Kuliah Dhuha Ustaz Syed Norhisyam

Semalam dah berakhir Syawal kan?
Cepatnya la haihh masa berlalu.
Rasa macam baru je Ramadhan, lepas tu Syawal.
Tup tup dah Dzulkaedah.

Sepatutnya entry ni saya nak up semalam, tapi sekarang ni busy sangat sangatlah dengan macam macam hal.
So terlewat sehari, tapi oklah kan dari tak publish langsung.

Masa Ramadhan hari tu every weekend saya pegi Kuliah Dhuha kat Masjid Al Ridhuan Hulu Klang.
Ada saya up beberapa entry kan?
Minggu terakhir tu, instead of Ustazah yang bagi kuliah, Ustaz yang bagi.
Iaitu Ustaz Syed Norhisyam.
Pun ustaz favourite saya. Tapi Ustaz Harry tetap nombor 1 di hati. Hiks.

Tajuk kuliah hari tu ialah Suami dan Keluarga Sebagai Sandaran di Hari Akhirat.
Sedikit perkongsian untuk panduan kita semua ya.
Agak panjang, so take your own sweet time untuk baca ya 🙂

1. Cara untuk kita mengingati ilmu ialah dengan mengajar pada ahli keluarga dan kawan kawan. Lepas balik kuliah, jangan simpan sendiri segala ilmu yang dipelajari, tapi share dengan orang lain

2. Orang yang mengingati akhirat ialah orang yang cerdik. Sebab? Dia boleh menghadapi masalah dengan tenang sebab dia sentiasa ingat tentang wujudnya syurga & neraka.
Bila dia marah atau sedih tidak terlampau lampau dan ada batasan.
Kita masing masing punya masalah tersendiri, tapi ingatlah akan adanya hari akhirat. Semua akan ada pembalasan setimpal

3. Jangan menyesali kesilapan dan dosa masa lalu. Bila bila teringat cepat ucapkan ‘Astaghfirullahhalazim’

4. Beri nama yang baik kepada anak-anak. Jangan beri atau panggil nama ZANA. Zana bermaksud past tense kepada berzina. ZANI. Zani bermaksud orang yang berzina. ILAH. ILAH maksudnya tiada Tuhan

Ustaz Syed Norhisyam berkongsi 3 kisah di zaman Nabi SAW.

Kisah 1

Satu kisah berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA, Mohd Ashrof Zaki berkata, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.

Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapak ku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.

Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.

Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Moral Kisah 1 ini, pilih isteri / ibu kepada anak-anak dari golongan yang baik baik.  Pilih nama yang baik untuk anak-anak, jangan main hantam letak sesuka hati tanpa tau makna.  Dan ajarlah anak kita tentang Al Quran.

Kisah 2

Untuk malam yg gelap, segelap Gua Hira’ tempat Rasulullah saw bertafakur untuk berwasilah buat kali pertama dalam kerasulan Baginda.

1- Rasulullah saw telah memilih untuk bertafakur di Gua Hira’ untuk mencari kebenaran tentang ketauhidan dan keesaan ALLAH SWT..

2-Pada malam 17 Ramadhan, ketika Baginda sedang bertafakur di Gua Hira’, baginda didatangi malaikat Jibril ..lalu malaikat Jibril memeluk kuat tubuh baginda lalu berkata dgn jelas..”IQRA’!” yg bermaksud “BACALAH!”

3-Baginda Rasul ,menjawab, “aku tidak tahu membaca.” dan perkara ini berulang sebanyak 3kali…lalu malaikat Jibril menyuruh Baginda mengikut bacaannya..Dan AYAT PERTAMA IALAH..”IQRA’ BISMIRABBIKAL LADZI KHALAQ…Bacalah(wahai Muhammad) DENGAN NAMA TUHANMU yang menciptakan..”

