Hari ke 2 di Langkawi

Selamat pagi Langkawi!
Kita mulakan dengan breakfast nasi lemak dan roti bakar terlebih bakar.

20140523_081938

Dan kelas pun dimulai.
Kitorang dibahagikan pada 6 grup.
Dan ahli grup saya terdiri dari Tuty, Kak Ju, Kak Mar, Abang Kamarul dan Abang Halil.

Aktiviti pertama adalah menulis nama di buku yang diberikan.
Dan suruh kawan sebelah lukiskan muka kita.
Saya lukis muka Abang Halil. Cer korang tengok, sama ke idok?

20140523_094828

Kak Ju lukis muka saya.
Apa ke macam mumia je saya tengok? *larikkk
Yang beno nya sebab saya pakai tudung corak.
Gigih Kak Ju nak lukis gak corak kat tudung tu. Hehe.
Takpe, yang penting ada tahi lalat. Tau lah korang tu saya kann.

20140523_094929

My passion & my dream date tu kena isi sendiri.
Passion saya memang blogging dengan travelling lah kot.
Walaupun blogging sekarang pun macam dah malassss je.
Travelling tu kalau ada duit di poket sokayy la.
Takde kalu, duduk diam diam sana.

My dream date tetiba plak terzasss lalu dalam fikiran nak jumpa Prof. Dr Muhaya.
Mana tau kot kot boleh dapat jubah Modest Culture secara percuma kihkih.

My speciality tu pulak Kak As yang kena tulis.
Yer la sebagai boss, dia lah lebih tau kelebihan keistimewaan saya tul tak?
Hah dia pun tau saya suka blogging.
Dan socializing with others katanya.
Nampak nau suka bersembang gebang kepoci saya ni hehe.

Heyyy tapi kepoci kepoci pun kerja jalan ok.
Biar kepoci selari dengan tanggungjawab. Gitu.

20140523_094912

Setiap dari kitorang kena tulis soalan.
Soalan yang nak ditanya pada kawan-kawan lah.
Tapi dicabut secara random, siapa yang dapat soalan tu kena jawablah.

Saya dapat soalan ‘Apakah kenangan indah anda di B**?’
Automatik terus jawab Berjumpa suami tercinta’
Gatai sungguh. Tu yang muka pun terpancorrr kegatalannya. Hiks.

.facebook_-78946091

.facebook_-1551333874

: : aktiviti sep sep. tak dapat sep terus tergelak : :

20140523_124351

: : lunch time. kemain besar pegaga tu. kena injection ke hapa : :

20140523_131620

: : ketika kaum adam pegi bersolat Jumaat, kaum hawa bergembira shopping coklat : :

Dekat je pun nak menapak jalan dari Sri Kijang ke The Zone ni.
1 jam waktu shopping coklat lebih dari cukup kot.
Panas nyit nyit Langkawi oiii.
Ni ajak Kak As, Kak Noni & Kak Wan bermonopod, memasing mata dah kecik tahan panas.
Dah la saya ni tak reti nak ejas monopod ni ha.
Selalu harapkan Encik Z je kan.

Saya tak letak handphone kat monopod tu.
Saya letak kamera kompak sebab beberapa kali handphone saya jatuh masa guna monopod ni. So fedap sudah.
Letak kamera kompak takde la nak terjatuh ke hapa.
Cuma nak kena pandai pandai ejas la kan.

DSCN1259

DSCN1261

DSCN1262

: : fridge magnet. Satu RM6 : :

DSCN1264

: : Coklat RM96.40 : :

Tapi kan, saya macam dah kureng dengan Bounty & Reese’s peanut butter ni.
Macam makan sikit pastu dah rasa bosan.
Makan coklat pun boleh bosan? Tah hapa hapa.
Saya suka kinder bueno tu.
Memula macam tak fikir nak beli, tapi Kak Mar kata murah.
Ambik gak la sekotak.
Balik bilik makan ahaaa dapppp.
Pepero white chocolate tu pun sedapp.

DSCN1272

: : dinner. sehari berkali kali makan nasi. belasah : :

Monopod ni memang kena selalu practice guna.
Baru boleh agak tinggi rendah, masuk frame ke idok.

DSCN1266

DSCN1267

20140523_200347

: : malam pun ada kelas jugak santak ke jam 10 : :

10325340_801205456565512_1688868998881534952_n
: : ada aktiviti yang melibatkan peniupan belon : :

Lepas habis kelas keluar jap dengan Kak Wan, Kak Gee, Syafiq & Liyana.
Kak Gee nak cari baju untuk dinner keesokan hari.
Saya dengan Kak Wan follow jap je, pastu ngantuk.
Terus ajak Kak Wan balik bilik.

20140523_231644

: : tapi singgah makan dulu kat kedai makan sebelah Sri Kijang. Nasi goreng paprik daging : :

Rasanya ok ok je. Boleh la telan.
Tq Kak Wan sebab belanja. Murah rezeki saya ni ha orang dok belanja je.
😀

4 thoughts on “Hari ke 2 di Langkawi

  1. dan juga bounty kegemaran k.maya
    bounty ada buat aiskrim tau kak nnti leh cuba

Comments are closed.