Sehari Sebelum Puasa

Ni cerita sehari sebelum puasa.
Saya dengan Masy sudah berjanji setia mahu berjumpa.
Tujuannya adalah sebab nak pass kan barang yang Masy beli kan di Korea sana.
Nida mintak tolong kirimkan beli fridge magnet, itulah dia.

Masy awal awal dah warning (amboi warning) takmo kat KLCC.
Memula cadang Midvalley, tak jadi.
Citta Mall, pun tak jadi.

Saya kata takpelah, this time around biar saya pulak pi Shah Alam sana.
So jenjalan area sana je la.
Saya gerak dari Jasmine pukul 9 pagi, tapi pi breakfast dulu.
Pukul 10 pagi sampai kat komuter Bank Negara, tapi pukul 10.30 pagi baru train sampai.
Bertabah je lah menunggu.

RM2.80 tambang dari Bank Negara ke Shah Alam.
50 minit kauuu. Pengsan.
Bila dah sampai Shah Alam tu baru la cam oooo patutlah dak Masy selalu susah hati kalau nak pi KLCC dengan saya.
Jauh baqhanggg.
Now i feel u Masy. I feel uuuu..

Terus ke Paradigm Mall.
Saya rasa macam jauh je Paradigm Mall ni dengan Shah Alam.
Tapi si Masy kata dekat.
Ah suka hati la, bukan iolls yang memandu, so i follow je lah.

Pi beli tiket wayang dulu.
Pastu terus pi Sakae Sashi mahu lunch.

20140628_122109
: : order menggunakan ipad. sama macam kat the curve : :

20140628_122219
: : sebulat suara memilih hot genmai tea. RM2. mekasih baby siap tolong ambikkan air panas untuk kakak ostajah. walhal sebenaqnya kakak ostajah yang jakun. kah! : :

20140628_122250
: : miso soup jua wajib untuk kami berdua. RM1.90 : :

20140628_122051
: : ni masy punya. Salmon Sashimi RM10.90, Hana Maki RM9.99 & Salmon Sushi RM3.99. semua pun berunsur salmon. tak muak pulak budak ni : :

20140628_122613
: : ni pun dak masy punya. Yaki Gyoza. rasa ia macam dim sum. RM11.90 : :

20140628_123131
: : ni saya punya. Salmon Kabuto Teriyaki RM13.90 : :

20140628_124539
: : Tempura Moriawase RM13.90. Erghh tak sedap. Udang tu dah macam udang getah. sudahnya tak habis pun. Saya makan kat Sushi King macam sedapp jer huhu : :

20140628_130226
: : Telur Ikan RM3.99 : :

Total makan RM93.20.
Masa makan ni boleh pulak perut saya pedih pedih, terus tak feel nak makan.
Sob sob..

C360_2014-06-28-13-12-25-636

Kitorang nonton cerita The Sacrament.
Masy yang pilih. Saya ok je pun.
Gegaya macam kisah benar. Tapi hmmm entahlah.
Cerita dia mengisahkan sekumpulan manusia yang meninggalkan kota, pekerjaan dan harta benda sebab nak hidup dalam aman damai dalam satu kawasan nun jauh di dalam hutan.
Adakah mereka melakukannya dengan kerelaan hati atau dipaksa? Haaa gitulah sinopsisnya.

url

Lepas habis nonton terus berdesup ke Seksyen 7.
Saya mintak tolong Masy bawak saya pi Butik Inspirasihana.
Dah alang alang sampai Shah Alam kan.
Dia pun menurut perintah je tanpa bantahan sebab katanya dekat je. Hee..

Saya follow instagram Butik Inspirasihana ni.
Dan dah terfall in love dengan koleksi tudung Raudhah Soft Awning depa.
Tapi frustnya bila tinggal 3 warna je untuk saiz XXL.
Frust frust frust.
Saya nak cari warna hitam dengan beige.
Dah datang jejauh takkan nak balik dengan tangan kosong kan?
Saya beli jugak la sehelai warna coklat & inner labuh soft awning berdagu warna hitam.

Butik Inspirasihana, bila nak restock ni?
Feel feel depa baca blog saya hikhikhik.
Yang penting resit depa hantar via email.
Kelas kan…

Screenshot_2014-07-02-20-42-47

20140628_164941

20140628_165006

Lepas tu lepak minum kat Oldtown.
Eh asalnya nak makan Snogurt tapi boleh plak tengah renovate ke hapa ntah, tapi gelap je la kedainya.
Tu yang pegi Oldtown je lah.
Tapi boleh pulak roti yang saya nak takdok.
Drink yang Masy nak pun takdok.
Ni nak meniaga ke nak memain ke cemana ni hmpff hmpfff.
Tapi kitorang order gak la benda lain hehe.

Masy yang tak sabau nak menyedut.
Ia order Orange Yogurt Smooth RM7.90.
Yang rasa ia wow! Kemain menangkap ke kepala.
Sedap la, bukan tak sedap tapi macam meresap masuk terus dalam medula oblongata. Sukar digambarkan dengan kata kata. Korang kena rasa sendiri.

Saya minum Soya Milk GM RM5.50.
Saya ingatkan cendol. Tapi bukan.
Air soya. Bencik ah. Dalam gambar rupa paras ia macam cendol.

