Candle light Dinner di Bora Ombak

Amboi tajuk pepoyo je candle light dinner kan..
Dalam hidup kena ada poyo sikit. Sikit je la. Tak boleh over. Nanti orang benci. :-p

3 Jun hari tu birthday Encik Z.
Yang ke 35 tahun. Siang tu kan kitorang baru balik dari Kuala Selangor.
Sampai rumah pun dah lepas maghrib.
Memula tu memang macam alahai malasnyaaaa nak bersiap keluar balik.

Tapi tak best la kan, birthday suami kot.
Walaupun saya tau Encik Z bukan kisah pun.
Yer la walau tak kisah takkan nak abaikan begitu saja.
Maka siap siap, jom lah kita keluar dinner.

Masa otw nak balik rumah tu memang dah ada dialog.
Bang, lama kita tak pergi Bora Ombak kan?
Wujud lagi ke Bora Ombak tu?
Jap google.
Masih wujud. So ke Borak Ombak kita?
OK.

Sampai kat Bora Ombak pukul 9 malam.
Terus order food. Saya malas nak makan steak steak bagai.
Lapau nasi. Sebulat suara kami laki bini order nasi dan lauk.

20140603_211550 : : buku menu : :

20140603_211808 : : betul lah candle light dinner sebab ada candle 😀 : :

20140603_211842 : : dekorasi cantik : :

20140603_211912 : : order : :

Sementara menunggu lauk, nampak la ada orang dok main muzik.
Depa pegi dari meja ke meja.
Dan sampailah giliran meja kami.

20140603_212322

Ada nak request lagu apa tak?
Takde. Apa apa pun ok je. Tapi hari ni hari jadi husband saya.
Oh ok. Kejap yer.

Dan depa nyanyi lagu Happy Birthday untuk Encik Z.
Heeee… Suka suka.
Dan diikuti dengan lagu Apa Saja KRU & Sedetik Lebih Anuar Zain.
Best sangat suara depa. Memang layan ah.
TQ korang! ^__^. Nah tengok video ni saya rakam.

20140603_212959 : : budak ni suara paling wow : :

OK ini yang kami order.

20140603_212924 : : Love Potion RM5.90. Lemongrass RM6.90 : :

20140603_213522 : : Spicy fried beef petai RM18.90 : :

20140603_213544 : : Kangkong belacan RM10.90 : :

20140603_213604 : : Creamy butter prawn with salted egg RM28.90 : :

20140603_221517 : : Caramel Ice Cream RM6.90 : :

Makanan semua pun best! Kenyang. Kalau korang pergi 3 orang perempuan, memang cukup sesangat hidangan ni.
Total makan termasuk 2 nasi putih, ais kosong dan tax RM91.75.
Ok la kot kan? Dapat pulak suasana yang romantika d’ amor.

DSCN1352

DSCN1353

Dulu dulu zaman saya berkawan baik dengan Encik Z, selalu gak la kitorang lepak makan sini.
Tapi bukan berdua lah. Ramai ramai dengan kawan lain.
As time goes by, semua pun dah berumahtangga, sibuk dengan komitmen lain, memang takde dah lepak lepak ni.
Walau macam mana pun, semua pun akan saya kenang jadi memori terindah.
Saya doakan yang terbaik untuk kawan kawan semua.

20140603_222958

Selamat hari lahir yang ke 35 tahun suami.
Semoga sentiasa di dalam limpahan redha Allah SWT.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhiratmu.
Kekallah menjadi suami & ayah yang terbaik untuk saya dan Yaya ya.
Aku cinta kamu! kiss

12 thoughts on “Candle light Dinner di Bora Ombak

    • aisey tak perasan la pulak petronas ampang tu.
      tapi yang pasti dekat sports planet tu la. satu compound

  1. sweet sangat tempat ni..x pernah pi lagi..oh encik Z lahir 3hb, along 6 hb…rasanya x terlambat lagi nak wish Happy belated birthday to him…

Comments are closed.