Selamat tinggal Yangon!

Actually hotel ada sediakan airport transfer.
Tapi saya yang macam tak berapa nak yakin.
Sebabnya airport transfer pukul 6.30 pagi.
Flight kitorang pulak pukul 8.30 pagi.
Macam takut je tak sempat.
Saya ni seboleh boleh biarlah dalam tempoh 2 jam tu dah ada kat airport dah.

So tak ambiklah airport transfer hotel tu.
Janji dengan Tanzin, dia caj USD5 kot tak silap.
Saya tak ingat dah sebabnya buku nota yang saya tulis semua tentang Yangon dah hilang! Huwaaaa…
Sedih sangat sebab dalam buku nota tu jugak saya tulis semua nota nota ceramah agama yang saya pegi.
Puas cari tak jumpa.
Korang kawan kawan B** kalau ada terjumpa buku nota kecik cover warna kelabu ada tulis nota agama, nota travel dengan nota berangan, tolong eh pulangkan pada saya.
Walaupun saya tak ingat pun sebenarnya cicir kat mana.
Sob sob..
Terbuat sesi luahan perasaan pulak kan. Huks.

OK berbalik pada Tanzin tadi.
Pukul 5.50 pagi dia dah sampai dah.
Selain sungguh berinformasi, beliau jua sangat menepati masa.

: : titipan buat Ocean Pearl Inn : :

: : suamiku yang gagah perkasa hangkut beg turun : :

: : inilah kenderaan yang bawak kitorang laki bini ke sana ke mari. kalau hangpa terror, baca lah no plet tu. hiks : :

Dalam setengah jam dah sampai airport.
Jalan pun clear,  berdesuppp si Tanzin drive.
Lepas salam hai hai bye bye, kami pun berpisah dengan Tanzin.
TQ Tanzin, rasanya takkan jumpa dah kot kita? Hehe..

Drop luggage semua pun berjalan lancar.
International flight orang tak meramai sangat.
Tapi domestic boleh tahan ramaiii.
Tengok yang belah kiri sinun tuh.

20140428_061125

20140428_061655

20140428_062331 : : boarding pass & departure card : :

Selesai semua bergambar dulu.
Masa sampai hari tu tak sempat pun nak explore airport ni.
Saya terkesima tengok lukisan kat dinding ni.
Lawa plisssss…

20140428_061906

20140428_062007

20140428_062038 : : see  you again Yangon. ye ke? he he : :

Masa q untuk urusan imigresen kan, Encik Z hampir hampir bertukar menjadi naga.
Mau tak nya, kitorang q lane sebelah menyebelah. Sebaris je pun masa tu.
Tapi saya punya turn dah lepas lebih 20 minit, Encik Z still in the q lagi.
Hampir setengah jam kot beza. Gila betoi!
Punya la lembab pegawai imigresen kat lane Encik Z tu. Sabauuuu je lah.

20140428_062859

Cek cek wallet, eh eh ada extra 10 USD lah. Balance bayar duit hotel hari tu.
Terus menggelitik nak habiskan kat airport.
Oh, Yangon tak de airport tax ya. So don’t you worry.
Akhirnya saya habiskan 10 USD itu dengan membeli gelang zamrud & bedak thanakha.

20140428_073129

20140428_080921 : : flight yang ditunggu sudah tiba : :

: : sudah berada di dalam perut kapalterbang : :

: : Order nasi lemak Pak Nasser & air ribena untuk breakfast : :

: : ada yang kata nasi lemak Pak Nasser dah tak sedap macam dulu eh? Saya rasa sama je. Sedap je hehe : :

: : gambar awan dilupa jangan : :

Masa nak mendarat pilot buat announcement, katanya ruang mendarat sibuk.
Makanya plane terpaksa berlegar legar dulu di udara.
Fuhhh boleh tahan cuak masa ni, walhal bukannya apa pun kan.
Selepas setengah jam, selamat lah mendarat.

Naik bas ke TBS sama macam datang hari tu jugak.
Dan selamat sampai rumah dalam pukul 4 petang.
Alhamdulillah. Dengan itu watamat lah cerita cuti cuti saya dan suami ke Yangon.
Terima kasih korang yang sudi baca. Harap terhibur dan boleh dijadikan rujukan pada siapa yang bercadang nak ke Yangon.

Kalau ada apa apa soalan boleh drop kat kotak komen atau email saya k?
Saya hutang lagi satu entry. Rumusan tentang Yangon.
Insya Allah esok akan di up kan.

Love love love,
^__^

6 thoughts on “Selamat tinggal Yangon!

  1. aku la yang kata nasik lemak pak nasir tu tak sesedap dulu.

    tapi di bulan puasa ni. kalau ada.

    hmmmmmm

    • haha.. kau eh?
      kalau sekarang depan mata, aku rasa licin kau kerjakan tu heheh 😀

  2. seronoknya Mya dah sampai sana..4 hb ogos nanti my friend plak ada conference kat sana..dah bagi link blog mya..utk dia jadikan reference…

    • oh ye ke.. jgn dia pening baca sudah.
      merepek meraban je ayat saya kat blog ni hehe

Comments are closed.