Matta Fair, Burgerbyte dll

Hari Sabtu lepas saya kerja overtime.
Macam lama jugak kot saya tak buat overtime weekend.
Bukan taknak, tapi dah tak disuruh kan.
Exec kat office saya ni siap tanya haa korang taknak buat OT ke? Duit bajet banyak lagi ni ha.

Aterrr cemana nak buat kalau dah takde kerja nak dibuat?
Kalau ikut saya ni, tiap tiap minggu overtime pun ok jer.
Matiklaa mata duitan tak sudah sudah. Hiks.
Overtime dari pukul 10 pagi sampai 4 petang. Jadiklaaa.

IMG-20140906-WA0000

Hari Ahad pegi Matta Fair kat PWTC.
Memang niat nak cari pakej ke SININ & ke SINUN.
Alhamdulillah dapat pakej yang berpatutan.
Tak sabarnya nak travel bulan 1 dengan bulan 2 nanti.
Heee…

Tengah jenjalan tu tetiba sampai kat booth Istanbul.
Nampak ada orang macam ala ala nak buat aiskrim.
Encik Z jenguk je, pastu dia suruh Encik Z q.
Rupanya depa bagi aiskrim free.
Ala kalau korang tengok Istanbul Aku Datang tu, kan ada scene Beto & Lisa Surihani beli aiskrim yang lekat lekat tak jatuh tu.
Haaa aiskrim tu la.

20140907_150406

C360_2014-09-07-15-05-40-926
: : Tak mampu nak pegi Istanbul, kita makan aiskrim Istanbul je laaa hehe : :

C360_2014-09-07-15-06-41-800
: : flavour jagung & coklat. aiskrim tu taste dia sama je macam aiskrim biasa, cumanya ia lebih kenyal dan kental #silaimagine : :

Dari PWTC singgah Kamdar Jalan TAR.
Nak cari kain untuk buat baju raya Yaya.
Tetiba baru teringat pasal baju Raya Haji kannn.

C360_2014-09-07-17-32-15-112

Pastu ke Damansara Perdana untuk early dinner.
Tetiba plak tercetus idea nak makan kat Burgerbyte.
Alaaa restoran Zizan tu laa.
Sebabnya sebelum keluar tu tertengok JJCM ada tunjuk restoran burger. Tu yang cam terlior lior teringin tu.

C360_2014-09-07-18-40-39-375
: : ok la boleh tahan besar jugak restorannya kat belakang tu : :

C360_2014-09-07-18-42-57-344
: : menu : :

C360_2014-09-07-18-43-30-356
: : Lychee RM4.80. Lime RM1.50 : :

C360_2014-09-07-18-44-44-131
: : Encik Z makan ni. Lamb Garlic Butter with Cheese RM12.80 : :

C360_2014-09-07-18-44-14-779
: : Saya makan ni ha. Beef Redang Beach RM12.80 : :

Taste wise?
Encik Z punya tu ok la biasa biasa aje, tapi rasa la dia punya garlic tu.
Saya punya pulak biasa je, cuma ada pineapple la tengah tengah tu.
Me love pineapple sebab tu order.
Cumanya pineapple nya pineapple muda.
Eh gedik benau nak tulis pineapple. Nanas sudahhh.
Eh nanas ke nenas? Apa apa je laa..
Haa sebab nenas muda. Kalau nenas dah masak ranum manis manis mesti lagi sedap kot.

C360_2014-09-07-18-47-25-622
: : nenas muda : :

C360_2014-09-07-19-22-42-077
: : total : :

Kesimpulannya, biasa biasa aje kot burgernya.
Taktau la kalau ada burger lain yang special yang saya taktau ke kan.
Since takde pun staff yang macam nak rekemen ke hapa.

Lagi satu yang membuatkan saya rengsa ialah ada 3,4 ekor lalat yang mengganggu saya tengah makan.
Macam pelik kot sebab yer la jual burger kan, bukan jual nasi goreng ikan masin pun yang nak ada lalat banyak banyak ni.

So nak repeat ke? Rasanya tak lah kot.
Ni pendapat saya yer, jangan korang la membabi buta percaya ke hapa pulak.
Kang tak pasal Zizan saman malu saya kang.
Hampun yer dik Zizang. Ni pendapat kakak ostajah saja.

C360_2014-09-07-19-02-19-279
: : tak fahamlah kenapa nak park kereta ceni. park memolek susah sangat ke eh? #nibukankeretazizan : :

Balik singgah AEON Wangsa Maju sebab ada nak beli few things.
Pastu tapau Big Apple Donut.
Dah tak banyak yang tinggal masa ni tapi nasib baik 2 flavour yang saya suka ada lagi.

20140907_221403
: : Coco Mango & Say Cheese yang sedappppnyerrr : :

Malam tu layan AF 2014.
Saya suka Nina dengan Adel. #lesbosangat
Kenot brain Nuha & Muna #emsorry

8 thoughts on “Matta Fair, Burgerbyte dll

  1. Oke, tgh rajin nak komen ni :
    1) Pasal MF : Kita pun gi MF hari Ahad.. tak berselisih pula ya. Hihi (mau nak selisih, kemain ramai umat..)
    2) Pasal burger byte – dah komen kat IG. Hihi
    3) Pasal BA : Lama tak makan Big Apple. Tapi, rasanya kalau dah habis apa kita nak, kita buleh request, tggu dalam 5minit camtu. Pernah buat kat Jusco AU2. Sbb kita suka choc yg rambu ramba tu..
    4) Pasal AF : Tak suka tgk budak lelaki nyanyi lagu CT tu.. like..ko dah kenapa dik…?? Eh. Layan AF juga rupanya saya… http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif

    • kalau bebetul ada plan nak pegi jalan molek la pegi matta fair ni.
      kalau sesaja nak usha tu macam tak baloi la kot sbb org ramai kan

Comments are closed.