Blog Maya Dot Com

Open House & Butik Inspirasihana

Tahun lepas bersusun open house saya attend.
Sampai kena plan bebetullah ikut lokasi sebab kalau boleh semua pun saya nak pergi.
Orang jemput maaa, tak molek kalau sesengaja taknak pegi.
Tapi memasing punya cara lah kan.

Tahun ni bila tengok balik, eh eh ada 3 open house je yang saya dijemput.
Tapi ok jugak, takde la pepening nak susun program sat nak ke sana, sat nak ke sini.
Eh saya pun takde buat makan makan macam sesebelum ni.
In fact, takde sorang pun yang datang rumah saya he he he.
Ala korang kalau nak datang bagitau je la, takyah la tunggu saya berjemput bagai.
Korang kata nak datang, saya masak je lah.
Eh tapi Syawal pun dah habis acaner? Hiks.

Ni cerita 20 Syawal hari tu. Saya pi beraya rumah Kak Bib, kakak sedepartment saya kat office ni ha.
Sekalian dia buat open house dan majlis doa selamat sebab insyaAllah Kak Bib akan pergi mengerjakan haji bulan depan.
Seronoknya la haihh kan.
Oh rumah Kak Bib ni kat Serendah sana.
Pun saya tidur bangun tidur bangun baru la sampai.
Bertabah betul travel jejauh ceni pi office huhu.

C360_2014-08-16-15-51-10-355
: : Kak Bib : :

27 Syawal ke Bukit Bandaraya Shah Alam.
Open house boss Encik Z, Kak Sal. Keluar lepas Zohor, jalan sesak hebat kat Federal Highway.
Tapi selamat jugaklah kami sampai pukul 4 petang camtu.
Ambik food, cari seat terus ngapp ngapp.

Tengah makan elok Ikin & Zairul sampai.
So duduk lah makan berborak sesama.
Sebelum balik Kak Sal ajak lepak dalam rumah dulu.
Makan makannya tu buat kat luar, 10 khemah ada kau.
Combine 4 buah rumah. Meriah habis.
Eh eh terkebetulan pulak Kak As pun dah sampai.

20140823_172400

10509666_10204182124089607_5534657673952577689_n

C360_2014-08-23-17-25-24-106
: : Kak Sal yang tudung biru muda itu, yang sorang lagi tu korang pun tau kot, my lovely boss, Kak As : :

20140823_172209
: : melepak macam dengan kawan kawan je kan, walhal dedua pun boss hehe : :

Dah alang alang sampai Shah Alam tu, saya ajak la Encik Z pegi Butik Inspirasihana.
Ingat tak hari tu saya pegi dengan Dak Masy, saya beli sehelai tudung dagu soft awning.
Saya pakai kat event WITM. Memang best sangat tudung ni.
Lepas raya hari tu saya tak menyabar nak beli lagi terus pre order.
Beli online dapat dalam plastic comel ni ha. Double triple suka.
Terus nak beli lagi. Dasarrrrrr..

Screenshot_2014-08-28-09-08-00

Screenshot_2014-08-28-09-08-30

Saya beli lagi 3 helai. Ni pun dok berangan angan nak tambah 2 warna lagi.
Saya dah usha warna merah maroon dengan hijau.
Korang kalau macam saya, suka tudung labuh.. soft awning.. cotton.. berdagu..
Haaa memang Tudung Raudhah Umrah Haji Butik Inspirasihana ni sangat sangat sesuai. 🙂

Saya sempat borak dengan 2 orang adik salesgirl kat situ.
Bebaru ni Butik Inspirasihana ni kena rompak.
Diorang cerita la experience diorang. Duhhh seram saya dengar.
Cash tak banyak masa tu sebab dah bank in malam tadi nya.
Perompak tu masuk pukul 11 pagi camtu, butik baru bukak.
So barang barang adik 2 orang tu la yang kena sebat.
Barang kemas, handphone, duit. Sian depa. Dugaan bulan puasa 🙁

    2 thoughts on “Open House & Butik Inspirasihana