Blog Maya Dot Com

#zainylisa

1 September hari tu kitorang sekeluarga pegi The Club, Bukit Utama, PJ.
Tak sekeluarga sangat la sebab Abang Long tak ikut, jaga Ocah kat rumah.

Pegi The Club bukan untuk clubbing yer #lawakhambar
Mau attend wedding Abang Zai & pasangan.
Abang Zai ni jiran depan rumah Mama kat Taiping sana tu.
Mak Abang Zai, Aunty Min kawan baik Mama.
Orang putih panggil apa, family’s friend? Haa gitulah.
Kekira kitorang dah kenal each other sejak pindah Taiping la.
Dalam 20 tahun camtuh.

Tapi sekarang Aunty Min sefamily dah duduk KL.
Sekali sekala je balik Taiping.
Masa balik Taiping tu la ia datang jemput Mama dengan kitorang semua.
Hambik panjang lebar penerangan, hiks.

20140901_130625
: : Di mulakan dengan gambar Mama Yana & Maamar : :

20140901_130651
: : Diikuti 3 kesayangans : :

Tapi tapi tapi.
Suasana adalah kurang best sebabnya Mama kena food poisoning hebat.
Muntah & cirit birit dari malam tadinya membawa ke tengah hari.
Actually Caca pun malam tadinya dia tidur kat rumah saya, pukul 3 pagi terjaga muntah belahak atas tilam haa.
Haihhh taktau la ada la kot apa apa yang depa tersalah makan tu.

Saya saspek sebab depa pi makan kat Ali Maju.
Sebab semalamnya tu Kaklong semua pegi kedai buku, pastu depa lepak makan kat Ali Maju.
Tu saya saspek la, kesahihan tidak dapatlah dipastikan huhu.

Tu Mama memang dah melembik sangat tu.
Caca pun sama dah pening pening.
Cici pulak moody, haisyooo tersekshii la awak.
Maamar maintain pandang kamera. Comel jer hehe.

C360_2014-09-01-13-47-35-538

20140901_132736
: : ketibaan pengantin : :

20140901_132907
: : pengantin dari kejauhan : :

20140901_135455
: : pengantin makan beradab : :

Dah selesai makan, kitorang pun cecepat gerak.
Sempat hai hai bye bye je dengan Abang Zai.
Selamat Pengantin Baru Abang Zai & pasangan.
Btw, wife Abang Zai cantikkkk. Sepadan dema.
Tak dapat bergambar dengan orangnya, bergambar dengan gambar pun bolehhh.

20140901_135607

20140901_135710

20140901_135845
: : Yaya nak tulis ucapan : :

C360_2014-09-01-14-00-23-507
: : Saya pun macam lemah tak bermaya dah kenapa : :

C360_2014-09-01-14-06-18-934
: : anak anak saudara : :

Kalau ikutkan saya plan nak ajak depa pegi lepak lepak mengopi mengeteh.
Nak beli kek untuk Caca sebab 20 Ogos lepas birthday ia yang ke 7 tahun.
Saja la nak celebrate kecil kecilan.
Tapi dah gini gayanya, kensel terus balik rumah je lah.
Kesian Caca, tahun lepas pun kensel jugak nak celebrate birthdaynya.

Hmmm takpelah Ca, hujung bulan ni insya Allah kita nak Fun in the Sun, Singing in the Rain kan?
Nanti Mommy beli kek untuk awak, k?

    2 thoughts on “#zainylisa

      1. Mya Post author

        tu la tu.. mmg kesian sgt tgk Mama saya gitu.
        kalau boleh tukarganti sakit perut tu, sanggup je saya huhu..