Kali ke 2

Pertama kali pegi pasar Ramadhan kat area rumah saya ni ha.
Memang besar pasar Ramadhan nya.
Puas la pusing.
Tapi bila tengok makanan berlauk semua pun macam tak bernafsu. Taktau lah kenapa.

Sampailah tetiba nampak cendol ini.
Tik tik tik menitik air liur ku.
Yang sebenarnya kan.. masa ni saya tak puasa pun hehe.
Masuk dalam kereta terus hirup.
Yer la walaupun tak puasa kan, bukannya saya makan apa pun kat office.
Macam malas pun yer. Takat minum air masak pagi pagi je.

20140716_171955

Pusing seround lagi nampak ada kakak ni jual nasi putih + ayam goreng kunyit.
Macam sedappp jer.
Sebab saya penah makan yang kat EPF memang dap dap.
So kasik try test tengok lah.

20140716_173614
: : sampai rumah panaskan dalam microwave, yummm memang sedap : :

20140721_193004
: : tapi tapi tapi. dia punya sambal belacan. mak aiiiii panas berapi berdesup keluar asap api dari hidung. pedas gilaaaa i tell u. makan sambil nangiss sob sob : :

Hari Selasa hari tu repeat lagi beli nasi ayam goreng kunyit ni.
Kali ni dah bijak sikit, sambal tu saya main cicah cicah je.
Walau cicah tatap la pedasss adoiyai nya pon.
Saya siap interview makcik tu, Kak pakai cili apa ni?
Cili padi yang kecik merah tu katanya.
Dia jawab dalam keadaan malu malu kucing.
Gamak tanjat kot tetiba ada orang sergah tanya khenn.

Baru perasan semalam tajuk entry Nasi Ayam 2 Kali.
Entry ni tajuk Kali ke 2 pulak. Hiks.
Nak letak tajuk entry memang selalu masalah kan?
Maksud Kali ke 2 ni sebab kali ke 2 berbuka kat luar.

Hari Sabtu lepas berbuka kat Secret Recipe Wangsa Walk.
Encik Z la yang punya idea. I follow.

20140719_202341
: : iced caramel latte RM8.80 : :

20140719_202546
: : lemongrass tea RM6.50 : :

20140719_202801
: : japanese soba. aaa dapppp….  RM15.50 : :

20140719_202852
: : prawn macaroni cheese. pun sedappp. RM 17.50 : :

20140719_203026
: : seafood mix platter. tak best huhu. RM19.50 : :

Pastu Encik Z ajak pegi Uptown Cheras.
Dia nak urut tangan.
Tangannya sudah terpeleot terseliuh masa nak bangun dari kerusi.
So pegi.

20140719_222124

Sebelum urut brader tu kata kena buat bekam dulu.
Sebab nak clearkan darah beku dan bagi aliran darah lancar.
Comel je bekas bekam tu kecik.
Masa darah keluar kan, ketul ketul macam lintah.
So scary.
Lepas bekam baru urut.

Pusing ronda dalam Uptown tu kejap tapi tak beli apa.
Syabbas Normaya.
Eh tapi nanti saya up entry shopping shopping raya ek.
Takde la shopping mana pun.
Aterr sebelum puasa pun beli baju tak kira masa.
So raya ni lite lite sudah..

2 thoughts on “Kali ke 2

Comments are closed.