Blog Maya Dot Com

Anak

Tengok tajuk tu agak agak entry ni entry amukan ke, entry emosi ke, entry pasghah itu menyeghah ke atau entry sabarlah sayang?
OK entry ni gabungan semua yang di atas.
Siapa rajin marilah membaca, dan bertabahlah.

Entry ini saya mulakan dengan 2 scene conversation di antara saya dengan 2 orang kawan berpangkat mak mak.
Saya pendekkanlah janji isinya sampai yer.

Scene 1

Mya, kau bila nak tambah anak lagi?

Nak, Kak. Tapi belum ada rezeki.

Kau kena la doa banyak banyak.

Mesti la saya doa, Kak. Tapi saya doa dengan cara saya lah.
(Ni nanti saya hurai kat bawah yer)

Eh tak boleh, kau kena doa banyak banyak mintak anak.
Kau tak boleh doa macam tu.

Scene 2

Berapa orang dah anak kau, Mya?

Alhamdulillah, sorang tu lah, Kak.

Bila nak ada anak lagi?

Belum ada rezeki, Kak. (memberi senyuman paling manis)
Kak, panas betul yer hari ni. (dengan harapan topik anak boleh digugurkan)

Anak kau laki ke perempuan?

Perempuan, Kak.

Harap harap petang ni hujan la kan, Kak?

Nasib baik perempuan. Kalau anak lelaki kau memang kena beranak lagi.

What the? (dalam hati)

~7096363

Awal awal saya kahwin dengan Encik Z dulu (sekarang nak masuk 5 tahun dah), memang la saya berharap sangat nak mengandung.
Ye la logik akal orang yang kahwin ni mesti la nak mengandung dan beranak, bukan kah?

Dan memang saya down jugak la setahun 2 tu asal datang bulan je mesti mengadu ngadu kat Encik Z bagitau sedih bagai.
Tapi bila dah masuk tahun ke 3 kan, start start saya bertudung tu lah, saya dah tak fikir sangat dah pasal anak ni.
Bukan la kata taknak anak, tapi memang macam takde dah nak monitor sangat dah waktu subur ke hapa.
Ada, ada lah. Takde, takpelah.
Itu semua kan urusan Allah SWT. Kita serah semua pada Dia sudah.

Sejujurnya saya ni tak de la kisah sangat kot bila orang tanya pasal anak ni, tapi kadang kadang look who’s talking gitu.

Macam scene yang kat atas tu, scene 1 tu, kakak yang tanya kat saya tu adalah anak dara tua.
Umur dah 54 tahun.
Relevan ke dia nak tanya soal anak pada saya sedangkan dia pun tak kahwin?

Yang scene 2 tu pulak, saya dah tukar topik dah, ingatkan faham. Rupanya tak faham atau buat buat tak faham.
Gigih jugak kakak tu nak tanya lagi dan lagi.
Pastu saya pelik, kenapa nak ada statement “Nasib baik perempuan. Kalau anak lelaki kau memang kena beranak lagi”, eh?

Berbalik pada apa yang saya jawab pada kakak kat scene 1 tu.
Saya selalu doa kepada Allah SWT supaya beri apa yang saya ‘perlu’, bukan yang saya ‘mahu’.
Berbeza kan apa yang kita perlu dan apa yang kita mahu dalam hidup?

Kalau dengan mempunyai anak akan lebih mendekatkan Aku dengan Mu Ya Allah, maka Kau kurniakanlah aku zuriat yang baik, yang boleh membantu Aku untuk ke syurgaMu.

Kalau dengan mempunyai anak, cuma akan menjauhkan Aku dari Mu Ya Allah, Aku redha hidup berdua dengan suamiku. (Ini kita cakap tentang anak saya dan Encik Z lah yer. Bukan tentang Yaya, k?)

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kurniakanlah perkara perkara yang Aku perlu, bukan yang Aku mahu, Ya Allah.
Kerana aku khuatir apa yang aku ‘mahu’ cuma akan membinasakanku. Tetapi jika Kau kurniakan apa yang aku
‘perlu’, pasti ianya tidak akan berkurangan mahupun berlebihan.

