Syawal ke 14

Attend wedding Farrah, officemate B** kat Ijok Selangor sana.
Tidur bangun tidur bangun tak sampai sampai. Huhu.
Tapi akhirnya sampailah jua.

C360_2014-08-10-14-24-03-725
: : Selamat Pengantin Baru Farrah! : :

C360_2014-08-10-14-24-43-463
: : Mariah, pun officemate B**. Ia adalah pengapit merangkap part time mak andam untuk Farrah : :

Lepas makan apa semua elok dah masuk kereta pun, tetiba nampak Syana sekeluarga baru sampai.
Terus cam ‘Syanaaaa’ gitu jerit jerit manja panggil Syana.

Gitulah mak mak dan blogger blogger.
Bergambar tanpa kira di mana dan bagaimana.
Kelihatan Cocoi di belakang begitu mithali memakaikan kasut untuk Iman. Hiks.
Syana nak berhijrah ke seberang laut pasni.
Bestnyaaaa… Syana nanti aku pi menyibuk nyibuk pi rumah kau ek?

Encik Z, bila nak apply kerja di seberang laut pula?
Dah boring la duduk Semenanjung Malaysia ni.
Banyak nau drama swasta telenovela cerekarama. Tskk..

C360_2014-08-10-14-30-00-618

Dari Ijok zass pula ke Rawang sana.
Mau attend openhouse Kak Fauziah, kakak sedepartment saya.
Sampai sinun nampak Kak Gee & Abang Sly sedang berborak gembira.
Maka saya pun join sekaki sambil pekena laksa.

C360_2014-08-10-15-38-38-245
: : amboi terang bebenau warna blouse saya tu. sakit bijik mata : :

C360_2014-08-10-15-56-11-713
: : Kak Fauziah, tuan rumah. Antara orang yang sangatlahhh baiknya kat department ni ha. Cakap lembuttt je, tak penah marah ke hapa. Very positif punya orang : :

OTW balik Jasmine, singgah solat kat Petronas Rawang.
Terkagum kejap tengok ada kipas dalam toilet. Kelessss..

20140810_161249

20140810_162433
: : tapi kurang kelesss bila surau kecik cenonit comel. tapi sokayy at least asing laki perempuan. sebab kan ada surau campur je laki perempuan. me dont like huhu : :

20140810_162442
: : kurang kelesss jua bila tempat wuduk di luar. sob sob sob : :

Malam tu keluar lagi sebab mau pegi rumah Emli.
Bersungguh sungguh Pakcik tu ajak pi rumah ia.
Kang tak pegi membebel macam ke hapa nanti kat office.
Emli ni jiran separtition kat office.
Hari hari sakit jantung dengan peel dia, tapi dia jugak la tempat saya bergossip pong pang pong pang gitu gini.
Lelaki kan, mana nak simpan dalam hati pon kalau gitu marah ke hapa.

20140810_214508
: : Ada 5 ekor kucing di rumah ia. Terjerit terlompat jugak la saya dibuatnya. Gamak anak anak Emli pun pelik apa aje la makcik ostajah ni terjerit sana sini. Dan jua menonton TV 90 inci yang wow! : :

20140810_200414
: : tajuk paper ni nak suruh gelak ke ketawa manja ke nangis ke cemana ni???? : :

20140810_214944
: : Emli si tuan rumah dan Encik Z kawan si tuan rumah : :

Ingatkan makan makan raya biasa je, sekali wife Emli & anaknya sudah masak hidangan makan malam daaa.
Jadi lah acara makan makan sekeluarga.
Ayam masak lemak, tomyam ayam, ayam goreng, sayur campur, sambal belacan, telur dadar. Fuuhh ketat perut!
Mekasih Emli sekeluarga 😀

20140811_141600
: : siap ditapaukan mee goreng sedap air tangan mak Emli. wuuu : :

2 thoughts on “Syawal ke 14

Comments are closed.