Blog Maya Dot Com

Hijau Kuning di Open Office RSA

OK last kopek cerita pasal open house raya.
Eh bukan open house tapi open department.
Open department RSA. RSA, department kesayangan hamba. Hiks.

Proses pemilihan dan pengorderan food saya yang uruskan.
Deal dengan katerer, call email pong pang, dapatkan invoice bla bla.
Semua pun di atas batu gemala patik.
Tapi saya ok jer. Suka jer tolong department. Dapat pahala tolong orang kan?

Hari kejadian ialah 20 Ogos 2014.
Juga hari di mana genap 3 tahun saya bertudung.
Semoga saya terus bermuhasabah dan beristiqomah.
Amin…. 8 juta kali.

Katerer adalah dari Ibtasim Enterprise.
Nama tokeynya Encik Kamaruzaman. Baik je layan karenah saya gitu gini.
Sat sat nak makan itu, sat sat nak makan ini. Mekasih Encik Kamaruzaman 😀

DSCN1387
: : adik baju merah tengah siapkan air sirap : :

DSCN1385
: : kelihatan KakJu cleaner sedang menyapu sebab ada kes ketumpahan berlaku huhuhu : :

Hero di hari kejadian adalah Nasi Bukhari.
Bersama Ayam Masak Masak Kuzi. Plus Dalca & Acar Mentah.

20140820_123348

??????????
: : Satay ayam dan daging : :

20140820_123314
: : Roti Jala & Serawa Durian : :

20140820_123304
: : Rojak Buah : :

Selain dari yang diorder, kawan kawan office jugak bawak food memasing.
Ada bihun tomyam, ada embun menitik, sambal sardin, soto.
Dan banyak lagi ah. Memang meriah makanan.  Tak sempat snap semua gambar.

20140820_123444
: : Pulut kuning, Ayam masak merah dan Lemang : :

20140820_123421
: : Buah buahan tempatan. Langsat, Mata Kucing, Manggis dan Pulasan : :

20140820_123250
: : Biskut Raya : :

20140820_123240
: : Kuih koci, Kek & Cupcakes : :

??????????
: : Jelly kelapa dan jelly longan : :

Tapi dalam banyak banyak food, yang ni paling win.
Miang Kham! Memang jadi tumpuan semua tetamu.
Yang tak penah makan pun semua pakat pakat try. Memang laku!
Ni Kak Noni bawak.

DSCN1389

20140820_123411
: : siap ada cara cara cemana nak makan. comel angat sapa yang print nih : :

Sesambil makan apa lagi, bergambar je la kan.
Sat pose tang sana, sat pose tang sini. Layankan ajerr..
Oh yer tema di hari kejadian hijau kuning. Kedah sangat kannn..

IMG-20140820-WA0010
: : Kak As, Kak Aida, Mya, Kak Sham & Kak Yam : :

20140820_130705
: : Kak Wan, Mya & Azman : :

20140820_124213
: : tah apa saya tengah membebel kat si Emli tu : :

20140820_123134
: : makan dulu sebelum tetamu sampai. sat gi nak melayan tetamu pula kan : :

DSCN1372
: : buang sampah di tempat yang sepatutnya ya : :

Dan dan dan paling mengharukan, Gabenor sudi datang ke majlis kami ni.
Aaaaa sukaaa..
Last year saya dapat jugak bergambar dengan Gabenor masa Open House B** kat Sasana Kijang.
Tahun ni dapat bergambar lagi walaupun gambar macam blur.
TQ Gabenor!

IMG-20140820-WA0006

DSCN1398

DSCN1399
: : masa ni Kak Wan sibuk laaa nak borak apa dengan Gabenor tu ishhh : :

DSCN1394

DSCN1404

DSCN1379

??????????
: : Liyana yang rajin berselfie : :

OK watamat kisah makan makan di bulan Syawal yang mulia tempoh hari.
Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi Syawal tahun depan ya.
Muahhss 😉

    2 thoughts on “Hijau Kuning di Open Office RSA