Kekiranya gitu la lebih kurang doa saya.
Yang akak kat scene 1 tu marah bebeno tu.
Kalau ikut hati saya boleh je nak tanya balik “Akak bila nak menikah? Akak kena la doa banyak banyak kot kot jumpa duda ke, bujang terlajak ke”
Tapi saya masih ada hati dan perasaan kot. Saya diam je, kuasa nak berlawan cakap.

Lagi satu kan, saya cukup tak suka bila orang orang yang takde anak ni kan, katakan macam birthday depa atau anniversary depa.
Depa up status kat facebook, tanpa sebut pasal anak pun, tup tup ada je orang nak komen ‘Happy Anniversary. Saya doakan awak cepat cepat dapat baby’
Ataupun “Selamat Hari Jadi. Cepat cepat dapat anak tau”
I mean like come on lah, orang tu tengah happy happy celebrate birthday/anniversary, tetiba korang tulis pasal anak, tak ke potong tu?

Saya pun penah je pun kena ceni. Kira orang komen doakan saya cepat dapat anak.
Saya taktau la, tapi bila baca komen tu terus macam refleks dia macam ‘Kenapa eh, adakah satu kekurangan hebat bila takde anak ni?”
Kalau bebetul ikhlas nak doa, doa sesenyap je la, takyah kot tulis kat sosial media yang boleh dibaca seantero teman teman.

Ada sekali tu status Facebook sorang kawan saya, dia nak pi umrah.
Ada lah umat manusia sorang komen, ‘Jangan lupa doa depan Kaabah supaya dapat anak’
What the fishhhh sangat kot??
Eh tau lah dia nak doa apa. Perlu ke nak komen camtu di saat orang tu sedang berbahagia menghitung hari nak ke Tanah Suci?
Be considerate la, people.

Ok ni off topic sikit. Hari tu saya ada tertengok dan terbaca something pasal anak dekat media sosial sorang ni yang so call artis.
Dia upload gambar anak nya, tapi lepas baca komen komen semua saya baru tau tu anak angkat dia.
Caption tu macam biasa lah puji pujian pada anak dan luahan perasaan tentang sayang cintanya mereka suami isteri pada anak itu.
Ok tu biasa la pun, semua parents pun akan caption camtu.

Dan biasa jugak lah ada la komen komen peminatnya gitu gini.
Tapi yang kurang biasa tu, bila ada tambahan ayat kat belakang tu.
Contoh : Saya pun macam akak jugak, tak boleh berenggang dengan anak. Saya tak faham macam mana mak bapak yang boleh tinggal anak pegi bercuti. Tak rindu anak ke?

Haaaa… nampak tak permainan komen itu? Sesuatu sangat.
Tak salah pun statement awak yang tak boleh berenggang dengan anak itu.
Itu awak punya pasal la kan kalau tak boleh berenggang dengan anak.
Tapi yang nak ada tambahan “Saya tak faham bla bla bla” tu kenapa eh?

Awak tak faham awak punya pasal lah.
Sebab orang lain pun, jangan kata orang lain la, saya pun tak faham jugak dengan awak.
Eh tak bosan ke 24 jam mengadap anak sesaja?
Kejap kejap tukar pampers, kejap kejap buat susu, kejap kejap basuh berak.
Eh saya tak faham lah dengan awak. Tak bosan ke?

Makanya, awak takkan faham orang sebab orang pun takkan faham awak.
Bahagian kita masing masing mana sama baii.. (tetiba samseng sebut baii)
Senang cerita kita jaga je keluarga masing masing tanpa perlu nak kaitkan orang tu takde anak ke, orang tu nak berjalan tinggal anak ke, orang tu nak beranak 10 ke, orang tu nak kahwin 4 ke.

Sekurang kurangnya saya lebih bertuah dari mereka yang langsung tidak punya anak.
Sebab saya punya seorang anak dari perkahwinan pertama.
Sekurang kurangnya saya lebih bahagia dari mereka yang langsung tidak berpeluang mengecapi alam rumahtangga.

