Kuliah Dhuha

Selain menonton Always a Traveller – Reclaim Your Heart, weekend lepas jugak saya pegi Kuliah Dhuha kat Masjid Al Ridhuan Hulu Klang.
Eh sebelum tu nak share sikit tragedi masa Tazkirah Ramadhan hari Jumaat lepas kat surau office saya ni ha.

Penceramah ialah Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah.
Masa saya masuk dalam surau tu ustazah tengah mintak semua datang duduk kat depan.
Sebabnya ramai yang duduk belakang, kekdah nak bersandar kat dinding.

Saya masa tu tak fikir apa, terus je la pegi kat depan, duduk depan ustazah tu.
Bila saya toleh belakang eh eh.. takde sorang pun ke depan.
Sudahnya saya sorang sorang je la kat depan.
Tengah tengah pulak tu. Adoi laaa segannyaaaa.
Tapi takkan nak bangun cabut lari pulak kan, pasrah la kat situ.

Tapi tapi tapi.
Rasa segan saya tu terus berlalu pergi bila uszatah kata ilmu yang barakah ialah bila kita dekat dengan tok guru. Dapat 100 markah berbanding yang duduk jauh jauh.
Wahh apa lagi terus berbunga bunga la hati sanubari ku ini. Hiks.

Bila dah duduk depan tu asyik jadi modal je la kena usik hehe.
Ustazah kata kalau Cik Adik kita ni takde kekuatan dia takkan duduk sorang sorang kat depan ni.
Sebab mesti orang pandang. Mesti orang berkata kata.
Dah kenapa dia tu duduk depan sorang sorang?
Sebab lumrah manusia yang berbeza itu pelik.
Tapi jangan pernah kita berubah pendirian bila orang lain tak sama dengan kita.
Kita kena berani berada di jalan yang benar walaupun kita berseorangan.

Gitulah kisahnya.
Ok kisah Kuliah Dhuha pulak.
Saya memang dah tau Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah jugak penceramahnya, tapi hati tu macam ditarik tarik jugak nak pegi walaupun mesti isi ceramahnya lebih kurang je pun, sebab tajuknya Ramadhan Yang Ku Nanti.
Tapi apa salahnya dengar berulang ulang kali kan?
Ilmu ni kena belajar banyak kali baru lah boleh meresap dengan berkesan.

20140706_095724

PhotoGrid_1404714719593

Meriah sangat aktiviti bulan Ramadhan kat sini.
Ada Bicara Fajar Istimewa, Forum Bicara Ilmu, Kuliah Dhuha Muslimat, Tazkirah Zohor Harian & Tazkirah Malam.
Rugi rasanya kalau tak manfaatkan.

Hari Ahad penceramahnya Ustazah Asmak Hussein.
Agak serius berbanding Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah.
Tapi ok je. Nak belajar kena la serius betul tak?

Screenshot_2014-07-07-13-45-29-1

20140709_152106
: : dapat buku ni. suka! : :

Sedikit perkongsian ilmu dari kedua dua ustazah ini yang saya nak sharekan dengan korang semua.
Ustazah kata utamakan solat dari puasa. Ramai yang nak latih anak-anak untuk puasa, tapi tak ramai yang latih anak untuk solat.
Ada yang sanggup kejut anak bangun sahur, tapi tak kejut anak untuk solat subuh.
Ada yang kata lepas sahur boleh sambung tidur tanpa solat.
Bila anak tau kepentingan solat, secara automatik dia akan tau kepentingan puasa.

Jangan puasa sebab adat. Kita akan hanya dapat lapar dan dahaga.
Berpuasa sebab orang lain puasa. Tapi takde pengisian.
Bukan setakat kena puasa perut, tapi kena puasa semua.
Mata, telinga, kaki, tangan, lidah, nafsu.

Jadikan puasa itu satu ibadah, bukan tanggungjawab.

Selain itu tambahkan amalan di bulan puasa dengan menzakatkan pujian, senyuman, penghargaan, ilmu dan nasihat kepada orang orang sekeliling kita.

Kita kena muhasabah diri kita, bagaimana iman kita setakat ini. Sebab iman turun naik dan boleh tertanggal bila bila masa.
Macam mana nak cek iman kita?
Dengan menyemak solat kita. Sebab bukankah solat boleh mencegah perbuatan mungkar.
Kalau dah solat cukup 5 waktu tapi masih ada rasa dengki, sakit hati, mengumpat dan sebagainya, something wrong lah dengan solat kita tu.
Sentap terus dengar huhuhuhuwaaa…

Lagi satu ustazah cerita tentang zuhud.
Kita ni asal bulan Ramadhan je dah sibuk nak fikir pasal nak bukak puasa makan apa lah, nak masak lauk apa lah, nak beli baju raya warna apa lah, nak matching warna baju dengan tudung lah.
Bukannya fikir nak khatam Al Quran berapa kali, nak konsisten solat tarawikh, nak baca hadis, nak perbaiki diri.
Sentap lagi. Adoi la ustazah. Huhuuu..

Ustazah cerita tentang zuhudnya Saidina Umar. Saidina Umar hanya ada dua helai baju sahaja, dan kenderaan beliau ialah keldai.
Saidina Umar selalu tidur di bawah pohon kurma.Rumahnya kecil sahaja.
Betapa zuhudnya pemimpin ini…sedangkan dia memerintah suku dunia!
Saya ni ada berapa helai baju?
20 helai? Lebih kot! Tu pun asyik rasa tak cukup cukup. Masya Allah….

Of coz banyak lagi perkongsian ustazah.
Tapi tak dapat lah saya nak taip semua kat sini.
Jom kita sama sama pegi masjid atau surau dengar tazkirah nak?

Kalimah mutiara daripada Ibn Mas’ud ra “Al Jamaah itu ialah apa yang menepati kebenaran walaupun engkau berseorangan”

“Islam itu bermula asing lagi aneh (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah merek ayang dianggap aneh (asing) – Hadis Riwayat Muslim

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi.

Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.
Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.

Baginda bersabda:

Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang?
Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu.
Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan?
Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu.
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu?
Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.
Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu?
Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan.
Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa?
Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai Tuhan.
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum.
Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu.
Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu.
Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka.
Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu.
Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.
Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakanĀ “.

2 thoughts on “Kuliah Dhuha

Comments are closed.