Shopping Raya

Korang dah shopping raya ke?
Lagi 3 hari nak raya takkan tak shopping lagi kan?
Eh tapi ada je orang yang suka last minute shopping ye dok? Masing masing punya cara lah yer..

Saya shopping raya 2 hari. Kira 2 kali keluar la.
First masa cuti Nuzul Quran.
Keluar pegi One Utama. Saja je la katanya dah lama tak pegi sana.
Tapi tengok kauu dekat 45 minit pusing cari parking saja. Ramainya orang! Huhu..

Last last pusing pegi Midvalley je lah kita.
Midvalley ok je pulak parking semua kosong je.
Plan nak cari kasut.
Dah setahun jangkahayat kasut raya aka kasut office saya yang sedia ada ni.
Beli tahun lepas gak la masa nak raya.
Jenama Larrie.

Ingat nak cari jenama Larrie jugak sebab selesa kasut ia.
Tapi pusing pusing tengok kat AEON macam tak berapa ada yang saya kenan.
Saya taknak tinggi sangat dan taknak rendah sangat.

Terus cam terfikir nak usha kat Crocs.
Nampak yang berkenan, apa lagi try try test pastu tengok harga macam nak terpengsan kejap.
Tapi dalam nak terpengsan tu beli lah jugak huhuhuu.

crocs_gianna_h_w_i
: : crocs gianna heel nama diberi. RM229 : :

Dari Mid Valley pegi Sogo.
Dapat la 3 helai baju Yaya sebab ada jualan murah kat tingkat 7 tu.
Lepas maghrib gerak pegi Bukit Bintang sebab nak makan nasi ayam tu lah.
Tu kat entry semalam.

Hari kedua shopping hari Sabtu 19 Julai.
Memula pegi TudungNur sebab nak cari tudung raya.
Ramainya orang! Huhu.
Dapatlah sehelai tudung bertajuk Mutiara.
Bidang 50 saya mintak depa jahit terus.
Senang nanti sarung je tak payah nak berlipat berbrooch bagai.
Makin lama makin pemalas tahap unta padang pasir saya ni ha.

Lepas tu pegi AEON Wangsa Maju sebab mau cari langsir.
Bukan sesaja nak beli langsir tau.
Tapi bilik Yaya tu dah takde langsir dah.
Langsir lama tu dah koyak robak, Mama sakit mata gamak tengok, terus dicabutnya.
Togel la. Dah la bilik Yaya tu boleh tahan panas.
So beli lah.
Tetiba rasa nak up jugak langsir untuk bilik master.
Langsir kat bilik master tu pun tunggu rebah je tu huhu.

Encik Z pun shopping tshirt ia kat situ.
Susah ooo nak tengok Encik Z ni shopping baju.
Dia punya berjimat cermat tu.. iskk..

Oleh sebab tahun ni beraya kat rumah sendiri, rasa macam eh perlu ni peralatan nak menghidang hidangan pada para tetamu.
Lalu terbelilah set Blossom Tupperware ni.
Sukaaaaaaa…
Terus bersemangat nak masak ni.
Walhal bukan tau masak pun rendang segala.
Mesti Yaya berdebar debar apa la mak aku nak hidangkan pagi raya ni. Hiks.

Blossom Microwaveable Serveware
: : gambar kredit www.m25.my. Harga RM187 : :

url
: : beli set blossom tu dapat free take away set ni. suka lapanjuta kali. . gambar kredit  http://chybeelila.com/: :

???????????????????????????????
: : pastu terrrrrbeli pulak Small Serving Centre ni ha. gambar kredit centupperware.blogspot.com .RM65 : :

Meh la sapa nak beraya rumah saya, dialu alukan dengan tangan terbuka. Hiks.

20140723_144808
: : angpau raya B** tahun ni lawa. sorry pada yang tanya, saya beli sikit je. so tak dapat la nak derma kat korang huhu : :

20140721_155018
: : macam biasa, tiap tahun over tukar duit raya. ujung ujung pakai balik duit tu buat belanja hee : :

Tahun ni saya beli 4 jenis biskut raya.
Biskut tart nanas tu beli kat Kak Gee.
Kuih kapit beli kat Cik Ta (bukan Rozita Che Wan).
Papan kacang almond & chocolate cookies tu homemade dari KakTin.

20140725_063002

Orang perempuan ni, selagi tak raya selagi tu laa membeli sokmo kan..

8 thoughts on “Shopping Raya

  1. sy x shopping raya lagi…esok baru nak cari baju raya 🙂

    wahhh…banyak barnag rumah akak beli ni…suka3 tupperware…

    sama la…suka tukar duit byk..last2 guna balik hehe

    selamat hari raya kak!

    • ni betul shopping last minute nih.
      jangan sesilap tupperware ni semua terperuk sudahhh haha.

      selamat hari raya emy! muahs..

  2. berdasarkan pembelian Tupperware itu mcm akak nk buat mihun sup daging je hehe
    akak kan terer masak tu..

    its ok kak sbb ‘ter’ beli..shopping raya mmg best!

  3. crocs mmg mahal.. tapi selesa & tahan lama.. design ni pun cantik… tak macam typical crocs kembang depan.. heheehe….

    selamat hari raya maya…

    • aha first kasut saya beli crocs dah masuk 4 tahun tapi elok lagi.

      selamat hari raya sella 🙂

  4. Wah….banyak giler duit raya…along bab kuih raya just beli tart nenas je…pas tu kuih2 yang lain adik dah buat…sekali buat untuk 2 rumah…cukup la tu kan…

Comments are closed.