Eh lagi satu kan, Oldtown punya menu baru eh?
Saya tengok RedBean Freezy takdok. Cendol Freezy pun dah takdok.
Yang sedap sedap ditarik. Mengapakahh?
Ke branch Shah Alam je yang takdok?

20140628_173004

20140628_173834
: : nak makan pun tak menyabau ha. kitorang order sama kaya butter toast RM3.80 : :

On the way nak balik komuter Shah Alam, tetiba berkumandang lagu Curang Laksamana.
Apa lagi berduet la kitorang menyanyi. Hiks.
Nah tengok keek ni.
Betapa bersopan santun berbudi bahasa si Masy drive.

Jul 2, 2014 | Curang by normaya11 on Keek.com

C360_2014-06-28-18-21-51-129

Kami berpisah kira kira jam 6 petang.
Boi Masy!
Kalau jadi, berjumpa lagi kita dalam bulan puasa ni kan.
Kalau tak jadi, via orang tengah je la yer?
Sebab akak kena jugak jumpa Dyana, kan?

20140628_182324

Masa nak naik komuter tu kan, saya macam confuse tau.
Cemana nak pegi seberang sana.
Sebab tak nampak pulak laluannya.
So tanya la dekat mamat KTM tu.
Dia pun tunjuk Cik ikut jejantas ni.
Saya pun menonong je la jalan.

Elok tengah atas jejantas tu, train pun sampai.
Berlarian la naik.
Bila dah dalam train tu saya terfikir.
Eh, aku tak touch lagi touch & go ni.
Celah mana pulak nak touch ni?
Adoi matiklaaaa… Terus ketakutan.

Sampai kat stesen Bank Negara terus dag dig dug dag dig dug jantungku.
Saya pun dengan innocentnya berterus terang pada adik KTM yang jaga tempat keluar tu.
Dia diam kejap pastu katanya, takpelah akak pegi bayar kat kaunter sana.

Sebagai warga Malaysia yang mementingkan ciri ciri integriti, saya pun beli lah tiket.
Nah ini buktinya! 😀

20140701_091935

20140701_091249
: : ole ole dari Seoul. mekasih Masy! : :

Turun kat stesen Bank Negara, saya pegi merayap kat Sogo pulak.
Hoihh ramainya orang.
Pastu pegi Jalan TAR pulak. Pun manusia seperti semut menghurung gula.
Dah macam malam raya romannya! Fuuuu…

Saya memang dah aim nak cari 2 benda je.
Pleated skirt dengan inner neck berdagu.
So terus je zass ke gerai berkenaan.
Suka ah pleated skirt nih. Kat tempat lain dan online rata rata memang orang jual RM30 – RM40.
Saya beli RM20 je ha. Terus up berhelai helai heeee.
Ada 2 tu jenis seluar, pun cantik menarik tertarik especially kalau pi travel.

Tak cukup dengan tu, pi AEON AU2 pulak.
Pun dah aim nak beli skirt dengan jubah.
Sebelum ni saya penah beli kat situ. Best dan selesa kainnya.
Aaaaaa tak sedar dalam masa sehari duit mengalir macam air!
Ada a few lagi barangan nak beli sebelum raya.
Tengoklah nanti nak merayap lagi.
Korang persiapan raya cemana lah?

P/S : Amboiii panjangnya entry ni. Nasib kome ler membaca yer. Tetiba plak datang mood nak membebel. Okbai.

10 thoughts on “Sehari Sebelum Puasa

  1. tak pasan pulak akak amek video. kalau tau.. kihkihkih

    jauh lagi perjalanan lepas tu rupanye.. sy sampai umah terus berbaringan hehehe

    makasih kakak kerana sudi bertandang ke shah alam yg permai(lahsangat) innieqwwww

    • blogger profesional mmg selalu buat kerja dlm sembunyi hikhik.

      sama sama kasih. ada rejeki akan ku bertandang lagi ke shah alam nan permai lagi panas dan terkenal dengan karpet nya ittew..

  2. aaa…mne gambo skirt ngan inner berdagu…sye g jln TAR berpusing crik inner berdagu..ssh nk jmpe…klu ade pon x ttp leher…x cukup pnjg…huhhek…bgtau ah kdai mne…kne tnggu off pose br nk jln g jln TAR…klu pose x sangguppp…heee

    • malas nak snap gambau skirt dgn inner berdagu tu huhu.
      tengok la kalau rajin saya snap yer.

      dia bukan kedai, dia gerai pasar malam tu.
      hujung sekali. menghala ke arah masjid jamek sana, tapi row pasar malam tu lah.
      ada banner besar letak gambar inner neck tu.

  3. owh terima kasih adik masy kerana belikan buah tangan untuk akak.. hehehe.. akak pun kat shah alam juge, buat susah-susah je bende tu travel ke KL sana, dah jauh-jauh ni entah bila pulak la akak ni nak jumpa dengan kakak ostajah tuh.. hik hik hik..

    Kakak Ostajah, terima kasih banyak-banyak tau.. bila la kami nak nyoping skirt tuh..

    • jauh2 kot shah alam korang rasanya.
      takpela, since FM lain semua pun dgn kami, so sekalian je lah bagi nanti

Comments are closed.