Iftar @ Office

Khamis & Jumaat lepas saya berbuka kat office.
Hari Khamis dengan Puspanita B** kat Sasana Kijang.
Hari Jumaat dengan BAKTI B** kat Lanai Kijang.

Majlis iftar Puspanita dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil, diikuti dengan tazkirah oleh Ustazah Dr. Aisyah Jami’an, berkisar tentang tajuk Keindahan Ramadhan.
Taqwa adalah objektif Ramadhan.
Tercapaikah objektif kita Ramadhan kali ini?

20140717_185253
: : ustazah Aisyah bertudung coklat : :

20140721_145325
: : terima kasih Datin sebab bagi surah Yasin ni : :

Macam biasalah berbuka puasa, solat Isyak, tarawikh, witir dan moreh.
First time saya makan bubur lambuk udang.
Sedap sesungguh!

20140717_193756

cats
: : nasi putih, ikan bakar, soto, fruits, pengat pisang sagu & teh tarik. kenyang Alhamdulillah : :

C360_2014-07-17-20-57-40-220
: : lama tak jumpa ida. borak panjanglah kami : :

Majlis iftar BAKTI pulak ustaz jemputan ialah Ustaz Muhammad Nasib Zawawi.
Seronok sangat dengar tazkirah ia.
Lebih kepada motivasi instead of ceramah agama.

Sedikit saya kongsikan.

Kerangka Islam : –
1. Iman adalah input
2. Islam adalah proses
3. Ihsan adalah output

Lepas solat perbanyakkan istighfar. Kita mohon keampunan dari Allah SWT atas kekurangan dalam solat kita.

Ilmu itu umpama binatang liar. Kalau tak diikat ia akan terlepas.

Ahli syurga adalah orang yang baik akhlaknya. Tak semestinya kita solat 5 waktu, puasa sunat ataupun berpuluh kali mengerjakan haji akan dapat masuk ke syurga.

Akhlak pada Allah SWT ialah melakukan apa yang diperintahNya dan tinggalkan semua laranganNya. Akhlak pada manusia? Jangan menzalimi manusia lain. Campakkan kebaikan dan jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Allah mencintai manusia yang sentiasa berbuat baik.

Fahamkan bacaan dalam solat.
Jangan sangka bila kita dah rasa selesa dalam solat, kita rasa solat kita tu dah sempurna dan khusyuk. Sebab dikhuatiri itu cuma keselesaan yang dibisikkan oleh syaitan.

20140718_182549

20140718_200443
: : saya bukan penggemar mee kari. tapi yang ni sedap sangat. cannot tahan. up dengan air jagung : :

20140718_201805
: : nasi jangan dilupa : :

20140718_203415
: : ABC jua : :

20140718_203358
: : ingatkan tapai pulut. rupanya tapai ubi. saya tak makan ah pulak tapai ubi huhu : :

C360_2014-07-18-20-50-21-313
: : kakdiella, iman & ida : :

Hadith riwayat Bukhari yang bermaksud :

“Diiumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.โ€

โ€œTeman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.โ€

4 thoughts on “Iftar @ Office

Comments are closed.