Kaktin vs KTAR

13hb jun hari tu birthday kaktin.
yang ke tutttt. ewah tak payah nak tuttt sangat la kan kaktin? hiks.
kaktin tua setahun je dari saya haa.

majlis makan makan birthday dipostpone ke minggu depannya iaitu 18hb.
memasing pun macam malas nak pikir sangat nak makan kat mana.
so decide nak ke midvalley.
memula plan nak ke belanga, tetiba birthday girl request nak makan sushi pula.

so ke sushi king lah kita.
tetengok rupanya hari tu member’s card day.
takde ala carte. semua pun sushi semata.
pikir punya pikir tak jadi lah.
lalu ke belanga lah kita.

belanga
: : bandrex RM7.90, coconut shake RM12.90 & green apple kasturi RM9.90 : :

belanga2
: : 1/4 chicken percik RM18.90 & laksam RM15.90. saya makan laksa lemak RM16.90. tapi bila cek gambar kat handphone takde la pulokk. tak taula saya lupa snap atau gambar terdelete ke hapa, lantak sana huhu : :

lepas makan tu saya dah cakap kat depa, kita tak snap gambar lagi.
kaktin kata haa takpe nanti kita snap lain kat luar.
sampai sudah, dah balik takde pun snap.
sedih tahu tak.

lalu saya paksarela depa hantar gambar thru whatsapp.
kali ni gambar payiet pulak tah cemana saya terdelete.
malas nak mintak lagi, sat gi kena maki kang.
gambar kaktin pulak gambar full, saya crop terus cam pecah. erghhh stressss..

IMG-20140619-WA0002-1[1]
: : anyway, happy 36th birthday kak zamihartini. semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. sentiasa di dalam limpahan redha Allah SWT : :

tetiba rasa nak petik ayat dari blog ceera pasal friendship.

Senang je kalau nak tengok seseorang tu busuk ke wangi.
Kalau dia tak stick dengan sorang kawan tu, maknanya ada something wrong somewhere lah… INI TIPS, tetiba sangat!

maksud ceera tu cemana nak tau seseorang tu kawan yang baik atau tak.
haaa kalau asyik bertukar kawan tu something wrong somewhere lah tu!

memang saya setuju sangat tu.
biar tak ramai kawan, biar asyik kawan dengan orang yang sama je.
dari feel feel ramai kawan, tapi sat dengan orang ni, sat dengan orang tu. tapi tak boleh nak ngam huhu.
ini pendapat saya yer.
mungkin pendapat korang lain.
nama pun pendapat, mana la boleh nak sama iyer?
kalau sama idok ler pendapat namanya.

korang ingat saya ni takde ke terkecik hati dengan payiet & kaktin?
ada jeeee. takde la sempurna sangat friendship kitorang ni takde episod sentap menyentap.
saya pun sure je depa pun ada sentap dengan saya.
tapi bagi saya take it easy lah kot. nobody perfect maaaa…

kalau kata saya tersentap dengan kaktin, saya luah kat payiet.
payiet pun akan tenteramkan saya, takde nak jadi batu api nasi tambah ke hapa.
dan dan dan. perlu ke payiet nak sampaikan balik apa yang saya cakap tu pada kaktin?
tak perlu kot. tak tau la kot kat belakang saya payiet ada menyampai nyampai hiks.

selalu dalam friendship ni yang jadi berantakan sebab sampai menyampai.
walhal boleh je tanya sendiri kat tuan punya badan.
kata kawan kan?
bila dah sampai menyampai, kebarangkalian nak tokok tambah mesti ada. itu yang not good.

takyah la kot. tak payah cuba nak selesaikan masalah orang.
unles orang mintak pendapat kita.
kita pun, kalau dah mintak pendapat orang, jangan la nak marah marah pulak kalau pendapat orang tu tak sama dengan kita.
dah kita yang mintak pendapat orang bukan kah?

C360_2014-06-19-14-27-45-375
: : saya yang mau menciwi dengan baju baru dan tudung baru. suka suka suka : :

kaktin sudah paksarela saya nonton drama kerana terpaksa aku relakan pukul 7 malam kat tv3 tu.
memula saya macam toksey.
lama dah kot saya meninggalkan era menonton drama pukul 7 malam kat tv3 ni.
tapi bila kaktin & payiet kata ada shoot kat taman tasik taiping, terus saya cam iya iya lahh.

so gigih tengok episod awal awal tu kat tonton.
awal awal lagi saya dah emosi ok.
indah halina tu. napa la tak pinjam je handphone dato sufiah tu masa kat R & R tu?
terus call tunang nya. call bapaknya.
bagitau sekian sekian.
ni dok la hegeh hegeh menggelupur cakap tak henti dah kenapa?
ok ni untuk yang nonton je la eh. sapa yang tak nonton tak paham la kot apa yang saya emosi kan.

lagi satu saya emosi waktu si zin marah marah indah masa indah terserempak dengan saiful.
eieieieiieei menyirap je haku tau nggak.
kau hensem ke, kaya cemana ke.
tapi perangai panas baran nak marah marah tak tentu hala, eieiie pegi kau meninggal sana. dah la awal awal tu kemain kerek nya.
ergh!

watak paling win zawati dengan mak nya la.
tak boleh bla la orang yang boleh buat jahat dalam kelembutan.
lagi sakit hati kot kita dibuatnya orang ceni, compare dengan orang yang maki carut.

dalam banyak banyak watak saya suka watak tajul zahin aka zaf.
adik bongsu dalam keluarga dato sofiah.
terus feel feel ada watak tambahan, jadi girlfriend zaf. especially yang depa pegi bercuti tu. he he he.

eh dah la malas lah nak emosi dan berangan di bulan puasa ini. emosi sebab drama pulak tu. tah hapa hapa sungguh.
tapi saya masih nonton la drama ni, dah start tengok kat tv.
dah encik z pun terheret sama nonton.
dah dia kena hadap saya punya emosi he he he.

indah halina, awak buat malu orang tepeng je tau.
pfttt…

P/S : seronok nonton sebab ada tengok tempat tempat kat taiping yang ada 1001 kenangan buat saya. oh taiping, kamu sentiasa di hati ^__^

6 thoughts on “Kaktin vs KTAR

  1. mmg tak ramai kawan tapi berkualiti..
    dari ramai, tapi menyesakkan.. oppssss…

    alahaiii stress betul tgk drama KTAR tuh..
    lagi2 this nya episode.. sedihh.. emo lak kan.. tapi dah lyn dah baca novel.. tak sabau nak tau ending.. hahaha

    • tu la.. sekarang ni i mmg prefer sensorang je. sonang.

      i tak baca novel so mmg taktau endingnya.
      surprise jugak la ni hehe.

Comments are closed.