Always a Traveller – Reclaim Your Heart

Weekend lepas both Saturday & Sunday saya nonton program tajuknya Always a Traveller – Reclaim Your Heart.
Retreat kat South Island New Zealand oleh Yasmin Mogahed.
Dan salah sorang peserta nya ialah Mizz Nina.

Kira program ni cover retreat dan kisah penghijrahan Mizz Nina.
Juga sesi soal jawab kemusykilan antara Mizz Nina & Yasmin Mogahed.

Yasmin kata hidup kita ini adalah seperti seorang pengembara.
Bila kita penat kita akan berhenti untuk berehat.
Dan kemudian kita teruskan perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang kita nak tuju.
Begitulah kehidupan.
Dunia ini hanya sementara, dunia merupakan satu pit stop untuk kita sementara kita nak sampai ke destinasi kita bertemu Allah SWT di syurga.
Semasa perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Begitu dekatnya perumpamaan kita sebagai pengembara dalam kehidupan.

Tersentuh sangat bila dengar perkongsian Mizz Nina dalam proses penghijrahan beliau.
Dia tak malu nak berkongsi cerita.
Allahuakbar… Sesungguhnya hidayah itu milik Dia Yang Satu.
Dia saja yang mampu untuk campakkan hidayah itu di hati sesiapa yang Dia mahu.

Paling saya terkagum bila Mizz Nina cerita macam mana struggle nya dia untuk lepaskan muzik dari hidup dia.
Sebab hidup dia selama ni memang dengan muzik semata.
Tapi dia fight untuk tinggalkan keseronokan dunia yang sementara untuk akhirat yang kekal selamanya.
Masya Allah….

Dan saya mula tertanya pada diri saya sendiri.
Paling tidak untuk saya blogging & travelling lah.
Mampu kah saya tinggalkan dunia blogging?
Simpan duit tak pegi travelling, tapi salurkan kepada yang lebih memerlukan?
Kuatkah saya?

No. I’m not saying blogging ni tak bagus or what.
Jangan salah faham ya kawan-kawan.
Kang ada pulak blogger yang marah dengan saya kang. Huhu jangan jangan.
Tapi at least for me lah, sedikit sebanyak masa yang saya ambil untuk blogging dan layan social network bukankah lebih elok kalau saya gunakan untuk beribadat dan menuntut ilmu?

traveller

Hidayah itu perlu dicari. Perlu digali.
Hidayah takkan datang dengan sendirinya.
Perkara pertama yang perlu kita buat bila mahu atau sudah berhijrah?
Cari ilmu. Belajar. Cari guru yang boleh bimbing kita.

Yasmin kata tak ada istilah terlambat untuk bertaubat selagi kita belum menghembuskan nafas yang terakhir.
Selagi masih hidup selagi tu kita berpeluang untuk berubah.
Makanya, gunakanlah peluang yang masih ada ini untuk berubah ke arah kebaikan.

Salah satu lagi sesi yang saya ingat bila Mizz Nina tanya apa pandangan Yasmin tentang wanita yang menanggguhkan niat untuk bertudung dengan alasan mahu jadi baik dan sempurna dulu?
Konon nak sempurnakan solat dulu, nak bersihkan hati, taknak mengumpat, dll.

Yasmin kata penangguhan untuk melakukan sesuatu yang baik adalah taktik dan strategi syaitan.
Syaitan mahu lihat kita menangguhkan niat untuk menutup aurat supaya akhirnya kita kesuntukan masa atau tak sempat langsung. Kita tak tau bila akan mati.
Kalau tak sempat bertaubat macam mana?

Tertampar kejap masa dengar Yasmin cakap gini.
Sebabnya dulu pun itu jugak lah alasan saya.
Konon nak jadi baik dulu.
Tapi bila saya dah pakai tudung, tidak lah pun saya jadi baik mana.
Pakaian pun still merepek. Solat pun on off jugak.
Mengaji, dengar ceramah? Macam jarangggg je.
Mengaji bila rasa nak mengaji, dengar ceramah pilih pilih penceramah.
Paling teruk eh eh still ada rasa tak puas hati dengan orang, marah marah bengang, merempan kat blog toksah cerita la kan. Still jugakkk.
So mana datangnya konon ‘saya nak jadi baik dulu’ tu?

Alasan nak tunggu jadi baik tu sangat tak berasas sebab kita takkan jadi baik sepenuhnya kerana kita manusia biasa.
Mereka yang kata begitu sedang diperdaya oleh syaitan sebab takde manusia yang sempurna.

