Blog Maya Dot Com

Malam Raya

20140726_193545 : : 2 hari sebelum Ramadhan berakhir. Mama buat gak nasi ulam. aaaa sukaaaa : :

20140727_085912

: : Maamar beraya kat Taiping tahun ini : :

20140727_111219 : : dari KL ke utara jalan sesak hebat. sib baik saya tidak menuju ke utara. hiks : :

20140727_150514

: : projek petang raya. konon nak buat marble cake : :

20140727_150946 : : langkah 1 : :

20140727_151647 : : langkah 2 : :

20140727_151948 : : langkah 3 : :

Langkah seterusnya dah tak mampu saya nak share dengan korang.
Ni sebenarnya first time percubaan nak buat marble cake ni.
Google lah resepi sana sini.
Hasilnya? Menyedihkannn. Kalau korang tengok gambar kek tu mesti korang gelak guling guling tak cukup tanah.

Puas saya bermesyuarah dengan Yaya di manakah silapnya.
Yaya kata sebab sukatan tak betul.
Saya takde penyukat penimbang kat rumah.
Kesalahan kedua mungkin sebab pukul tak cukup kembang.
Gamak memang tak berjodoh saya nak buat kek kot sob sob.

20140727_170454

: : percubaan untuk buat trifle puding pula. berpandukan resepi dari blog neena : :

20140727_193253

: : jadi tu jadi la tapi macam pelik dan lembik. saya rasa saya tak kacau susu cair tu dengan tepung custard bebetul kot. hmmmm.. : :

Instead of buah peach, saya letak buah nanas campur nata de coco.
Lagi la pelik sebab terjelir keluar potongan buah nanas tu.
Tapi Yaya kata sedap. Hantam ja lah dah sendiri nak makan. Hiks.

Malam tu ingat nak pi Jalan TAR sebab nak cari telekung & legging Yaya.
Memula pegi draw duit dulu kat Maybank Rampai Biz Park.
Cakap dengan Encik Z jom je la ronda bazar Ramadhan kat sini.
Kot kot ada telekung dengan legging so takyah la pegi Jalan TAR.
Alhamduillah memang ada. So settled. Takyah sesesak pi Jalan TAR.

20140723_214824

Kemudian dinner kat Old Town White Coffe. Lagi.
Malas nak pikir tempat lain dah sebenarnya.
Sini dekat dan senang. Lagi pun masa ni kepala saya dah start nyut nyut.
Encik Z pulak sakit gigi. Adeh.

20140727_214634

20140727_220010

: : Saya tak lalu nak makan. so order air ni saja. Orange Yogurt Smooth RM7.90. Tak cukup, up lagi dengan Orange Fizzy RM4.80. Sedapnya minum air masam masam ni : :

20140727_220021

: : Kaya Butter Toast RM3.80. Cocktail Sausage RM5.50. Nasi Lemak Special 13.90 : :

Malam raya lepak kat Old Town.
Memang tak penah dibuat saya sebelum ni.
Tapi ok je pun. Raya kat memana, sokayyy je.

    2 thoughts on “Malam Raya

    1. suriaamanda

      Malam raya pun along pi uptown kat seremban..x dapat pun apa yang along nak cari…sabra je la…kalau kat kg memang best..malam raya biasanya kami main meriam buluh…tp tahun ni raya kat seremban,…makanya pi je la keluar bersesak kat uptown Ampangan tuh

      1. Mya Post author

        tu la kadang2 penat badan je. ala2 cari penyakit pun ada kita ni.
        walhal bukan nak cari apa pun kan hehe