Bila saya katakan saya tak nak anak dengan umur yang dah nak menjangkau 36 tahun ni, ada yang tak setuju.
Katanya itu satu doa, tak baik cakap macam tu.
Sedangkan saya cakap macam tu cuma sebab nak menepis orang yang asyik bertanya ‘Bila nak ada anak ni?’

Bila saya kata saya bahagia walaupun takde anak dengan Encik Z, eh pun kena sindir juga.
Katanya tak perlu nak tulis/bagitau orang yang kita bahagia.
Sedangkan saya bagitau saya bahagia supaya dia berhenti bertanya soal anak.

Eh asyiknya saya je yang salah ni macam mana?
Awak yang provok bertalu talu tu tak apa pula ya?

Oh lagi satu, awak yang ada anak / anak ramai ni, jaga dan didik anak anak awak itu sebaiknya ya.
Semoga mereka bisa membawa awak suami isteri ke syurga, bukan sebaliknya.
Jangan terlalu mendabik dada ya… kerana…

” Ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar ” – Surah Al Anfaal ayat 28 

Anak itu bukan sekadar anugerah.
Tapi juga ujian.

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

“Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” – Surah An-Nisa ayat 19

Saya selalu pujuk hati dengan berkata ‘Allah tak nak bagi anak lagi pada aku sebab Dia nak bagi Aku peluang mengembara melihat dunia sebab dia tau itu passion aku sekarang’.
‘Allah tak nak kurniakan aku anak lagi sebab nak tengok sejauh mana aku boleh bermuhasabah dan beristiqomah dalam merintis jalan mendekatiNya”
‘Allah belum nak beri aku zuriat lagi sebab Dia nak beri aku masa untuk berdua, bermanja dan beribadat bersama dengan suami aku. Mungkin kalau ada anak banyak benda terbatas sebab aku sendiri pun bukan lah jenis ibu mithali sangat pun”

Saya percaya awak semua yang ada anak / anak ramai, mesti susah atau jarang nak pegi bercuti cuti kan?
Susah nak cari “Me Time” atau pun berjimba dengan girlfriends.
Saya faham ada tak kisah atau tak minat nak berjalan ke luar negara.
Lebih berminat beranak ramai ramai dan jaga anak kat rumah, kan?

It’s ok tak salah pun benda tu.
Dan tak salah jugak pada orang yang macam saya, tak beranak ramai untuk pergi bercuti berjalan sana sini.
Janganlah every time jumpa asyik nak tanya pasal anak, nak cerita pasal anak je.

Cuba kalau saya pulak bukak cerita tentang keindahan pantai di Bali, seronoknya bershopping di Ho Chi Minh, musim bunga di Taiwan, keunikan Angkor Wat ataupun riangnya bermain di Universal Studio, tapi awak tak penah sampai pun kat situ, awak rasa rengsa tak?
Rengsa bukan? Saya pun rasa rengsa jugak kalau 24 jam awak bercerita tentang comelnya anak awak, keletahnya anak awak, manjanya anak awak, dan soalan ‘bila kau nak ada anak? ‘

Rottenecards_8985264_yy2mgzcccw

Saya sedang bersangka baik dengan Allah SWT.
Awak semua bantu lah saya dengan bersangka baik juga sesama kita ya.

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” Surah At-Taubah ayat 129

Cukuplah Allah bagi saya.
Cukuplah Allah bagi saya dalam apa jua keadaan.
Cukuplah Allah bagi saya dalam doa dan pengharapan.
Cukuplah Allah bagi saya dalam keinsafan dan masa depan.
Cukuplah Allah bagi saya untuk segala galanya.

when i say...

BuycrbxIMAA7mqK.jpg large

Insya Allah dengan keizinanNya saya akan mengembara lagi melihat keindahan dan kebesaran ciptaanNya.
Banda Aceh, Chiang Mai Chiang Rai, Medan, Yogyakarta, Mesir.

