Crumple Shawl Ala Mizz Nina

20140723_200750 : : dah kenapa bergambar tegak macam nyanyi lagu Negaraku hehe : :

Tu gambar saya snap sebab nak whatsapp pada Kak Aida.
Siang tu dia dengan saya shopping kat jualan Koperasi kat bawah office saya ni ha.
Sejak tengok Mizz Nina pakai crumple shawl dalam program Always a Traveller hari tu, saya macam suka plak crumple shawl ni.

Sebab utamanya tak payah iron.
Pastu wide. Dan nak lilit pun zass ziss zusss je saya tengok Mizz Nina tu.
Cumanya dia pakai ala ala kembang kat atas.
Saya takmo la gitu. Kepala saya dah besar, kang lagi bertambah mushroom pulak kang.

Beli 3 helai RM20. Kira sehelai tak sampai RM7 pun.
Malam tu keluar dinner saya pakai la seperti gambar di atas.
Macam suka ah. Tu yang whatsapp Kak Aida mintak dia belikan lagi 3 helai sebab esoknya tu saya cuti.

20140723_220031 : : saya beli 6 helai ni ha dulu : :

IMG-20140724-WA0002 : : Kak Aida whatsapp esoknya dah tak banyak choice : :

IMG-20140724-WA0003 : : tapi dia belikan gak saya lagi 3 helai : :

C360_2014-07-23-20-25-29-523
: : feel feel jadi Mizz Nina lol : :

OK pasni kalau travel ada option lain lah selain tudung syria.
^__^