Blog Maya Dot Com

X Vista

Saya upload gambar kat instagram dengan Ernie Zuraida.
Kak Illa komen kata rindu kat kitorang berdua.
Terus cam jom set jumpa kejap sebelum Ernie balik Mesir.
Pong pang gitu gini so set nak jumpa hari Jumaat, 15 Ogos hari tu kat Midvalley sana.

Ernie sampai office saya awal gila kot.
Mendapatlah dia kena melepak tunggu dalam meeting room ha.
Soalan dia tak habis habis, korang boleh eh pakai baju glamer glamer gitu.
Hari tu pulak kebetulan ada Open House besar kat office saya ni ha, tu la semua pun bergaya bling bling.
Hari biasa kalu, kenot la dress like that. Tak korporat kot.

Cukup time terus zass ke Midvalley.
Sepelaung je pun dari office saya ni ha.
So sekejapan udah sampai.
Jumpa kak Illa kat MPH. Depa dua nak beli buku.
Lepas tu terus ke Amarin untuk dinner.
Memasing macam kenyang lagi, so order lite lite sajork.

20140815_184403
: : ooo sawadeeka ke? tanya Ernie. ingatkan Sawadikap. kannn : :

First time saya makan kat sini, bukak bukak menu tengok aaaaa ada Mieng Kam, terus menggedik nak orderrrr hehe.

20140815_184257

20140815_185853
: : Saya order Chinese Tea Pot RM6.00 : :

20140815_185756
: : Kak Illa mau air sejuk so order Amarin Blended Coconut RM13.90 : :

20140815_185812
: : Ernie punya. Hot Lemon Tea RM8.00 : :

20140815_185045
: : Mieng Kam Celadon RM19.90 : :

20140815_185103
: : Kak Illa makan ni. Yam Woon Sen Talay. Salad seafood. Sedap. RM20.90 : :

20140815_185336
: : Ernie makan ni. Pla Meak Yang. RM24.90. Dia tak habis, katanya sotong liat. Apa lagi saya la yang bedal haha : :

Lama jugak kitorang lepak borak cover berapa tahun punya cerita.
Rasanya last saya jumpa Kak Illa 3 tahun lepas kot?
Masa saya belum pakai tudung.
Ernie lagi la lama gila tak jumpa Kak Illa.

Saya penah duduk serumah sewa dengan depa dua ni tak silap tahun 2000 sampai 2002.
Masa tu kitorang menyewa kat Vista Angkasa Apartment, Bukit Kerinchi.
Best sangat kot duduk dengan depa.
Gelak gelak je selalu.
Pegi pasar malam, pastu dengan tak malu masuk bilik Kak Illa makan dalam bilik ia.

Nonton cerita P Ramlee, Kak Illa terkagum kagum tengok saya hafal lirik lagu tah hapa hapa punya lagu.
Saya ratu penghafal lirik. Masa tu laaa.. Hiks.
Kenangan terindah sangat.

IMG-20140815-WA0013

IMG-20140815-WA0014

Tak tau lah bila lagi dapat jumpa melepak ceni.
Ernie & Kak Illa, sayang korang sangat.
Walaupun dah jarang jumpa, korang selalu dalam hati saya 🙂

20140815_203837
: : sempat aje kann hehe : :

    2 thoughts on “X Vista