Blog Maya Dot Com

Makan Makan di Office

Kerja kat organisasi besar ceni lah, sat department nun buat makan makan raya, sat department tang sana plak buat makan makan raya.
Mana yang jemput, kita pegi lah kan.
Kalau tak dijemput duduk diam diam sudah.

Dimulakan dengan open department kat JDSP.
Masa mula mula masuk B** inilah department yang saya join.
Bersama boss, JM. Boss lelaki yang baik sangat.
Tak penah marah pun, kalau tegur pun kemain beralas.

20140813_121941
:: pegi dengan Abang MdNoor, Mukh & Abang Halil. Kitorang berempat ex JDSP. Kak Zai pun sekalian pegi sebab ia adalah Manager yang orang kuat yang menjaga urusan admin JDSP : :

Kemudian FSD. Department Ila & Che Ta.
Dua gambar bawah ni credit pada Ila.

.facebook_1408585232846
: : dengan Che Ta. Baru perasan lupa nak ambik gambar dengan Ila. Erghh : :

C360_2014-08-20-13-50-42-740
: : #Glamke? : :

.facebook_1408585354006
: : Kak Yam & Syafiq jua dijemput lalu kami pergi together gether : :

Dress jubah ni saya beli kat butik Kak Azza Elite.
Hari yang sama benarnya open department FSD ni dengan open department RSA.
Tu terpaksa bangat beli baju tu sebab nak ikut tema katanya.
Tudung tu plak beli kat Jalan TAR.
Akhirnya jumpa gak saya tudung bawal bidang besar, tapi material macam tudung Aidijuma. RM20 je. Suka angat angattt…
Oh yer, open department RSA entry lain k.

Sapa yang follow instagram Azza Elite memang tau la kot ia memang akan amik gambar dengan customer.
Ni dah snap kali ke 2 ni.
First snap gambar tu Kak Azza tengok gambar tu balik katanya ‘Eiiii muka Kak Za macam beruk’
Adoiii la lawak la dia. Dah kali kedua snap muka saya pulak macam pelik hehe.

Screenshot_2014-08-29-11-10-28

Memula saya tak perasan gambar ni sampai Kak Dona tag nama saya.
Kak Dona kawan lama saya masa saya kerja kat Maxis dulu.
Dan dia adalah kawan baik dengan Kak Azza sebabnya boyfriend Kak Azza dulu adalah adik kepada ex husband Kak Dona.
Haaa ambik kau berbelit belit sejarah keluarga hiks.
Selingan je ni.

Screenshot_2014-08-29-11-11-39

Screenshot_2014-08-29-11-10-58

Nak cerita ni. Masa saya duduk nak pose pose gambar ni kan, tetiba pulak Gabenor lalu nak meninggalkan majlis.
Kelam kabut saya berdiri sampai nak terpijak pijak kain.
Tapi Gabenor takde la marah ke apa, dia senyummmm je. Hehe..

C360_2014-08-20-13-54-23-289 (2)

Seterusnya open department kat JKK.
Department suamiku & Payiet.
Heret KakTin pegi sekalian.
Banyak gila kot food kat department JKK ni.
Saya makan soto dengan mee kari. Dap dapp..

20140818_152845

Yang speselnya sebab ada photobooth.
Boleh bergambar sampai lebam dengan frame Instagram ni ha.
Hari tu ada jugak saya suarakan idea ni pada RSA tapi tunggu Abg MdNoor buat frame tak buat buat, makanya ku pendam sebuah duka je lahhh *jeling Abang MdNoor

C360_2014-08-18-15-41-41-356
: : Kami 3 sekawan : :

C360_2014-08-18-15-44-47-274
: : Terimalah pose kuda kepang dari KakTin : :

C360_2014-08-18-15-42-38-140
: : My love, Encik Z : :

C360_2014-08-18-15-47-48-503
: : Kosong kosong ya? Kita buka lembaran baru 🙂 : :

Ni masih kat JKK tapi kat belah depan.
Meriah depa hias department, tapi heyyy RSA pun meriah hapa #taknakkalah
Baju kurung saya tu kainnya beli kat Padang Bukit Tinggi.
Suka sebab materialnya lembut dan tak panas.

IMG-20140818-WA0000

Tu prop saya pegang ‘ Saya Puasa Penuh Tahun Ni!! ” tu kekal prop semata yer.
Jangan nak speku kata saya pregnant pula.
Saya sebenarnya ada emosi sikit pasal isu tak beranak, takde anak, tambah anak etc etc.
Nanti la kalau rajin saya buat entry luahan emosi yer.
Lama jugak kan saya tak up entry berunsurkan emosi dan amukan hikhik.
#akuyangtakpregnantkenapakauyangpanas

IMG-20140818-WA0001

Gambar ni snap tetiba je.
Actually saya dengan Mukh & Faizal baru lepas habis meeting untuk Family Day.
Berhenti kejap kat pintu nak masuk department, discuss.
Syam & Syafiq lalu, terus cam nak selfie.
Tetiba eh eh Kak As pulak lalu.
Tu yang terrrrselfie semua sekali.
Sporting kan boss saya??

C360_2014-08-15-12-12-29-058

Hari yang sama ada open office. Jamuan makan makan raya B**.
Saya pakai kain baju yang pun dibeli kat Padang Bukit Tinggi.
Sama spesis baju yang kat atas nun jugak.
Saya beli warna gold & kelabu. Plain.
Dengan sedikit corak bunga 3D minimalis di hujung baju.
Less is more 😀

IMG-20140815-WA0001
: : sedondon dengan Khairy. eh eh ada pulak orang ke tiga kat belakang tu : :

Pukul 12 tengah hari lompat naik atas shuttle pi Lanai Kijang untuk makan makan.
First time makan makan open office buat kat Lanai Kijang nih.
Sebelum ni kat HQ atau Sasana Kijang.
Best ah buat kat Lanai, food banyak, kawasan luas. Sukaaa..

20140815_125437
: : special tahun ni ada rusa panggang! : :

20140815_132506
: : pegi berempat dengan Liyana, KakWan & Kak Aida : :

20140815_142346
: : diakhiri dengan aiskrim warna warni Lecka Lecka : :

Mekasih semorang yang jamu saya makan!
Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT melipatgandakan rezeki korang ya 🙂

    8 thoughts on “Makan Makan di Office