Sekitar Kuala Selangor

Memasing dah melapau so marilah cari makan.
Saya nak bawak depa try makan nasi ambang kat Warung Ibu tapi sampai sampai tengok waaaaa lauk semua pun dah habis. Sedih sob sob sob.
So bertukar arah ke Restoran Dinding Gelas Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor.

20140602_132708

20140602_134158 : : special drink mesti cuba katanya. saya order coconut shake itu : :

20140602_134537 : : dan order ini. nasi putih telur dadar bersama asam pedas ikan… ermmm ikan apa ek. lupa sudahhh huhu : :

Lepas kenyang perut bergerak ke Bukit Malawati.
Plannya nak naik tram ke atas bukit tu la.
Saya penah naik masa Yaya kekecik dulu. Dan penah naik jugak dengan kawan Politeknik.
Makna ni kali ke 3 la saya nak naik ni.
Tapi rupa rupanya hari biasa tram ni tak beroperasi.
Kok gituu???
Maka hancurlah harapan untuk beramai ramai sekeluarga naik tram.
Bawak naik je la kereta kat atas Bukit Malawati nun.

20140602_150547 : : gerbang Selamat Datang ke Bukit Malawati : :

Atas Bukit Malawati ni memang femes dengan monyet monyet.
Semangatlah beli makanan untuk monyet konon nak bagi monyet makan.
Sampai kat atas tetengok eh eh saya dengan Yaya & Caca je keluar.
Encik Z keluar la kejap.
Tak lama pastu monyet kerumun kitorang 3 beranak.
Apa lagi, Yaya & Caca memekik la. Dengan saya saya sekali terpekik terlolong ketakutan.
Bukan Encik Z nak tolong ke hapa, dia jerkah nya kami bertiga sob sob sob *nangis tepi monyet

20140602_152122

20140602_152404 : : sudahnya tengok monyet dari dalam kereta je selepas mencampakkan semua makanan yang dibeli untuk depa : :

20140602_152411 : : Maamar teruja tengok monyet : :

Seterusnya, kami ke Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.
Ala.. atas Bukit Malawati tu jugak.
Cuaca panas berdenting denting masa ni i tell you.

20140602_153904

20140602_154011

Saya duduk layan Cici & Maamar je sambil mendapatkan aircond.
Encik Z macam biasa begitu berminat sekali baca segala mala sejarah Bukit Malawati ni ha.

DSCN1305
: : Cici mengadap ipad : :

DSCN1307
: : Maamar ralit main ball : :

DSCN1322
: : selfie depan entrance : :

Ada meriam meriam depan ni ha, so bergambarlah seround dua.
Tak pasti ni meriam asal ke atau replika semata.
Asal jangan meletup sudahhhh.

DSCN1326

DSCN1328
: : Mama takde masa ni sebab jaga Ocah yang sedang ketiduran dalam kereta : :

DSCN1330

DSCN1331

DSCN1332
: : rumah api : :

DSCN1333
: : belakang tu menara tempat tengok anak bulan : :

Dari Bukit Malawati Abang Long ajak pegi pekena soto.
Ok lets. Kami ke Warong Soto di Pasir Penambang.

20140602_170828

20140602_164020 : : soto ayam bergedil. harga tak ingat : :

Saya memang suka sup sup dan soto ni.
Makanya memang saya suka ah soto ini.
Korang kot kalau tersesat kat area Kuala Selangor sana, sila lah mencuba ya.

20140602_165501

20140602_170809 : : memang femes dah siap masuk paper ha : :

Usai makan soto, kami berpisah berpecah haluan.
Kaklong & Adil sekeluarga bergerak pulang.
Manakala saya sekeluarga pulak nak ke satu lagi destinasi.

4 thoughts on “Sekitar Kuala Selangor

Comments are closed.