2 Syawal

Syawal ke 2.

Seawal pukul 7 pagi saya dah bersilat kat dapur.
Memula plan nak buat kuah lodeh.
Tapi akhirnya bertukar kepada sup daging.
Makan dengan nasi himpit.

Pukul 11 pagi baru 2 beranak tu bangun.
Aterrr malam tadinya sampai dari Raub pukul 1 pagi.
Tapi heyyy saya tidur lagi lambat kot sebab masak nasi himpit tu.
Itulah kuasa supermak huhuhuu.

20140729_111216 : : hidangan di Syawal ke 2 : :

Siap siap nak ‘berhari raya’ dengan Abah pula.
Ke Tanah Perkuburan Islam Segambut (Kariah Masjid Al-Firdaus) kita.

20140729_132326 : : #ootd Yaya. Jubah dari KWC. Shawl dan glitter inner dari @bypurplehearts : :

20140729_140556 : : lamanya saya tak melawat Abah. rumput degil pun dah menjalar. maafkan KakNgah, Abah. Insya Allah lepas ni KakNgah akan datang jumpa Abah lebih kerap ya : :

20140729_140627 : : Alfatihah untuk arwah abah Allahyarham Mukhtar Abdul Rahman. Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas beliau, tempatkanlah beliau dalam golongan orang orang yang beriman di sisiMu. Temukanlah aku dengannya di syurgaMu nanti, Ya Allah… : :

20140729_140727

20140729_144459 : : #ootd saya. Jubah beli kat @rayyanhaya. Tudung Akel beli kat Eh Eh Mega Bazar : :

Petang tu lepak lepak kat rumah je.
Saya qada tidur. Yaya siapkan homework.
Pastu saya layan tv. Tengok whatsapp masuk.
Kemain anak dara rupanya tengah kira duit raya.
Boleh tahan jugak baru 2 hari raya dah dapat RM200++ dah.
Rezeki awak yer sayang. Jimat cermat k.

IMG-20140729-WA0002

kebun
: : abang akmal, sepupu saya hantar gambar ni kat whatsapp sepupu sepapat. tu Mama & Adil tengah dok tolong tok saudara saya kutip durian kat kebun. ni kat Repoh/Ijok sana : :

End of 2 Syawal.

Macam bosan je kan Raya saya? Memang bosan pun ahahaha.
Tapi saya dengan Yaya ok je. Lepak lepak kat rumah layan tv.
Sebenarnya kan, akhir akhir ni ada la something yang terjadi dalam kehidupan saya.
Yang buatkan saya rasa macam dah taknak jumpa sesiapa.
Nak bawak diri, nak pendam semua pun dalam hati.

Tak. Bukan. Saya tak marah. Saya tak sakit hati.
Dan saya tak berniat langsung untuk memutuskan silaturrahim.
Bila saya dah mengakui kesilapan dan kekhilafan diri, saya pula ditempelak dan diadili dengan tidak wajar, saya rasa cukuplah percubaan yang dah dibuat selama ini.

Saya dah penat. Letih. Dan putus asa.
Saya menjauhkan diri sebenarnya untuk lebih menjaga hati saya sendiri.
Agar saya tak terluka dan saya tak melukakan hati orang lain.
Buat masa sekarang saya senang menyendiri. Maafkanlah saya.
Saya lemah. Saya tak berdaya. 🙁

4 thoughts on “2 Syawal

    • aah biasa memang balik taiping.
      tahun ni ubah angin, ubah selera.
      tahun depan panjang umur raya kat taiping balik la haha

  1. sukanya tengok akak pakai jubah sama tudung tuh..doakan saya jadi macam akak yer.. 🙂
    selamat hari raya kak maya !
    baru nak pulun baca blog akak..
    hehe

    • Mekasih Ja! Insya Allah doa akak untuk awak. Amin.

      Selamat hari raya sayang.
      Pulun jangan tak pulun, walaupun merepek je banyak akak ni hehe..

Comments are closed.