Eagle Feeding di Kuala Selangor

Aktiviti kami yang seterusnya itu ialah Eagle Feeding!
Masa update kat Facebook & Instagram ramai yang cam taktau rupanya ada Eagle Feeding ni kat Kuala Selangor.
Takyah sesusah nak pegi Langkawi yer, kat Kuala Selangor pun ada Eagle Feeding haaa.

Beli tiket kat company bertajuk D’Tours.
Waktu nak tengok Eagle Feeding ni dari pukul 4 – 6.30 petang je tau.
So plan your itinerary wisely. Cewahhhh.
Alamat No 1, Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, Kuala Selangor.
Kot kalau takut sesat ke hapa, nah ambik nombor handphone owner nya. Nama ia Johnson 019-2639123.
Sebab nak explain bebetul lokasi Eagle Feeding ni saya pun tak reti huhu.

Bayaran untuk Eagle Feeding ni dewasa RM25. Kanak kanak RM15.
Sesekali dah sampai Kuala Selangor zasss je lah bayar walaupun rasa macam memahal je huhu.

20140602_171406 : : signboard jalan ke Eagle Feeding : :

20140602_172004 : : ni lah company D Tours nya. Dengan pemandangan baldi raksaksa dan tokong di hadapanĀ  : :

20140602_174746 : : brother yang bawak bot yang penuh ilmu di dada tentang Eagle Feeding ini. Syabbas bro : :

Bukan saya sefamily je dalam bot tu, tapi satu grup dengan family Cina dari Melaka.
Depa pun sporting je gelak gelak segala, bukan jenis cina kiasu gitu.
Memula duduk dengan sopannya kat belah dalam, tapi bila beburung helang dah keluar, terus duduk kat depan hehe.

20140602_174342

DSCN1335

DSCN1338

20140602_180651 : : banyak jugak la bot dok berlalu lalang beraktiviti Eagle Feeding ini : :

20140602_174151

20140602_180743 : : baik hati brader bot tu offer kan diri untuk snap gambar kitorang : :

Tak lama lepas brader bot tu campakkan isi ayam, bertebaranglah beburung helang datang menunjukkan diri.
Depa keluar in group terbang ke sana ke mari.
Terus cam kami semua waaaaaaaaaaaaaaa terkagum kagum dapat tengok helang dari dekat.
Tapi takut sikit pun ada jugak, kot dia confuse isi ayam dengan manusia, disambarnya kitorang ni haa.
Ok tu saya terbawa bawa sebab teringat filem Merong Mahawangsa. Hiks.

DSCN1343

20140602_174723

DSCN1345

DSCN1346

Perjalanan keseluruhan dalam 30 minit.
Sampai ke muara sungai/laut brader bot ni bawak kitorang semua.
Memang puas hati. Dengan brader bot yang peramah bersembang tu, kakak ostajah bagi 4 bintang!
Korang nanti try k Eagle Feeding ni.

20140602_180151 : : muara kasih : :

20140602_181458 : : sampai kat jeti Mama & cucu cucu kutip kulit kerang pula : :

OTW balik tu singgah pasar malam kat Pasir Penambang.
Tapaukan bebudak nasi ayam goreng berempah.
So malam tu dinner ni je lah sambil santai santai nonton TV.

20140602_195708

Selamat Malam Kuala Selangor!

4 thoughts on “Eagle Feeding di Kuala Selangor

  1. Eagle feeding ni sesuatu yang baru..
    Memang x tau pun ada helang kat sgor ni eh???

    Yg langkawi x best dah sbb dah x bole bagi makan dah skrg …

    Nnt nak try la yang kat sgor ni ..

    • aku tak penah pegi yang kat langkawi, so mmg taktau cemana romannya.
      haa sila lah try yang kat kuala selangor ni. dekat je pun kan dgn kl

Comments are closed.