Blog Maya Dot Com

Sesame Street Live – Elmo Makes Music

Korang ingat lagi tak dengan karakter Sesame Street?
Yang lahir seangkatan dengan saya ingat lagi kot?
Tapi cer recall dah berapa lama kita tak nonton Sesame Street kat tv.
Saya rasa macam dah lama rasanya takde siri ni kat tv.

16 Ogos hari tu kan, telah diadakan Media Launch “Sesame Street Live – Elmo Makes Music” kat High Street, 1 Utama Shopping Centre.
Majlis diacarakan oleh Vanessa Chong, alah kakak Vince AF 1 tu.
Yang bagi ucapan semua pemenang tiada pengalah tu. Hiks.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Mr Kevin Tann, Vice President of Promotions & Entertainment, Resorts World Genting.
Diikuti dengan ucapan dari Mr Christopher J. Harpher, Choreographer, Director & Restaging of “Elmo Makes Music”.

DSC_0287

20140816_113116

20140816_120640
: : berdebar debar nak jumpa Elmo. Heee… : :

sesamestreet
: : Vanessa  Chong, Mr Kevin Tann & Mr Christopher J.  Harper : :

Tak lama lepas tu, depa pun muncul.
Tapi cuma ada Bert, Ernie, Cookie Monster & Elmo jer.
Big Bird takde. Takpe, nanti boleh jumpa Big Bird jugak.
Macam mana? Baca entry ni sampai habis k.
Sebelum tu nah tengok video ni saya sempat rakam untuk korang.
Aaaa… rindunya lagu Sesame Street niiii…

Sunny Day
Sweepin’ the clouds away
On my way to where the air is sweet

Can you tell me how to get,
How to get to Sesame Street

Come and play
Everything’s A-OK
Friendly neighbors there
That’s where we meet

Can you tell me how to get
How to get to Sesame Street

It’s a magic carpet ride
Every door will open wide
To Happy people like you–
Happy people like
What a beautiful

Sunny Day
Sweepin’ the clouds away
On my way to where the air is sweet

Can you tell me how to get,
How to get to Sesame street…
How to get to Sesame Street
How to get to…

Sementara nak tunggu giliran untuk bergambar dengan Bert, Ernie, Cookie Monster & Elmo saya cuba nasib main game ni dulu.
Game ala ala roda impian gitu. Tapi malangnya tak menang. Sentap tau.
Saya jeling kan, ada orang tu menang tiket bermalam kat hotel Genting Highlands sana. Untunglaaaa..

IMG_2883

20140818_172223
: : saya menang ni je haaa. fridge magnet anak itik : :

Sesame Street, program pembelajaran televisyen yang popular telah wujud selama 45 tahun ni merupakan antara program yang paling lama bertahan dalam sejarah tau.
Dengan ini saya dengan gembiranya saya nak bagitau kat korang yang diorang semua akan datang ke Malaysia hujung tahun ni!
Haaaa teruja ke idok?  Sabau.. jap lagi saya cerita.
Tengok dulu gambar saya pose dengan depa. Berdebar debar tauuu #oversangatiollsni

20140816_130320

IMG_2892

IMG_2894
: : lepas bergambar boleh collect yang hard copy : :

20140824_170324
: : suka suka suka : :

OK macam ni ceritanya, “Sesame Street Live – Elmo Makes Music akan buat persembahan di Genting Highlands bermula dari 28 November 2014 sampai lah 3 January 2015.
Haa sebulan lebih tau diorang ada kat Genting Highlands.
Cemana nak beli tiket? Waktu show pulak macam mana? Harga tiket mahal ke murah?
Nah saya baik hati letak sesiap untuk korang.

sesamestreett
: : harga tiket : :

sesamestreets
: : waktu show : :

IMG_2887
: : sessi Q & A bersama Mr Kevin Tann & Mr Christopher J.  Harper : :

IMG_2896
: :  light refreshment kat Coffee Bean : :

20140816_130553
: : oh yer, sementara nak tunggu show Sesame Street Live – Elmo Makes Music kan, korang boleh je nak pegi Genting Highlands sekarang. Sebabnya, Ice Age Adventure akan ditayangkan tau bermula dari 1 September hingga 26 Oktober 2014 : :

20140816_132525

20140816_132707

20140816_132742
: : haaa kan dapat bergambar dengan Big Bird ni hehe : :

20140824_170232
: : goodie bag yang ada patung Elmo omey angat angat : :

Saya dah ada tiket dah nak gi nonton show Sesame Street Live – Elmo Makes Music ni.
So korang pun belilah jugak. Mana tau boleh jumpa kat Genting Highlands, boleh la kita hai hai bai bai.
“Sesame Street Live – Elmo Makes Music” ini dengan bangganya dipersembahkan oleh Resorts World Genting dan diterbitkan oleh VEE Production.
Untuk keterangan lanjut korang boleh ke www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-6101 1118.