4-Surah AL ‘ALAQ merupakan wahyu pertama yg di ajarkan kepada Rasulullah saw ..yg bermaksud..”Bacalah (wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yg menciptakan. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yg maha Pemurah. Yang mengajar manusia pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yg dia(manusia itu) tidak mengetahuinya.”
(AL ‘ALAQ:1-5)

5-Rasulullah saw telah pulang dalam keadaan menggigil ketakutan dan berkata kpd Siti Khadijah..”selimutkan aku, selimutkan aku” lalu Siti Khadijah menenangkan baginda…setelah menceritakn kepada Siti Khadijah kejadian yg menimpanya lalu Siti Khadijah menemui bapa saudaranya iaitu WARAQAH BIN NAUFAL..dan bapa saudaranya telah menjelaskan bahawa perkara tersebut menandakan Nabi Muhammad saw telah dipilih menjadi Rasulullah

Moral dari Kisah ke 2 ni Ustaz Syed Norhisyam mengingatkan supaya kita isteri isteri ni jangan mendesak apa apa dari suami. Macam Siti Khadijah, dia takde pun mendesak Rasulullah untuk bercerita. Bila Rasulullah suruh selimutkan dia, Siti Khadijah terus je selimut tanpa banyak soal. Bila Rasulullah dah tenang, beliau sendiri yang bercerita tanpa perlu Siti Khadijah mendesak.

Kisah 3

Kisah seorang ibu muda yang tiada suami, mempunyai seorang bayi dan tinggal bersama ayahnya yang sudah tua. Mereka orang miskin.

Satu malam anaknya menangis tak henti henti.
Susu sudah diberi, badan sudah dibersihkan tapi si bayi masih lagi menangis.
Ibu muda tersebut seorang yang sangat alim, sentiasa berzikir.

Malam itu beliau solat tahajud/hajat berdoa supaya Allah SWT menyembuhkan bayi nya.
Sehingga tertidur ia menepuk bayi nya, bayinya masih lagi menangis.
Bila ibu muda ini terjaga, beliau sambung solat dan terus menerus berdoa kepada Allah tanpa rasa jemu atau pun merungut.

Jam 2 pagi, pintu diketuk.  Tiba tiba muncul seorang doktor yang terus bertanya ‘Mana bayi itu?’

Ibu muda tersebut menunjukkan anaknya, dan doktor tersebut merawat bayi itu dan bayi itu pun berhenti menangis.
Doktor mengeluarkan bil, menulis preskripsi ubat yang perlu diberi dan meminta bayaran.

Ibu muda tu pun berkata yang dia takde duit untuk bayar.
Doktor tersebut marah dan meminta bayaran sebanyak 3 kali, tetapi jawapan yang sama diberi oleh ibu muda itu.

Kalau takde duit, kenapa telefon saya?

Tuan doktor, lihatlah sekeliling rumah saya ini, jangan kata punya telefon, malam ini pun kami masih belum menjamah sebarang makanan.

Doktor tersebut tersentak, dan bertanya, ini bukan rumah nombor 31?

Bukan, rumah ini bernombor 13. Nombor 31 di depan sana.

Doktor itu terdiam sebentar dan terus menyebut nama Allah berkali kali dan menangis.
Beliau terus keluar dan kembali semula ke rumah itu dengan makanan dan ubat untuk si bayi.

Sesungguhnya, Allah SWT telah menghantar aku untuk membantu keluarga ini.

Moral Kisah 3 ini. Jangan pernah berhenti berdoa meminta pertolongan dari Allah SWT. Kita takkan tau bentuk pertolongan yang Allah akan hantar pada kita.  Contohi lah Siti Asiah binti Mahazim, isteri Firaun. Yang tak jemu jemu berdoa kepada Allah walaupun suami nya manusia yang paling kejam.

Makanya kalau dapat suami yang kurang sempurna, dan kita dah tak mampu nak menasihati dia, berdoalah. Insya Allah lambat atau cepat, Allah pasti akan sampaikan pertolonganNya. Kena banyak banyak sabar.

Isteri yang baik bukan isteri yang sempurna, tetapi yang bersedia memperbaiki diri dari masa ke semasa.

20140720_101048
: : Ustaz Syed Norhisyam : :

Usai kuliah, saya jalan jalan kat booth luar Masjid.
Abby Abadi ada bukak booth kat situ.
Saya beli sehelai tudung cotton soft awning.
Suka sangat! RM39 je.
Lepas tu apa lagi, selfie lah hehe..

abby

Walaupun Ramadhan & Syawal dah berakhir, semoga takkan menghentikan amalan baik kita setakat ini saja.
Semoga kita istiqomah dalam melakukan kebaikan.
Dan teruslah berlapang dada memberi kemaafan pada mereka mereka yang pernah menyakiti hati kita.
Percaya hari akhirat, percaya syurga dan neraka.
Insya Allah semoga semuanya dipermudahkan 🙂