Orang yang berhijab cuma manusia biasa yang berusaha untuk beribadat pada Pencipta dan hijab cuma sebahagian daripada itu.
Sama macam solat, puasa dan kerja amal.
Dari segi aspek lain pula, hijab ialah sebahagian daripada memperbaiki diri.
Orang fikir mereka akan bertambah baik lalu berhijab, macam hijab ni adalah perkara terakhir yang kena buat, sedangkan ia adalah sebahagian daripada cara untuk memperbaiki diri.
Kita berhijab bukan untuk katakan kita adalah sempurna tapi untuk katakan kita sedang berusaha dan ia salah satu cara yang kita guna untuk mendekati Allah SWT.

Dari segi solat, takde pulak orang nak kata, eh saya nak tunggu jadi baik dulu.
Tak mengumpat orang, lepas pakai hijab baru nak solat. Takde kan?
Solat jugak walaupun mungkin cuma 50-50, mungkin tak kusyuk dan sebagainya.
Kenapa hijab tak boleh macam tu?
Kita boleh cakap kita sedang berusaha untuk bertambah baik dengan bersolat.
Jadi kita juga harus berusaha bertambah baik dengan berhijab kerana itu adalah ketaatan dan ibadat.

Kita takkan dapat jadi baik 100%.
Sebab kita manusia biasa. Iman turun naik.
Tapi kita kena lah berusaha. Belajar. Cari ilmu.
Ok dah bagitau kat atas, tapi saya memang suka nak tekankan banyak banyak kali, untuk diri saya.
Aku kena belajar. Kena rajin pegi dengar ceramah.
Takde orang yang nak ingatkan kita bila kita lalai.
Ustaz ustazah ni lah yang jadi pengingat untuk kita.

 

PhotoGrid_1404691454078

Korang nanti tonton lah jugak program ni yer.
Saya difahamkan ada 6 episod.
Saya jatuh cinta dengan South Island, New Zealand.
Tempat retreat Always a Traveller ni.
Cantikkkkk sangat!!

Screenshot_2014-07-08-08-31-10

Kebetulan malam tu pulak ada Romantika, Mizz Nina & Noh.
Pun ada Mizz Nina share tentang penghijrahan dia.
Tentang Noh yang bagi sokongan.
Oh depa pegi Nagoya Jepun. Pun tempatnya cantikkkk.
Duhhh..
Semoga satu hari nanti ada rezeki saya untuk ke Jepun.
Amin.

Screenshot_2014-07-08-08-26-03

Korang jangan lupa tonton tau Always a Traveller – Reclaim Your Heart ni.
Semoga ada yang bisa menyentuh hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik, insya Allah 🙂

16 thoughts on “Always a Traveller – Reclaim Your Heart

    • memang itu yang sepatutnya dibuat kan?
      bukan pakai tudung semata je. kena belajar.

  1. rancangan ni kezen Ajak yg buat.. ada sorang perempuan with mizz nina dok jln2 tukan.. ha yg tula hihihi.. dia dgn husband dia buat rancangan ni..

    • bestnyaa. dah la dapat jumpa Ustazah Yasmin, dapat pegi South Island yang cantik ituu

  2. South Island mmg cantek!! Banyak scenery…
    Klu ada peluang g jepun, try pegi byk tempat mksd nya bandar lain2, jgn stick satu bandar je k .. baru syiok!!

    Gud luck .. moga tercapai apa yg dihajati *good*

    • haa kau dah penah pegi kan dedua ni. bestnyaaa..
      tq tq.. semoga ada la rezeki aku nanti. Amin…

  3. lyn pun tgk cerita ni. adore her after dia berhijrah. sekali Allah kata kun fayakun maka terjadi lah ia.

    mcm lyn dlu pun terfikir nak jadi balik dulu sebelum berhijab. tapi manusia takde yg sempurna. Semoga terus berubah ke arah kebaikan In Sya Allah

  4. salam..waa,ira duk cari la blogger yg buat entry pasal always a traveller ni.paling menyentuh hati ira is part dugaan yang ALlah bagi tu as kafarah atau kurniaan,and ustazah Yasmin jawab,benda tu based on cara kita menerima dugaan itu..and cara penerimaan tu ada 3 peringkat..tidak sabar,hanya bersabar atau berlapang dada..masa tu la menitis airmata,betapa ira kerap buat stage pertama tu bila dapat dugaan dr Allah..betapa jahilnya ira..='(

    • Waalaikumsalam.
      Ada sorang ustaz kata peringkat/jenis manusia ada 3 kategori.
      1. Sabar 2. Redha 3. Bersyukur.
      Semoga kita terima segala dugaan/musibah dengan rasa syukur.
      Percaya semua ada hikmah nya 🙂

Comments are closed.