Fabi-ayyi ala-i rabbikuma tukaththibani.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” – Surah Ar Rahman ayat 13

Sekian luahan perasaan seorang isteri yang asyik ditanya bila nak ada anak,
Ostajah Normaya ^__^

    14 thoughts on “Anak

    1. Ida Puanstoberi

      Mya!
      Hahaha.. saja buh tanda seruan tu. Hikhikhik.
      Entry kita ‘berbau’ sama lak.
      Cuma, saya konon “WW” kan lah.
      Jap, saya nak link entry Mya ni ke blog saya lah, boleh?
      Sbb saya buat WW, saya tak boleh bebel pepanjang.
      Tapi, apa saya nak sampaikan, Mya da sampaikan.
      Esp yg ni “Saya faham ada tak kisah atau tak minat nak berjalan ke luar negara.
      Lebih berminat beranak ramai ramai dan jaga anak kat rumah, kan”

      Haha. Takde nya orang tak minat berjalan ni Mya, kalau ada pun 1% je kot. Bagi saya, yg tak pernah punya anak nih, depa asyik cerita pasal anak tu supaya saya rasa ‘kalah’. Sbb kalau cerita bercuti – sure depa dah awai2 kalah – Cameron Highland pun bertahun skali pergi. Eh.. sakit hati tak orang membaca komen saya ni – ha..macam tu lah terasanya hati kita bila dibincangkan isu anak sahaja, kan?

      Satu lagi – saya tahu siapa ‘so-called’ artis yg ada anak angkat tu. Dulu sy follow IG dia..but not now.. malas. Hihi.

      Nak komen pjg lagi. Tpi, melampau pulak. Hehehe

    2. Ayu

      salam maya…
      tq so much for this entry. i keeps me going day by day even stronger.
      hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. hampir ke setahun perkahwinan i have been bombarded with ‘the question’ since bulan ke-2 perkahwinan.
      statements like “tak power aaa tak bunting pelamin..” “korang ni dah la keretapi lambat awat nak planning bagai segala?” “korang tunggu apa lagi? tak sudah2 ke honeymoon je keje?”
      hurt? yes, of course.
      sebagai manusia biasa, kami berdua tak lari dari berasa hati, marah, kecewa and we even come to a stage of blaming each other. Astaghfirullah!
      lebih pressure when our environment yang konon kahwin semusim semuanya sudah ada berita gembira tu… and it hurts me more when suami2 mereka ejek hina suami kita.

      but anyway, kami redha and stick to Allah’s way.
      kami masih yakin dengan rahmat Allah.

      we pray the same for you Maya..
      semoga kita terus istiqomah dalam menempuhi semua sifat manusia..InsyaAllah.

    3. Haslinda Md Saleh

      Lumrah kehidupan Maya..kak linda pun pernah kena kutuk dan di perli habis-habisan..sampai satu tahap ada sedara sendiri perli suami kak linda MANDUL…hanya Allah yang tahu perasaan kita…life must go on…janji kita bahagia cukup..

    4. Naja Nurnaja

      Hmmm.. nak komen tapi rasa nak mencarut dengan orang2 yg Maya tujukan entry ni, maka baik la KakNaja diam. Apapun setuju 100%

    5. sw33tdarling

      memasing ada bahagiannya. kengkadang bila ada anak, kena jaga anak, ibadat kita sedikit sebanyak jadi terabai. mungkin itu hikmah allah terhadap kau. betul laa cara kau berdoa, mak aku pun pernah cakap kat aku. hari2 dia doa yang terbaik. kalau kaya itu membuatkan dia hidup bongkak, jadi biarlah rezeki dia tu seadanya.

    6. aziah

      betul kak. isu ni mmg takkan habis pun. buat dek jelah dengan soalan2 maut tu. mmg la rimas, tapi nak buat camna kan?
      yg ada anak ni pun, bukan semuanya bahagia, bukan semuanya kaya, hidup senang. rezki Allah tu bnyk cabangnya.
      saya sendri jeles ngan akak yg bule g jenjln merata. nak pegi, kena pikir duit, nak tinggal anak, blablabla. mcm2 hal yg sampai bila tak habis.
      tapi saya tdk la pertikai org yg takda anak walau dah kawen lama. kena paham aturan tuhan tu ada sebabnya. saya ada anak, tapi pinjaman tuhan. 1 day klau dia nak ambil balik, kita tak mampu nak sekat kan?

