Bufet Ramadhan Selera Warisan

Hari Jumaat lepas saya half day petang.
Terus zass balik Taiping.
Encik Z kata jalan jem. Tapi dalam jem tu 4 jam gak dah sampai.
Saya memang tak sedar. Tidur mati huhuhu.

Sebelum tu dah call Hotel Seri Warisan Taiping buat reservation untuk berbuka puasa.
Dewasa RM35. Kanak kanak RM18. Nett.
Oleh sebab sekentut je TLJ dengan hotel ni, so pukul 6.45 petang baru gerak.
Tu pun kena menunggu gak dalam setengah jam heh.

20140725_190419

20140725_190939

Spread dia ok la boleh tahan jugak.
Dengan harga RM35 sokayyy la.
Saya snap mana sempat je.
Ada nasi tomato, kambing golek, kerang rebus, tofu telur etc etc.

C360_2014-07-25-19-14-18-000 : : selfie seround : :

20140725_191011 : : pencuci mulut : :

20140725_191043 : : salad, kerabu dan segala macam jenis sambal : :

20140725_191058 : : kueyteow sup & keropok : :

20140725_191136 : : keledek dan pisang goreng : :

20140725_191159 : : drinks : :

20140725_191249 : : Cendol : :

cats : : ini yang saya makan. kambing golek, kueyteow sup, nasi + kerabu + rebung perut, kerang rebus : :

20140725_192414 : : ada persembahan nasyid dari Pertubuhan Kebajikan Ikhwan Bistari Batu Hampar, Beruas : :

20140725_195238 : : merdunya la haiiih suara budak berdua ni. bila masuk waktu berbuka, budak belah kiri tu azan. mendayu dayu. sejuk perut mak awak mengandungkan awak, nak : :

20140725_200802 : : alhamdulillah kenyang. terima kasih Allah di atas rezeki hari ini : :

20140725_210324 : : sofa cantik kat lobi hotel : :

20140725_210358 : : lobi hotel : :

20140725_210536 : : gambar cantik di dinding. I love Taiping! : :

Lepas berbuka pegi bazar Ramadhan depan The Store.
Boleh tahan panjang nya dan boleh tahan sesak ramai orangnya huhu.
Dapat la beli sepasang sandal raya untuk Yaya.
Dan brooch cantik RM10 untuk 4 ketul 🙂

4 thoughts on “Bufet Ramadhan Selera Warisan

Comments are closed.