Assalammualaikum Langkawi!

Ok ni cerita bulan Mei hari tu.
22 – 25 Mei saya pergi teambuilding office saya ni ha nun kat Langkawi sana.
22 Mei hari Khamis, flight pukul 6 petang.
Pukul 3.30 petang van bawak saya dengan beberapa orang officemate saya ke KLIA.

IMG_0497

20140522_182610

: : hah duduk tepi sayap lagi. tsk : :

20140522_183134 : : kacang & air oren penghilang lapar dahaga. hilang la sangattt heh : :

IMG-20140522-WA0014

: : apa aje yang dijakunkan tu normaya? : :

20140522_183208 : : terkenang MH370 huhu : :

20140522_184137 : : ok dah nak sampai : :

20140522_185759 : : approaching Langkawi : :

20140522_191603

: : pehal diri terkangkang tu normaya. adoii la sungguh korang sopan : :

Kitorang satu department ni bergerak secara berperingkat.
Dan berbeza airlines.
Elok MAS mendarat, tetiba tengok eh eh Malindo pun tengah tunggu time nak mendarat jua.
Ada satu lagi grup dalam flight ni.

20140522_191751

Dipendekkan cerita, sampai airport terus cari van.
Ramai ramai sumbat naik sampai Sri Kijang, Langkawi.
Terus ambik kunci kat lobi.
Heret bag ke Rumah Seroja 3.

Elok masuk bilik, termenung saya kejap.
Dapat single bed. Elok cantik pulak katil tu mengadap tingkap.
So scaryyy.
Ok takpe bertenang bertenang.
Saya memang dah janji nak tidur dengan Kak Wan.
Sebab Kak Wan tu punya tahap penakut sama je macam saya.

20140522_195422

Masuk bilik Kak Wan, termenung lagi sekali.
Termenung berduet kekdahnya.
Aterr dah cemana dedua dapat katil single.
Nak tidur sesama bagaimanalah???

20140522_195747

Elok tengah termenung tu, kawan kawan ajak keluar makan.
Ok Kak Wan, kita tinggalkan sebentar permasalahan ini, jom kita pi makan dulu.
Makan char kuey teow kat gerai sebelah Mcd.
Tapi tak sedap. Aaaaaaaaa… Sedih tau.
Sib baik Kak Nai belanja. Tq Kak Nai!

20140522_212059

20140522_213301 : : Kak Nai, Abang Sly, Kak Wan, Mya & Syafiq : :

Masa tengah makan ni la saya meluahkan perasaan kat Kak Nai.
Cerita yang kitorang dapat bilik single segini segitu penakut bla bla hantu bla bla pontianak bla bla bla.

Tukar je lah bilik dengan Kak Nai.
Kak Nai dapat katil besar.

Hah ye ke Kak Nai???
Bestnya.. Baiknya Kak Nai. Kak Nai lah penyelamat kami. I love u Kak Nai.

Begitu saya berterimakasih pada Kak Nai.
Kak Nai ni memang baik sangat orangnya.
Kalau kat office tu cakap lemah lembut je kadang tak dengar suara.

Terima kasih Allah!

Tengah tengah makan tu dapat whatsapp kat group.
Ni grup terakhir fly malam tu.
Flight depa pukul 8 malam.
Amboiii satu flight dengan Dato Fazley cokolat cokolat kek yer korang.

IMG-20140522-WA0011

IMG-20140522-WA0016 : : ni semua geng gila gila ni : :

Lepas dinner tu terus tukar bilik dengan Kak Nai.
Yang Kak Wan ni pulak dah mintak tilam awal awal tu.
Ingat kot dah dapat katil besar ni takyah la nak tidur kat tilam.
Tapi dia insist nak gak tidur tilam kat bawah.
Lorrr kok gitu Kak Wan?

Nanti Kak Wan berdengkurlah, Maya.
Saya pun berdengkur jugak lah Kak Wan.
Takpe. Kak Wan tidur bawah je.
Ishhh…

20140522_215147 : : lalu saya kongker katil ni seorang diri lah. bergolek golek like nobody bisnes. hiks : :

Selamat malam Langkawi!
Esok kita cerita ceriti lagi ya 🙂

2 thoughts on “Assalammualaikum Langkawi!

Comments are closed.