Ketuk Ketuk Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa yer.
Awal awal puasa hari tu memang saya tak masuk dapur pun.
Beli food kat cafe office saya ni je ha.
Beli pun sekadar buat syarat nak berbuka, takde teringin nak makan particular food pun.
Encik Z pun dia pandai pandai sendiri je beli apa yang dia nak.
Biasanya sampai rumah tu dia keluar balik, pi pasar Ramadhan.
Sebab bulan puasa ni saya masuk kerja 7.30 pagi, so pukul 4.30 petang dah balik dah.
Memang banyak masa lah kan.

2 tahun lepas rajin jugak saya masak, try macam macam resepi yang saya tak penah masak.
Bergedil, kerabu, buah melaka, murtabak maggie yada yada..
Tahun lepas pulak lepas office pegi jogging kat Taman Tasik Titiwangsa.
Pegi work out jugak kat gym office.
Tahun ni? Tak dah lah. Tak larat. Dah tua.
Dan. Saya nak fokus lebih pada amal ibadat.
Insya Allah, semoga dipermudahkan Allah SWT.

Hari Jumaat lepas balik office singgah NSK.
Weekend kan, kena masak jugak lah.
Tak tau kenapa saya macam tak berapa toksey nak pegi pasar Ramadhan.
Hmmmm..
Beli begitu begini, dalam RM60, dapat macam macam hah.

20140703_192423
: : ni hidangan sahur. ada satu hari tu saya terajin buat nasi goreng pepagi buta. ikan bilis goreng. ayam tu beli kat cafe office. ala ala ayam masak kicap. buah limau tu Emli bagi : :

Beli sayur kangkung seikat punyalah banyak.
Goreng je lah bagi habis. Dapat 2 kali makan.
Tempe goreng kunyit. Goreng panas panas. Kruk krak makan hah.
Sup ketam tu asalnya borak dalam whatsapp dengan adik beradik saya ha.
Adil kena denggi. Actually 2,3 minggu sudah gak la.
Pastu last week dia macam tak sihat balik.
Kaklong kata nak masakkan sup ketam, terus saya cam tinggggg sedap jugak ni kalau buat sup ketam, so buatlah.

20140704_193133

Singgang kembung tu macam tetiba teringin lah pulak.
Sebab macam lama gila kot tak buat. Tercair sikit kuahnya tapi still sedap hehe.
Taugeh tumis air. Dengan cucur udang.
Cucur udang tu sebab dok borak dengan Kaktin & Payiet.
Kaktin la kata dia ada buat, dan sedap.
Dia pun bagi la link blog yang share resepi tu.
Saya pun try test la buat, aah la sedapppp. Matikla puji masakan sendiri lol.
Air sirap tu saya beli yang botol tu.
Senang ha tuang je, terus campur air masak, campak air batu.
Tak payah nak campur gula bagai. Penjimatan sangat plis.

20140705_193123

Dan yang terakhir.
Sambal udang. Sayur kobis goreng. Ikan masin.
Air sirap. Buah limau.

20140706_191945

Bagi saya oklah sebab ada variety.
Bertukar tukar lauk jugak. Saya ni ok je makan apa pun.
Tapi kesian Encik Z sama lah kan.
Cukup je kitorang laki bini berbuka lauk ceni.
Takde pembaziran ke hapa. Alhamdulillah.

Ni kisah buat cucur durian pulak.
Ada ayah officemate saya datang buat jualan durian.
Katanya durian kat dusun ia macam banyak.
So dari membusuk nak jual lah murah murah.
Saya beli 4 biji RM9.
Cantik cantik ulasnya.

Balik rumah saya makan 2 ulas je, pastu dah tak termakan sebab tau la bulan puasa ni kan.
Bukan lalu sangat nak makan.
Khuatir durian tu jadi tempoyak, so saya pun cuba bereksperimen buat cucur durian.
First time buat nih.

20140708_184333
: : isi durian, gula, tepung gandum disatupadukan : :

20140708_190557
: : boleh tahan jugak la rasanya. tapi saya makan seketul je. mungkin bukan tekak saya kot? tapi habis Encik Z bedal yang lain. sedap la kot? hoho : :

Minggu ni insyaAllah saya nak balik Taiping.
Minggu depan pulak plan nak berbuka kat luar.
Minggu lagi satu dah nak balik Taiping lagi.
Nampak gaya dah macam takde slot je lagi nak memasak weekend.

2 thoughts on “Ketuk Ketuk Ramadhan

  1. along ni duk bujang masak simple2 je..bila dah masak malas plak nak amik gambar bagai kan…sebab tu jarang up kat blog..x tau kenapa tahun ni jadi pemalas plak…

Comments are closed.