10 Random Facts About Me — When I am Travelling

Kalau semalam saya dah story tentang #20factsabout me, hari ni kurang lebih gitu gak la konsepnya.
Cuma hari ni cuma 10 facts. Dan 10 facts semua pun berkenaan travelling.
Terpengaruh dari blog Meng lah ni. So lets lah..

1. Tak reti packing baju
Point ni sama macam point kat entry semalam jua.
Yer saya suka travel tapi tak reti packing baju.
Bukan malas tau, tapi tak reti.
Duduk la berejam rejam depan beg, tetaplahh huru hara jua isi kandungan di dalamnya.
Penyelesaian? Siapa lagi, suami tercinta lah tolong packing kan.
Assalammualaikum bang.. tumpang lalu #ciumtangan

2. Tak cerewet tentang makanan
Ni pun sama gak macam point kat entry semalam.
Bukan kata dalam kehidupan seharian je saya tak kisah pasal makan, waktu travel pun saya tak kisah.
Apa ada saya hadap. Takde la macam wajib nak kena pekena nasi ke hapa. Takdok.
Ada roti saya ngap roti. Ada buah saya ngap buah.
Kalau lagi best makanan local yang halalan toyibban, semua saya ngapp.

3. Tak minat bercuti ke pantai atau pulau
Kekiranya pantai dan pulau ni macam pilihan pilihan terakhir gak la kalau nak pi bercuti.
Bukan la nak kata tak suka langsung pegi pantai atau pulau.
Boleh je kalau ada kawan kawan sekepala yang ajak.
Cumanya cam bukan priority la, sebab tu iolls tak pegi lagi Krabi, Phuket segala tu.

4. Pemilihan pakaian
Saya akan listkan baju yang nak dibawak.
Siap taip dalam PC molek molek, hari ni nak pakai baju apa, tudung apa.
Esoknya pulak nak pakai baju apa.
Tulis berapa helai pakaian dalam nak bawak, kain dalam, handsocks, stokin.
Tudung matching ke idok dengan baju.
Kekira semua akan tersusun molek lah.

5. Itinerary yang lengkap
Bukan style saya lah bercuti tanpa penyediaan itinerary.
Saya akan google dan baca blog travel, buat nota, print google map.
Pun sama saya akan siap taip dalam PC.
Start perjalanan pukul berapa. Makan kat mana, bergambar kat mana.
Insya Allah siapa yang travel dengan saya akan dapat itinerary yang lengkap, tak kira travel sendiri atau dengan travel agency.
U can count on me, cewahhhh..

6. Pantang nampak signboard
Alaa rasanya ramai je orang macam saya kot?
Asal nampak signboard je mesti la nak berposing.
Walaupun signboard tu tertulis Sekolah Kebangsaan Bangkok.
Tatappp gak la nak pose hiks.
Heyyy itu tandanya iolls dah sampai Bangkok. Uolls ada? #perlukeberlagak #bangkokjepun

7. Mimpi ngeri di malam hari
Malam sebelum nak bertolak tu kan, selalu macam nervous.
Tidur pun tidur tidur ayam je tapi dalam tidur ayam tu tataplaaaa jugak mimpi.
Masalahnya kalau mimpi indah takpe jua, tapi mimpi ngeri.
Terbangun lewatlah, terlepas flight lah, tertinggal passport lah.
Pastu bila terjaga terus jantung dag dig dug berdebau.
Hawau sungguh.

8. Bukan kaki shopping
Percayalah saya bukan kaki shopping.
Kalau dah memang set dalam kepala niat nak mengembara melihat keindahan dan keunikan negara orang, memang sampai sudah la itu akan di set kan dalam kepala.
Paling paling pun saya akan beli pun fridge magnet & tshirt anak-anak.
Melainkan kalau trip tu memang khas untuk bershopping.
Contohnya saya pegi Bandung dengan Padang Bukit Tinggi dulu.
Haa dan saya nak pegi Medan bulan 2 tahun depan ni, memang trip menyopping namanya.
Makanya marilah kita bershopping sehingga lebam.

9. Tak kisah tentang hotel
Hotel mahal atau hotel murah? Tak kisah saya ni ha. Ok je memana.
Kalau itinerary nya akan ada seharian kat luar, better opt hotel murah murah sudah.
Tapi kalau itinerary nya lite lite, boleh la pilih hotel mewah sikit untuk bersantai santai.
Saya penah tidur kat bus stand, atas kerusi simen. Ok jerr walaupun sentap sikit sebab organizer tak bagitau pun kena tidur kat bus stand haha!
Pendek katanya, hotel mahal ke, hotel murah ke tak kisah asalkan boleh tidur.
Dok komplen komplen sangat, kot Allah tarik nikmat tidur tu haa baru kau tau erti penyesalan.

10. Go with the flow
Dan yang terakhir sekali, go with the flow.
Maksudnya macam bila kita pegi travel ni, kau tak boleh high expectation. Apa yang datang kita kena hadap je lah.
Contoh tetiba hujan lebat lalu tak dapat sightseeing.
Ataupun kamera terjatuh lalu rosak dan hanya berharap pada kamera handphone.
Mahupun rakan rakan setravel yang buat perangai tahi.
Duit dah banyak habis nak travel kan, kalau emosi buat rugi je.
Makanya wat lek wat peace sudahhh.