    7. Lyn Yusoff

      i faham perasaan u, sbb situasi u sama dgn adik i.
      kiri kanan org duk tanya.. bkn adik beradik. tapi masyarakat sekeliling yg tak sudah2 nak menyibuk tepi kain org.
      i selalu ckp dgn dia, biar kan dan redha jer apa yg org ckp.
      in my situation pun ada jugak yg bertanya.. sampai dah malas nak pikir… usaha ttp usaha. tapi semuanya bergantung kepada Allah. ada hikmah semuanya. Allah tau apa yg terbaik untuk hamba Nya. Mungkin bkn dgn cara ini, tapi kebahagian dari segi lain pulak.

    8. s2m3r

      iLa pun kadang-kadang orang kata cam tu
      bila nak tambah

      tapi malas amik port..
      yang sekrang ni pun kadang-kadang ila tak jaga sempurna..
      ni kan pulak nak tambah lagi kann..

      jadi….teruskan masa depan
      jadikan setiap pandangan dan kata-kata sini sebagai perangsang
      untuk jadi lebih berjaya 🙂

    9. NZ

      Sabar la Maya…Allah tahu apa yang terbaik utk kita kan…
      NZ pun sensitif kalau orang tanya bila nak kahwin…Siapa yang tak nak kahwin or tak nak ada/tambah anak lagi kan…tapi Allah tu lebih mengetahui apa rahsia yang Dia sembunyikan…
      Setiap orang pasti mahu yang terbaik utk dirinya tapi kalau pada Allah belum tiba lagi waktunya…belum la lagi utk Dia berikan…

    10. suriaamanda

      Setuju dengan Lumrah kehidupan…kita x boleh nak tutup mulut manusia yang for me sgat2 durjana…same case here bila soal jodoh diperkatakan..nak plak along dah 36 tahun…jodoh, ajal maut ni ketentuan allah…kalau belum ada jodoh tu…usaha macam mana pun masih x kawen jugak kan…kawan la berapa lama pun…bab anak…its too sensitive to talk about…if along ada jodoh akan datang..of course along nak anak…tp kalau dah sampai sekarang pun lom ada jodoh…nak buat macam mana…kadang2 diorang ni x fikir perasaan orang sebelum Tanya kan?http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif

    11. yatie

      Maya, tq for ur entry .. itu yg aku pikir selama ni .. dh cecah 10 thn pun perkahwinan aku awal sept ari tuh, zuriat sorang pun xde lg .. tp Alhamdulillah aku sentiasa bersangka baik ngan Allah … Allah lg tau apa yg terbaik buat aku n suami .. mmg x penah terpikir pun lg skang ni .. and kita punya passion sama, aku n hubby mmg byk cita2 nak jejak ke byk negara with our own way .. being us yg mmg suka gamble bercuti sekali skala, mgkn sbb tuh Allah x bg rezeki lg ..

      masa kat depan Kaabah aku cuba utk tidak berdoa ye2 nak dptkn anak .. aku cuma doa, kalau ada anak adalah yg terbaik buat aku n suami maka kurniakanlah … jika tiada anak adalah yg terbaik buat kami, maka berikanlah kami rezeki dan nikmat lain yg terbaik buat kami di dunia n akhirat … cuma mgkn org sekeliling x phm apa yg terbaik buat kita kan?

      mcm yg biasa aku cakapkn kt org yg suka bertanya, rezeki org lain2 .. hidup org pun lain2 .. bersyukur je la dgn apa yg dh Allah bg kat kita selama ni .. jgn pertikaikan apa yg kita xde lagi .. whatever it is, moga Allah memberikan yg terbaik buat kita semua .. InsyaAllah .. http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif

    12. Dira

      Salam,
      I love your entry..pertama kali visit blog maya..
      Kenapalah ramai manusia sebegini.. Sedih sangat.
      Jika tiada anak, tanya bila nak ada anak..
      Bila ada anak sorang, tanya bila nak ada anak lagi.
      Bila ada dua anak perempuan, tanya bila nak dapat anak lelaki..
      What the???
      Saya pun mengalami situasi yang sama…
      Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kpd org sebegini..
      Dan beri kita kesabaran..