading the random facts about you, baru perasanyang kita ada at least 10 similarities . To name a few, cakap laju, suka shopping n makan sorang, tak pandai comfort orang….Nice to know we have a lot of things in common 🙂

    • Waalaikumsalam. Terima kasih AA sudi baca blog saya yang tak seadanya ini hehe..
      Nice knowing you too 🙂

Comments are closed.