Penutup

Salah satu aktiviti kan, ada lah fasilitator tanya a few soalan dan kita kena jawab dengan tulis nama kawan sedepartment.
Soalannya macam kalau kata nak kena buat presentation pada orang atasan, korang nak bawak sapa?
Kalau kata nak suruh orang jaga anak korang waktu korang kena outstation, korang nak pilih sapa?
Kalau kata nak pilih orang jadi ketua untuk satu projek penting, siapa korang nak pilih.
Ada la dalam 15 soalan kot.

Salah satu soalannya kalau kata nak pegi travel, korang nak bawak sapa.
Kira orang yang korang boleh bergantung harap gitu lah.
Tup tup saya dapat paling banyak vote.
Vote kata ko. Heh.

Betul ke kome ni pilih saya nak travel sesama ni?
Dah habis pikio ke?
Saya ni boleh tahan menaga jugak kalau travel. Hiks.
Yang berani sajaaaa.
Gamaknya sebab saya ni rajin travel kot, so banyak pengalaman gitu. Katanyaaaa.
Apa apa pun mekasih la yer tawan tawan 😀

20140524_162504

Acara penutup.
Ada aktiviti berkumpulan mengikut Division.
Kira serious punya discussion/brainstorming ah.
Yer la teambuilding takkan sokmo nak gelak ketawa mengilai ngilai kan.
Penutupnya haruslah nak kena serious tak gitu.

IMG_2048

IMG_2051

IMG_2055

Awal awal start course, fasilitator bagi setiap kitorang sticker.
Nanti bebila ada masa terluang, dia suruh kitorang bagi la sticker tu kat kawan kawan kita.
Nak say thank you ke, nak puji ke, nak say i love u ke.
Terpulanglah.
Nanti habis program, kena kira dan tengok berapa banyak kita dapat, berapa banyak kita beri.

Guess what, saya dapat paling banyak. Eheee..
Eh sebenarnya fight dengan Kak Gee, tapi sebab Kak Gee lambat kira, jadi saya dulu dapat hadiah ah hehe.
Dalam kehidupan ni, saya percaya, berapa banyak kita beri, insya Allah banyak itu juga yang kita dapat.
Jangan berkira. Jangan kedekut. Jangan teragak agak.

Oh saya kedua terbanyak yang beri sticker.
Paling banyak ialah Kak Ju.

20140620_175159

20140620_175209

Sepanjang program kan, bila satu satu group tu participate, bagi ideas, nanti fasilitator akan bagi kad.
Setiap kad tu ada nilai sekian sekian.
Di penghujung program, group saya yang dapat paling banyak kad.
So kita menang yo.. kita menang yo..

IMG_2064
: : ahli kumpulan : :

DSCN1273
: : dapat hadiah 2 buku ini : :

20140620_175303 : : aktiviti terakhir sebelum kursus berakhir : :

Berakhir lah sudah RSA Teambuilding Programme: Effective Collaboration & Communication di Sri Kijang, Langkawi.
Semua orang pun gembira. Harap lepas ni masuk office saya akan lebih bermotivasi 🙂

4 thoughts on “Penutup

  1. good job kak
    dh agak yg travelling tu mesti org lain pilih akak..traveller tegar katanya

    • in house training aktiviti kebanyakan indoor je la kan?
      kalau teambuilding ni ada la outdoor punya aktiviti, cuma nya unit saya ni kecik, so aktiviti outdoor pun macam lite2 sajork

Comments are closed.