KLIA2 & LCCT

Ni cerita 2 minggu sebelum puasa hari tu.
21 Jun to be exact.
Saya ajak Encik Z jalan jalan ke KLIA 2.
Saja usha usha line nak tengok cemana keadaan romannya KLIA 2 ni.
Encik Z macam biasa melayan saja.

Sebelum pi KLIA 2 singgah LEP dulu sebab nak bagi barang kat KakLong.
Call Abang Long, depa ada kat Giant.
So terusan aje lah saya ke Giant.
Layan Caca & Cici main lukisan pasir ni ha.

20140621_153004

20140621_153350

20140621_153535

20140621_155440
: : Nur Aisya. sekarang dah ada nama timangan baru pulak. Opah panggil Ocah. Dah takde sapa pulak panggil Aisy. Jadi perlu ke Mommy panggil awak Ocah jugak? Pening arr : :

Terus ke KLIA 2.
Ada waze kan, so memang tak sesat barat lah

20140621_163959
: : Selamat datang ke KLIA 2 : :

2014-06-21 16.43.03
: : masuk parking kat Block A : :

20140621_165151
: : menara kawalan  : :

20140621_165316
: : departures and arrivals proceed to CP4 : :

20140621_170207

Lepas ni memang kena sampai kat airport 3 jam awal la gamaknya.
Tak boleh sampai ngam ngam sangat dah sebab KLIA 2 ni besar dari LCCT.
Takes time nak jalan dari hujung sini ke hujung sinun.

20140621_165936

20140621_170247

20140621_170137
: : napa muka masam bang. sinyummm sikit : :

Paling saya suka kat area ni.
Boleh lambai lambai orang yang nak fly.
Pastu boleh tengok plane berlepas.
Suka suka suka.

20140621_172422

20140621_172516

20140621_172609

20140621_174409
: : pastu melepak pekena lemonade & cinnamon sugar kat auntie anne’s : :

Suka lah KLIA 2 ni. Memang jauh beza dengan LCCT kan.
Tak sabar nak travel bulan 12 nanti, insya Allah.

Dari KLIA 2 ajak Encik Z pandu lalu kat LCCT pulak.
Saja nak tengok apa jadi eh dengan LCCT.
Tapi takde la jadi apa pun, cuma terdampar sepi je la kan.

20140621_183108

20140621_183158

20140621_183213

20140621_183318

20140621_183602
: : Tune Hotel ni apa cerita ek? Kalau dibiar terdampar sepi mau berhantu huhuhu : :

Stop kejap menikmati Senja Nan Merah di LCCT.
Cantik sangat!

20140621_183849

20140621_183857

20140621_184634
…… Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala…….

C360_2014-06-21-18-48-53-820
: : ehemm.. ada macam Abby Abadi tak? giggle: :

10 thoughts on “KLIA2 & LCCT

  1. memang jauh nak berjalan…n timing kene betol….

    aritu turun dari flite – singgah toilet – lalu imigresen (xde org) – ambik luggage = 1jam
    🙂

    • insya Allah kalau panjang umur dan dipermudahkan 🙂

      agaknya kerajaan ada la tu kot projek nanti apa nak buat dgn lcct

Comments are closed.