Kelip Kelip Kampung Kuantan

Kami ke Kampung Kuantan untuk usha kelip kelip.
Tapi pegi berenam je. Yang lain takmau ikut.
Aterr dengan Maamar & Ocah, cemana gaya pulak nak bawak naik sampan kann.

20140601_212100

Harga tiket per sampan. Satu sampan RM50.
Tapi cuma 4 orang je yang boleh naik satu sampan.
Kitorang kan berenam. Try tanya kat kaunter, kot kot boleh sumbat semua sekali satu sampan.
Tu Abang Long dukung Cici tu sebab orang kaunter tu nak tengok besar mana nya ha budak.
Dan akhirnya dapatlah naik semua satu sampan. Yey.

DSCN1289

Olololo omey semua pakai jaket keselamatan.
Eh lupa nak bagitau, actually ni kali ke 3 dah saya datang tengok kelip kelip kat sini.
Pertama kali pegi dulu waktu Yaya umur 2 tahun.
Kali kedua pegi dengan kawan Politeknik sebab masa tu ada program kat Politeknik Sabak Bernam. Tu pun lama dah. 8 tahun lepas kot? Huhu..

DSCN1290

DSCN1291

: : nampak tak mata cici tu warna pink? saya dok la ingat dia kena gigit dengan serangga ke hapa, rupanya dia pi bantai pakai eye shadow kaklong. awal awal saya tak perasan. bila dah nak balik tu baru nampak. sabau je lah : :

Naik sampan dalam 20 minit kot tak silap saya.
Dibawak dari hujung ke hujung untuk beramah mesra dengan kelip kelip.
Cici dok senyap tak rawit apa.
Caca memula takut tapi lepas tu kemain galak menangkap kelip kelip.
Yaya macam biasa maintain sokmo.

DSCN1293 : : snap gambar kelip kelip dalam kegelapan tanpa flash : :

Encik Z mintak permission si pendayung untuk snap guna flash.
Mamat pendayung tu ok je pun.

DSCN1295

DSCN1296 : : inilah mamat pendayung itu. suara macam orang tua, tapi sebenarnya muda belia ha : :

DSCN1297 : : ada orang jual mainan tapi nasib anak anak tak mintak pun : :

20140601_212456 : : tapi beli fridge magnet kat kedai souvenir ni : :

Layan depa main kat playground sekejap, pastu gerak pulang.
Korang yang tak penah lagi datang tengok kelip kelip kat sini, meh lah.
Cantik ok tambah kalau malam gelap pekat, bersinar sinar je memancar kelip kelip itu.

6 thoughts on “Kelip Kelip Kampung Kuantan

Comments are closed.