Sekianlah dulu 10 Random Facts About Me — When I am Travelling.
Siapa rajin dipersilakan buat dan sila lah drop komen jua ya.
Kot kot kita punya persamaan, tapi saya tak terfikir nak tulis kat entry ni ke kan..

20 thoughts on “10 Random Facts About Me — When I am Travelling

  1. Ha…nak buat yang ni lah.. cam best je.. hikhik.
    Oh tak suka pulau/laut rupanya ya..
    saya lak suka je..
    Tup2 saya ajak p Maldives ek?? Hihihttp://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif

    Eh. Mya pernah pergi Korea ke? Saya cam lost pulak sbb Mya byk travel dah. hihi.

    • sila buat sila..

      tak berapa gemar pulau / laut / pantai dari dulu lagi.
      mungkin sebab saya tak gemar mandi manda kot.
      alaa tapi ok je nak pi maldives tu. ambik hotel mahal santai santai takyah pi memana.
      amboi kemain lagi nak hotel mahal haha!

      korea tak penah ah. dalam perancangan 2,3 tahun insya Allah aminnn..

    • hehe.. kalau kontra kita kena travel sesama ikut tour ah.
      sah2 tak blh ikut kepala sendiri.. jom 1 fine day kita jalan sesama jom..

  2. org ppuan kalau bab packing baju mmg susah.. susah sebab kalau boleh lemari pun nak dihangkutnya skali.. hahaha.. ai is selalu kena sound dgn husband sbb mcm bawak lemari kalau nak gi travel..
    Lain2 fact tu ai lebih kurang mcm u jugak.. go with the flow.. kalau kita banyak review sebelum travel pun pasti tak sama dgn keadaan sebenar once kita dah di tempat orang nnt.. khennn?? ;P

    • memang rasanya semua perempuan pun menghadapi dilema gitu kan bila nak packing baju huhu..

      aah kdg2 baca review kat internet kata tempat tu ok, tapi bila kita pegi tak ok. so be prepared je la atas apa jua kemungkinan kan..

  3. manja angat ni..nak suami je packing kan hehe..
    bagus la kak maya leh tahan nafsu dari shopping, kalau saya ni kalau boleh
    semua nak dibelikan souvenir..tp now dh pandai beli fridge magnet je n tshirt for my kids only

    • iolls ada suami. i manja2 la dgn suami hehe..
      tahan nafsu tu satu, sebab tak berduit pun satu hahahha..

  4. bab itinerary lengkap tu i is mmg stuju sangat, ko sesuwei jadi agent pelancongan nyah. Sapa ikut pi jalan tak gusar semua telah tersedia dan jangan banyak bunyi bunyian.

    • yer betul. sila follow sajork. jgn byk bunyi. kalau bunyi gak tu first n last lah jalan bersama

  5. hahhaha bagus baguss…
    ako ada la malas nak buat itinery…
    ikot mana kaki melangkah, ke situ la roman eh…
    hahahaa….
    Janji tempat yang teringin nak jejak, mesti sampai x kira mcm mana sekalipun ada atau without itinery hehehe…

    • aku mmg pesyen buat itinerary. sampai tak sampai tu belakang cerita.
      janji ada itinerary utk dijadikan panduan

  6. kita dah buat kak
    hahahahahaa

    syiok2…. 🙂

    no 3 sama….kureng sikit nk p pantai mahupon pulau..sbb x reti berenang…. 🙂

    tapi hadap la gak ke Krabi…hehehe

    • akak ni sebab tak sior nak jalan atas pasir dan pastu stokin ku basah.
      pantai pulak selalunya panas kan. me kenot tahan panas2 #pangsedass
      tak reti berenang pun yer jugak. eh macam2 la alasan dah kata tak minat tu kan haha..

    • kalau pi pantai ni mmg takleh ke mana2.
      kena duduk je bawah pokok kelapa bersantai2 berdua2an kan?

  7. (nak komen pun nak kena exam matematik dulu..apa niii)

    siap taip list baju bagai..tapi tatappplah tak reti packing..apakahhh?? hahhahah!

    org kan kak..kalau travel/outstation part paling hazab adalah tak dapat buat keputusan nak bawak baju berapa helai..hehe. biasanya baju mesti akan berlebih-lebih. selalu terfikir yg negatif2..spt tetiba dah sampai sana risau mcm baju tu tak sesuai nak dipakai mengikut keadaan. ntah apa2…

    • mana kita tauuuu… exam matematik otomatik oleh wordpress. jangan la marah saiaa awaaa huhuuu..

      yer la taip list baju, pastu letak tepi. Abang Mi la yang tukang susun dalam beg hehe..
      Akak biasa bawak pakaian dalaman yang lebih. Pakaian luar tu tak dulik sangat. Aterr nanti jalan peluh2 masam, tu yg kekadang kena tukar yang dalam tuu..

  8. Along kalau pi travel, cukup bawak backpack besar..jeans 2 helai..t-shirt 2 helai…pas tu slebihnya beli je kat sana…yang penting yang dalam tu kan..bawak lebih…hehehehe

    • along tak bertudung so ok la kot..
      saya ni tak berani nak gamble beli je sebab takut baju tak islamic compliance.
      dengan nak bawak handsocks lagi, stokin lagi, anak tudung lagi.
      berkorban lah beg berat janji aurat terjaga. gitu….

Comments are closed.