Iftar @ Taiping

Encik Z cukup menyampah kalau saya sebut iftar instead of bukak puasa. Tah apa dijakinya sangat tah.
Tapi benarnya memang takde nya pun saya sebut iftar.
Saja ngusik Encik Z sebab tau dia tak gemor. Hiks.

Last 2 weeks saya balik Taiping.
Tumpang kereta Abang Long. Ye la bertumpang ni boleh la jimat sikit duit minyak tol kan.
Cumanya kena bertabah sikit la dengan si Cici.
Dia tu kalau dok belakang memang nak baring je kejenya.
Kadang tu ‘Mommy tepi arrrr sikit’
Mana Mommy nak tepi lagi nak. Sob sob sob.

Dari office pegi LEP.
Singgah kat Pasar Ramadhan area situ.
Tak besar sangat pun tapi sokayy la ada banyak jugak pilihan food.
Saya beli nasi kerabu, ayam percik, buah melaka dengan air tebu.
Sampai rumah Kaklong hah tengok meriah memacam makanan.

Abang Long beli nasi putih dengan lauk pauk mamak hah.
Adil beli satey pulak. Makan ler sampai lebam.

20140711_192317

Pong pang gitu gini gerak dari LEP pukul 10 malam gak la.
Campur tolak berhenti bagai, sampai Taiping pukul 3.30 pagi.
Bebudak semua berjaga ha, dok main je lah.
Layan World Cup seround pastu terus je sahur.

Solat subuh berjemaah dengan anak anak.
Saya ler imam nya sebab Encik Z dah pengsan tidur.
Takpela, kesian ia drive gegilir dengan Abang Long.
Ngantuk ler tu kan. Saya membuta je.

C360_2014-07-12-06-26-33-077
: : suka depa saya ajak selfie hehe : :

Lepas solat kita mengaji seround.
Lepas mengaji saya bercerita kisah kisah Nabi kat depa.
Hasil dari ceramah dan tazkirah yang saya attend lah.
Selain bercerita dengan Encik Z, dengan sapa lagi nak cerita. Dengan anak anak la kan.
Saya perati Caca tu dia macam berminat hal hal agama ni.
Selalu gak dia tanya tanya soalan yang macam saya rasa hmmm bagus budak ni..

20140712_063915

20140712_064329

20140712_064631

Saya cerita kat depa kisah pahlawan Sham’Un Al Ghazi.
Bagus cerita ni sebab berkaitan dengan Ramadhan & Lailatul Qadar.
Macam mana asalnya malam Lailatul Qadar boleh bersamaan dengan 1000 bulan.
Menarik sangat kisah ni tau.
Nak taip macam panjang pulak, tapi korang boleh baca kat SINI.

Malam tu berbuka kat satu restoran seafood.
Tak ingat dah saya apa nama restoran tu.
Area mana pun saya tak ingat huhu.

20140712_200538

Lepas berbuka ingat nak ronda ronda kat town.
Saja la nak pusing kot ada bazaar Ramadhan ke kan.
Tapi yang ada perarakan kereta berhias orang cina.
Tak tau la ada perayaan apa, tapi ada 5,6 kereta berhias gak la dok berarak.
Sudahnya balik rumah je la main bunga api.

20140712_213712

20140712_214200

page
: : beria Encik Z main ni ha. macam ala ala mercun tapi tak mercun sangat. ala bakar ia pastu ia naik ke langit meletup pom pom pom. susah nau nak snap gambar nya : :

Esoknya bangun sahur biasa lah kan.
Ocah berjaga tak mo tidur dah lepas sahur tu.
Ceh macam ke awak bersahur kan Ocah?
Ibu nya dah lena.
Makanya Mommy la jaga awak yer Ocah.
Layan World Cup sekalian saya, Encik Z, Yaya & Ocah.

20140712_221154

20140713_061029

20140713_061150-1

Waktu nak solat subuh terpaksa bangat la kitorang hantau Ocah ke bilik babahnya, dah aterr dia dok tergolek sana tergolek sini.
Sat g waktu solat meraung dah satu kerja pulak kan.
Kali ni Encik Z imam. Pastu mengaji lagi seround.
Saya pastu terus mandi je, toksey dah nak tidur balik.

Jul 21, 2014 | Yaya mengaji Al Quran by normaya11 on Keek.com

20140713_191841
: : hidangan berbuka malam itu : :

raya
: : yaya bagi kad raya. kemain speaking : :

Malam tu bertolak balik KL awal sikit sebab esoknya nak kerja kan.
Caca pun nak sekolah. Saya dengan Encik Z nak pegi ambik kereta lagi kat LEP.
Kali ni Ocah pulak duduk kat belakang sebab Cici dok merap amukan ‘nak Opahhh nak Opahhh’
Pffftt.
Ok sikit la Ocah duduk belakang, sebab dia tak pandai nak cakap ‘Mommy tepi sikit’. Hiks.

Tapi sejam pertama tu dok la melonjak lonjak.
Asal letak dok jerit. So kena layan dia la, peluk pegang.
Mata mengantuk tu benornya tapi lawan mata.
Sampai la stop kat mana ntah, Encik Z turun.
Saya letak Ocah meniarap, haaa baru la nak tidur.
Lepas tu angkat letak atas bantal besar, saya riba.
Hah lena tak jaga jaga sampai KL.

Lepas ambik kereta, saya dengan Encik Z singgah Ali Maju tapau roti boom.
Pongpang gitu gini eh pukul 2 pagi jugaklah sampai rumah.
Sekian kisah iftar di Taiping 😉

8 thoughts on “Iftar @ Taiping

  1. kan…lately ni lah org duk sebut iftar
    dulu2 bukak posa je kan hehe
    mama akak x buat nasi ulam ke kali ni?

    • rasa diri poyo sangat bila sebut iftar. hehe.
      tak buat. 🙁
      katanya dah susah nak cari daun ulam ulaman sekarang huhu..

  2. Allahuakbar kak. Tersentuhnya saya baca pasal akak baca tazkirah utk anak-anak. How i wish my small family ni akan dapat terapkan amalan solat bjemaah dan tazkirah lepas solat juga. May Allah bless akak n husband…and ur family… muchlove

    • Tq sayang.
      Akak ni pun baru mula2 nak praktikkan.
      Insya Allah pepelan kayuh. Akak yang ke laut ni pun boleh, awak apa lagi.. Confirm boleh punya lah 🙂

  3. Seronok tgok anak2 tengah mengaji tu…along je x pernah berpeluang tgok dania..selalu kalau balik pun depa dah sudah mengaji…

    • saya pun bukan selalu dapat tengok along.
      bila ada masa ceni, manfaatkan lah sepenuhnya 🙂

Comments are closed.