Blog Maya Dot Com

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

20140830_182313
: : Olololo omey angat angat anak anak Mommy ni haihh : :

31 Ogos hari tu saya bawak Yaya & Caca pegi Dataran Merdeka.
First time kot!
Jangan kata depa, saya dengan Encik Z pun first time pegi Dataran nak tengok perarakan perbarisan bagai ni.

Plan kengkonon nak keluar awal laa.
Pukul 6.30 pagi nak keluar.
Tapi tau laaa pong pang gitu gini, pukul 7.15 gak keluar.
Park kereta kat B** pastu menapak pi Dataran Merdeka.
Ambik habuan. Orang dah meramai macam semut hurung gula haaa.

20140831_073119
: : semangat : :

Tak tau nak port kat mana, sebab semua pun tak nampak.
Tapi tiba tiba Allah lorongkan jalan, ada 2 kerusi elok tengah port cantik takde orang duduk.
Seolah olah kerusi tu invisible.
Sebab saya dok ulang alik cari port, still kerusi tu terdampar kat situ.
Encik Z kata jom lah, dapat la Yaya & Caca diri atas kerusi tu nak tengok perbarisan perarakan.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah!

C360_2014-08-31-07-59-06-922-1
: : dapat bendera free : :

20140831_075106

.facebook_1409820617148
: : selfie tak ajak mommy ya! : :

.facebook_1409820653560
: : meh meh kita selfie dua. begitu kata Encik Z : :

.facebook_1409820637603
: : membosan tunggu perarakan perbarisan bermula. ada kerusi tu ok sikit la kan boleh duduk. cer kena berdiri sepanjang masa? : :

Tak lama lepas tu perarakan perbarisan pun bermula.
Tak dapat nak snap gambar sangat sebab lepas tu saya terpaksa dukung Yaya.
Aterrr yang kat depan tu, dah tinggi tinggi zirafah pun dok berdiri atas kerusi paddiaa..
Saya geram, last last saya pun sama naik berdiri atas kerusi hahaha.
Sib baik tak jatuh tergolek ke hapa dan nasib baik kerusi masih berdaya menahan berat badan saya ini.

Best aahhh tengok perbarisan ni. Sukaaa..
Expecially yang abang abang askar tu haa.
Yang celoreng muka, yang pakai rambut macam akar ala ala hantu air.
Haaa pastu yang pakai topeng muka macam SWAT tu.
Aaaaa sukaaaa he he he..

20140831_085208

20140831_091248

20140831_095113
: : adik dah tinggi dik, kenapa nak berdiri atas kerusi lagi? tsk tsk tsk : :

20140831_095021
: : Jet pejuang. terus terbayang filem Pearl Harbour : :

Lepas berdiri hampir 2 jam watamat lah acaranya.
Anak anak gembira, saya dengan Encik Z pun gembira jua.

.facebook_1409820578032

20140831_100852
: : Manusia bertebaran : :

20140831_100941
: : Adik polis ni baik. Senyummmmm je. Dah Yaya & Caca pulak malu malu kucing. Ni kalau dapat buat menantu ni sejukkkk peruttt hiks : :

20140831_101548
: : Terserempak dengan Fay. Bila lelaki berselfie ginilah romannya. Encik Z bawak beg saya tu, takut bini ke bini queen control ke cemana tu? : :

20140831_102211
: : Bangunan Abdul Samad : :

20140831_102346
: : Berlatarbelakangkan adik adik pom pom : :

20140831_102618
: : Gambar kenangan sangat nih berlatarbelakangkan Dataran Merdeka. Nanti 10 tahun lagi boleh datang balik bergambar lagi : :

20140831_103103
: : Bunga purple cantik : :

Jalan tutup so bermaharajalela bergambar tanpa rasa bersalah.
Ni dah nak jalan balik ke B**.

20140831_103226

20140831_103318

20140901_120442
: : Grup koir Simfoni Kijang B** masuk WHI nyanyi lagu kemerdekaan dengan Bob AF. Ada sesapa tertengok? : :

20140830_160147
: : Filem Bukit Kepong yang walaupun lebih lapanploh kali tonton, tetap la saya menangis tersedu sedan huhu : :

Semoga bukan saja Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, tetapi semoga Di Sini Jua Berakhirnya Sebuah Cinta.
Selamat Hari Merdeka yang ke 57 Malaysia!

    2 thoughts on “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..