1 Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Pagi pagi dah bangun dengan hati riang gembiranya.
Hari ni kan Hari Raya! Heee..

20140728_075538 : : Yaya dan telekung barunya. Strawberi biru. Dan menuju ke Surau Addiniah Setapak Jaya untuk solat sunat Aidilfitri. : :

20140728_095958 : : hidangan di pagi raya. lemang beli. rendang daging Mama tolong masakkan sesiap. saya tinggal panaskan je. hehe : :

20140728_110117 : : minta ampun salah silap bang. ter emo, tercarut, terbebel, terungkit, dan pelbagai ter lagi : :

raya : : emosi anak haku salam raya dengan ayahnya. bakul merah belakang tu hiasan ke cemana tu : :

20140728_110537 : : dah dengan ayahnya pun emosi, dengan saya apa tah lagi. ada Encik Z rakam video tapi takyah la kot share kat sini. buat simpanan peribadi sudah : :

20140728_110745 : : mommy pun nak mintak maaf dengan Yaya sebab tak dapat nak jaga Yaya sepenuh masa. Mommy bla bla bla… Mommy bla bla bla bla… dan begitulah seterusnya berterusan sehingga 5 minit dan tumpahan air mata 2 beranak : :

C360_2014-07-28-11-10-12-794 : : selfie je lah kita yer : :

C360_2014-07-28-11-11-31-045 : : tersenget senget nak dapatkan sudut terbaik. terbaik la sangattt bahaha : :

??????????
: : ok try guna monopod so dapat molek sikit gambarnya walaupun tak full : :

20140728_111715 : : baju kurung saya tu kainnya di beli masa saya pegi cuti cuti Padang/Bukit Tinggi bulan April hari tu. Tudung dari TudungNur : :

20140728_111911 : : Encik Z ulangtayang baju melayu masa kitorang kahwin dulu. elok senada warna nya. so kasik zass je lah : :

20140728_112810 : : jubah Yaya beli kat Carrefour Wangsa Maju. Shawl beli kat Jalan TAR : :

Dah lepas makan apa semua, gerak pegi Kundang, rumah mertua ku.
Gambar takde dah semua pakat tak bertudung nak bergambar celah mananya.
Lepas beraya lebih kurang, balik lah ke Jasmine semula.

IMG-20140728-WA0003 : : Yana whatsapp gambar Maamar yang separuh bogel tapi bersemangat waja nak menyapu rumah Opah : :

IMG-20140728-WA0018 : : Adil whatsapp gambar ni : :

IMG_401489634143156
: : gambar ni pulak curi kat facebook cousin saya, Kak Wati. Kak Ti, halal ek saya curi huhu. Mama yang happy go lucky! : :

IMG_401482564593596 : : memang tiap tiap tahun pun raya pertama semua akan serbu rumah Maklong. penah saya tulis dulu, esok lusa kalau Maklong takde, memang dah takde arah nak dituju di Hari Raya yang mulia ini huhu : :

Malam tu gerak pegi Raub mau jumpa Kaklong dan anak anak saudara saya.

20140728_204320 : : Ocah amukan mintak didukung. Pffttt : :

20140728_204338 : : “Mommy, nak main ipad Mommy boleh?”. Yer lah nak. Pastu terus berkepit bawah ketiak ayah : :

20140728_210613 : : Macam biasa Mommy mesti kena jadi babysitter Ocah. Esok Ocah dah besar tak sayang Mommy tak tau laaa : :

20140728_210619 : : Asal dengan Mommy bergambauuu je lah kejenya : :

20140728_210650 : : Caca & Ayah menjamu selera : :

C360_2014-07-28-21-11-26-985 : : Caca & Kakak Yaya berselfie : :

20140728_212326 : : objek objek kesayangan : :

Makan mee, satay, karipap. Sembang dengan Kaklong & Mokchik pasal kes MH17.
Depa dua kan stewardess. Tak cukup korum sebab Kak Gee takde.
Macam MH370 gak lah, ada Kaklong bagitau gitu gini, tapi off record. Kenot sharing here.

Apa apa pun pada yang beragama Islam, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Amin.
Semoga peristiwa ni membuka mata hati kita semua.
Ajal tak kenal siapa, di mana dan bagaimana.
Allah… Dekatnya rasa dengan kematian sekarang ni..

20140728_215636 : : layan budak budak main bunga api dan mercun : :

End of 1 Syawal.

4 thoughts on “1 Syawal

  1. puas ku belek2 mana nak drop comment. rupanya kat atas.. hehehe

    suka tgk jubah yaya, cantik..
    Lyn cari kat area2 sini untuk budak 2 org tu, sume tak berkenan..

    • aha tukar template, tempat komen kat atas. tak reti nak ejas2, malas pun yer hehe..

      kebetulan jumpa jubah tu, zass je beli.
      kang nak cari cari lagi manjang tak jumpa kan

  2. Salam kenal.. klik dari blog RM 🙂 suka lah tgk pic2 meriah hari raya…. thanks for sharing..

    sudi2kan melawat blog saya, thanksss! dan selamat hari raya! 🙂

Comments are closed.